13 Januari 2016

2016: Ikhlas, istiqomah dan persekitaran yang baik.

2016, tahun berehat lah nampaknya.
Berehat dari segala aktiviti lasak, berehat dari segala jawatankuasa di tempat kerja, berehat dari membuat segala perkara yang digemari, dan juga dapur berehat sekejap sehingga hujung bulan Februari.


Alhamdulillah, perancangan Dia yang terbaik, so, kita gunakan tahun ini untuk berehat dengan sebaik-baiknya. Moga terus diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan mengandung dan bersalin, dimurahkan rezeki sekeluarga dan sentiasa dirahmatiNya selalu, Amin.


Dalam  berehat-berehat ni juga, moga segala amalan dan segala yang dikerjakan akan berdasarkan tiga perkara ini untuk mencapai apa yang dicita, Insha Allah.

  •  Kalau kita buat sesuatu dengan IKHLAS, Insha Allah, kita tidak akan merungut dan jalan sentiasa dipermudahkan.

  • ISTIQOMAH – Apa saja yang dilakukan secara rutin dan tertib, Insha Allah, pasti akan tercapai.

  • Berada di PERSEKITARAN YANG BAIK akan sentiasa membawa kita ke arah kebaikan, Insha Allah.
SUMBER.

3 ulasan:

  1. eh jap jap...ya ampun nokkk...
    ko preggy ke? kenapa aku tak tau ni? arghhhh...

    anyway, take care tau!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya nok. Ada aku bg tahu, selit-selit dalam post, tapi tak buat tajuk utama la. Doakan lah ye dipermudahkan semuanya =)

      Padam
  2. happy new year Cik Ain..moga bertambah2 la bahagianya..
    Eh,hajat kakak Iman nk baby dimakbulkan Allah kan..alhamdulillah ;p
    tahniah Ain =)

    BalasPadam