Khamis, 21 Julai 2016

Bebelan Dakpink: Bersalin

Mak Buyung at 36 weeks.


1. Tak besar.
Ramai yang kata, mengandung kali ni, I tak nampak besar. 
Eh, kan main, ayat nak sedapkan hati ke apa tu! 
Haha. 
Besar la weh. 
Sekarang berat dah sama besar time mengandungkan Reezqy. 
Berat sekarang 89, kalau genap 40 minggu baru bersalin, rasanya, mau juga cecah 100 kilo kot. Itupun nasib ada bulan puasa, dapat jugalah control makan. 
Kalau tak, mungkin berat sekarang dah 120kg. 
Kahkahkah. 
Dah tak terbawa badan dah ni tapi layan je lah pi office, memasak, buat kerja rumah semua. 
Ikut tak larat, memang nak terbaring je macam dugong, tapi tak boleh ikut hati, kang diri sendiri yang stress banyak benda tak siap lagi.


2. Takuttt!!
Perasaan takut nak bersalin tu memang tetap ada even anak dah tiga. 
Bersalin ni kan antara hidup dan mati. Kotlah nyawa I tak panjang, hmmm, untung la Azreen jadi duda terlajak laris ;p
Alah, bos I anak kelapan pun gigil lagi masuk labor room teman wife dia bersalin, inikan pula I baru nak masuk tiga kan. 
Takut tetap takut. Lagi-lagi I ni memang penakut. 
Tapi I cakap kat sini je lah takut. 
Malas nak cakap depan Azreen sebab  I pernah cakap dah kat dia,  tapi jawab dia, alahhh, macam tak pernah bersalin lak awak ni. 
Kan mainnn! 
Mementang anak dah tiga kannnnnnnn. 
Kalau dulu kan main berbunga-bunga ayat mujuk bini dia!
Eh, tetiba emo lak. 
Tapi lagi nak bersalin ni memang lagi emosi dengan suami sendiri. 
Saje je cari pasal memanjang, ada je silap yang tak kena depan mata, lepas tu muncung pun panjang berjela.
I is takut lah. 
Sebab tu buat perangai kot. Tapi buat perangai dengan suami sendiri je lah. 


3. Berpantang.
Sampai sekarang tak fikir lagi nak berpantang kat mana. 
Ikut hati nak berpantang kat rumah mak sendiri. Tapi Raneeya sekolah pula.
Boleh je tak bagi Raneeya pi tadika, tapi tadika sekarang ada exam bagai semua, kesian pula dia nanti tertinggal dan tak tahu apa-apa.
Ada juga plan, I bawa Reezqy dan baby balik rumah Ibu kat Melaka, Azreen dan Raneeya dok rumah MIL je kat Nilai sebab Raneeya kena pergi tadika. Alahhh, tapi I tak boleh lah nak berpisah-pisah ni. Time berpantang macam ni kan, suami di sisi tu adalah benda yang sangat penting. T__T
Plan lain, I  berpantang sendiri kat rumah, tapi bila mengenangkan perangai Reezqy yang tak boleh nak control sekarang bila dengan I, terus kena lupakan niat suci murni tu sebab kang ada pula yang terkoyak jahitan nak melayan karenah dia. Haha.


4. Mohon maaf.
Dikesempatan yang ada ni, I nak mohon  maaf pada semua kalau ada yang benci I, ada yang sakit hati dengan penulisan I dan ada yang tak senang dengan apa je yang I buat sama ada dalam blog atau dalam kehidupan seharian. 
I minta maaf banyak-banyak dengan seikhlas hati. 
Kalau tak suka cakap je terang-terang. I boleh terima.
=) 
Takda benda  dan masalah yang tak boleh settle kan?
Tak baik pendam-pendam, cakap-cakap belakang, sebab nanti dapat dosa :p
Hidup ni pun sementara, kalau nak bermasam-masam muka, nak benci-benci orang semua ni, lagi-lagi sesama Islam, lupakan ajalah. 
Baik fikir benda yang lagi berfaedah, ye tak?

Doakan juga segala urusan  bersalin I dipermudahkan ya.
Ampun maaf zahir batin buat semua.
=)

2 ulasan:

  1. good luck beb...pushhhhh... aku y ke 4 pun gigil lagi hahah...tp bila dah nmpk sikecik tu rasa syukur n lega sangat...

    BalasPadam
  2. mmg pun betul kata ko tu...aku ni walau dah bersalin anak ke 3 ni pun kalau nak bersalin lagi sekali mmg aku cuak...seram kot wehh..haha...
    anyway, semoga selamat semuanya ok...bykkan berselawat ye..

    BalasPadam