28 Jun 2016

Berbuka di rumah ibu.

Pergilah ceruk mana, pergi lah restoren kelas pertama,
Tapi makan kat rumah emak sendiri tetap terpaling best sukar nak digambarkan kebestannya.
Haha.

14 Ramadhan 1437H

Kami plan adik-beradik berbuka dengan ibu abah.
Siap plan menu sekali.
Menu tu macam biasalah, ikut mak buyung punya selera.

Sambal telur burung puyuh - Mak Buyung teringin.


Sup cendawan tiram campak-campak segala tumbuhan dan haiwan. - pun mak buyung teringin.


Air manis favourite suami setakat ini. Time berbuka dengan adik beradik ibu haritu, dia siap janji dengan sepupu-sepupu I dia akan buat air ni. Kan main! Padalah, hakak juga yang kena bancuhkannya =p



Banyak menu sebenarnya, tapi gambar yang difokus yang I nak makan jelah.

Ikan keli masak lemak cili padi
Ikan keli berlada
Roti nan cheese viral kat FB buat sendiri
Ikan bakar
Pucuk Ubi Rebus dan Ulam Raja
Sambal telur puyuh
Sambal tempoyak ikan bilis
Sup Cendawan
Roti John
Tepung pelita

Terpaling best sekali cerita time berbuka kat rumah ibu, ibu dah siapkan semua, sekali dia cakap, eh Ibu kena berbuka kat luar tau. Sebab kena pi berbuka dengan YB.

Ok, fine!
Maka, berbukalah kami 4 beradik dengan abah je
Haha.

3 ulasan:

  1. hoiiii...aku ni dah la hantu cendwan...nampak sedap giler sup cendawan ko tu nok...balik nnt nak buat la...
    air soda longan tu mmg sedap kan...all time feveret gitu...

    BalasPadam
  2. alamak...cam best plak tgk sambal telur puyuh tu
    balik nanti boleh la nak gie cari telo puyuh

    BalasPadam
  3. adusss banyaknya menu
    memikat dan terpikat lah ain
    semua nya fav kaknoor

    BalasPadam