Khamis, 19 Oktober 2017

Review: Photo book RM0.00

Semuanya secara kebetulan.
Haha.

Kebetulan, I baru lepas shoot gambar sefamili.
Kebetulan, I tertengok promo during mycybersale.
Kebetulan, terfikir nak compile gambar dari pre-wedding, maternity, kahwin, dan gambar anak.
Kebtulan sangat dapat tengok promotion ni untuk new member then kena bayar cas pos je RM8.
Maka, terhasilah, photobook 6x6 dengan 36 muka surat ini.

Taraaaaa. Comel aje photo book ni. I like. Senang dan mudah di bawa ke mana-mana. Comel, geram rasa nak makan tengok kecomelan cover photo book design sendiri. Almaklumlah, kita ni tak kreatif mana, so bila tengok hasil macam ni comel, haha. Huishh, bangga gila ;)

Kualiti dan hasil gambar pun cantik dan elok je kat mata I. Benda free kan, so nak expect macam mana lagi. Tapi, tetap cantik je.

Yang ni raw picture dari Photog. Dah transfer to photo book, pun, tetap cantik juga. Hai Rayeesa, omey omey Mami!




36 muka surat semuanya yang bergambar. Terus rasa mabuk dan nak muntah pilih gambar pilihan hati. Haha! Rasa give up pun ada, tapi sebab nak juga tengok hasilnya, gigih jugalah pilih gambar, pilih design dan masukkan pilih kartun-kartun comel untuk memeriahkan lagi gambar.   Nasiblah mudah nak handle dia punya apps untuk design pages dan gambar.

Patutlah Photog charge mahal ye untuk service album gambar ni. Nak milih gambar satu. Nak edit bagi lawa satu. Haishh, kita buat yang saiz 6x6, lepas tu 36 muka surat je pun kan main bercinta nak siapkan. Haha.

So, kalau ada yang berminat, silalah lawat lama web PIXAJOY sekarang ye tapi untuk promo yang I dapat tu dah tamat dah lah sebab mycybersale pun dah tamat.

Korang pergi grab promo lain pula ye.  Salah satu promonya ialah Mini Softcover Photo Book 6” x 6” dengan harga RM9.90. Pi grab lekaih! Tinggal tiga hari je lagi promo ni.

Till then, salam & tata for now!
=)




1 ulasan:

  1. Belum pernah cuba tapi banyak dah baca review menarik tentang Pixajoy..
    Memandangkan ada promo harus cuba buat satu, berbaloi-baloi..
    Susunan gambar dalam album pun cantik..
    Thanks for sharing Ain..

    BalasPadam