07 Ogos 2017

Meh lipat kain!




Weekend kali ni memang dah plan nak buka kelas lipat kain pada Raneeya dan Reezqy. Dah tak larat dah nak hadap kain baju bertimbun. Maka, meh la kita ajar lipat kain supaya anak pandai berdikari.

Iman Raneeya ok je, cepat je dia hadam dan tak banyak bunyi pun. Perempuan kot, dia dah faham tugas perempuan.

Iman Reezqy berdrama sikit. Agak hangin juga nak melayan, tapi kita buat hati kering je lah.

Abang kecil lagi mami, tak boleh lipat kain.
Abang tak reti.
Abang penat.
Abang nak tidur.
Abang lapar.
Grrrrrrr!
Sabar je lah dengar dia punya alasan.

Layankan aje lah dia punya drama, sambil tolong tunjukkan juga mana yang dia tak reti lipat.

Alhamdulillah, ni lah hasilnya untuk cubaan kali pertama.


Iman Raneeya =)

Iman Reezqy =)


Good job abang dan kakak.
Usaha lagi untuk lipatan bertambah kemas ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan