27 Mac 2015

KUL - KBV - HDY - KUL

Alhamdulillah, I dah selamat balik daripada kerja luar yang letih dan memenatkan tapi seronok. Dapat timba pengalaman dan bonusnya dapat melawat tempat orang dan merasa makanan mereka dan juga melihat dengan mata sendiri keadaan di sana. =)

Alhamdulillah juga, I berjaya naik kapal teghobang. Kahkahkah.

Maka, meh kita imbas semula kerja luar yang I hadiri.

Bak kata omputeh,
The secret to memorable vacations: Keep it short, end it sweet.
Gitu!

16 Mac 2015

4.30 pagi Azreen dah hantar I ke KLIA2 diiringi budak dua ketual dengan MIL. Memang drama air mata lah kan bila diorang ikut.  Kita hadapkan je lah. Mak ko ni dahlah dengan fobia nak naik kapal terbang, nak hadap drama kau adik beradik lagi. Hadoii. Masalah diselesaikan bila kita umpan je diorang dengan roti krim sorang satu.

Kemudian tunggu Travel Agent sampai, dia yang uruskan urusan check in semua. Berjalan dengan big bos kan, maka, kita pun tertempias samalah aura bos tu. Rasa tak  biasa lak orang buatkan semua. Hahaha. Puiii!

Berlepas 7.05 pagi, sampai di Krabi pun 7.05 juga. Masa di Krabi lewat sejam je dengan waktu Malaysia. Touch down je di airport, ambil bag, tourist guide kami, Ustaz Kassim telah sedia menunggu dengan van dia yang luar  bentuk van, tapi ID dalam van macam hotel kan main!

Walaupun dalam flight tadi, kami telah dihidangkan dengan Nasi Lemak Pak Nassir, sampai di Krabi, kami tetap di bawa pergi bersarapan oleh Ustaz Kassim di sebuah kedai makanan halal di Krabi. Merasalah makan kuih seri muka bungkus daun pisang di sana. Disebabkan kepala I toing toing lagi pagi tu, tak sempat nak snap gambar kuih diorang yang unik. Memalu lagi pun iye gak. Be sarapan satu meja dengan bos kot, kang dia pelik lak tetiba Setiausaha dia beriya snap gambar makanan. Haha.



Selesai sarapan, terus tak buang masa kita kembali mengikut Aturcara Program. Pada korang yang mengata I, seronoknyaaa dapat pi Krabi, meh sini meh I nak story meh.

Tempat pertama yang dituju adalah ke Saqofah, sebuah koperasi Islam di Krabi. Di sini kami mengadakan berbincangan dengan beberapa lagi koperasi Islam yang ada di sekitar Thailand. Pada yang mengikuti perkembangan masyarakat Islam di Thailand, mesti dah sedia maklum kan keadaan mereka di sana. Bila mendengar taklimat dari mereka, dengan bantuan translator, I rasa kagum sangat dengan semangat diorang sebab mampu bangun dan berdiri sama level dengan bank-bank Thailand yang lain, dan, yang paling  penting, urus niaga yang mereka buat memang mengikuti  amalan dan tuntutan Islam.



Terima kasih Saqofah dan Krabi Islamic Cooperative Club kerana sudi bekerjasama dan menerima lawatan kami.

Faham ke nak baca tulisan tu? Haha.

Kami juga ditunjukkan dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Koperasi Islam untuk masyarakat Islam di sana. Salah satunya ialah sekolah tadika dan sekolah rendah seperti gambar di atas.


Mereka juga ada menyediakan kemudahan hotel untuk para pengunjung Krabi. Sesiapa yang nak ke Krabi, meh la kita support business orang Islam di sana. Jangan lupa untuk mendapatkan perkhidmatan hotel ini ye. Untuk ke Aonang, hanya mengambil masa 15 minit je.

Selesai berbincang dengan Persatuan Koperasi dan makan tengahari, kami meneruskan agenda seterusnya iaitu untuk mencari tempat berseminar di bulan September nanti. Beberapa hotel yang di suggest oleh Travel Agent memenuhi kriteria yang di cari, tetapi masalah utama ialah mereka tidak dapat menyediakan beberapa bilik seminar yang diperlukan. Yelah, botel-hotel di Krabi ni untuk orang berhoneymoon je, memang taklah kan diorang ada kemudahan bilik seminar.


Salah satu hotel yang mencuri perhatian I dan rakan kerja yang lain juga ialah Deevana Plaza Krabi Aonang. Keadaan  dalam hotel yang cantik, tenang dan sesuai untuk berseminar tetapi isu timbul sebab diorang tak boleh sediakan makanan halal.



See, ballroom pun luas, bilik seminar ada 3 4 buah, tapi apasal lah kau tak nak tolong carikan caterer yang boleh serve halal food. Haihhh, dah jadi banyak kerja kami dah. Haha. Maka, teruslah kami terjah hotel-hotel lain juga untuk mencari penyelesaian masalah yang dihadapi.

Alahaiii pantai Krabi. Lawo!

Ustaz Kassim or nak panggil Ustaz Kazim pun boleh. Haha.

Berhenti di tepi pantai sekejap untuk menghilangkan penat lelah dari pukul 4 pagi berjaga dan terus bekerja.


Kami juga cuba untuk berbincang dengan beberapa kedai makanan halal sekitar Aonang. This is Plan B sekiranya masih nak memilih Deevana tapi kita cater food halal dari luar.


Sehingga ke malam la kami mencari hotelnya.Eh, nampak tu, terselit bendera Malaysia kat hotel ni.  Hehe.


Alhamdulillah, masalah kami dapat diselesaikan pada malam tu juga. Dah penat, perut pun lapar, Ustaz Kassim bawa kami makan ke Paknam Krabi Seafood.


Time makan kat sini, since semua dah penat kan, dari 4 pagi ke sana sini, perut lapar memang dah tak boleh nak berfikir dengan waras, I dengan seorang pegawai order nasi goreng seafood. Bila di tanya nak size apa, kedua-dua kami sebut size M, konon takut tak cukup kalau makan size S. Maka, hambik kau, dua dulang nasi goreng dihantarnya. Kami pun silap, tak baca. Size M tu untuk 4 orang makan. Dah tak pasal-pasal jadi bahan Ustaz Kazim malam tu untuk melawak. Nasib ada Ustaz Kassim, sedulang lagi nasi tu, ustaz bungkus bawa balik untuk keluarganya.

Dalam pukul 9 lebih, baru kami check in di Krabi Golden Hill Hotel, di bandar Krabi. Tarikh yang kami pergi ke Krabi tu jatuh pada cuti sekolah dan hotel sekitar Aonang penuh so Travel Agent book kan hotel di Bandar Krabi je lah. Dalam pukul 11, lepas WA Azreen, baca email semua, terus zzZZZzzz.


17 Mac 2015

Aturcara hari kedua memerlukan kami bangun awal sebab nak menuju ke Selatan Thailand. Perlu berbincang dengan dua universiti untuk mendapatkan kerjasama menganjurkan seminar. Tempat pertama yang di tuju adalah Prince Songkla University (PSU).

Jarak dari Krabi ke PSU adalah 5 jam perjalanan menaiki van. Bertabahlah kami duduk lama dalam van sambil melalui jalan yang dikelilingi hutan dan kampung-kampung.

Bergambar di Sungai Krabi sebelum memulakan perjalanan ke PSU. Ustaz Kassim yang paksa bergambar kat sini.
Dalam pukul 12.30 tengahari kami sampai di PSU, sebuah universiti awam di Thailand.

Bergambar kenangan dengan Dekan Fakulti Ekonomi PSU (baju pink) dan Ketua Program (jaket merah)
Time discussion dengan Fakulti Ekonomi, PSU ni, bekas Dekan Fakulti Ekonomi (tiada dalam gambar) asyiklah nak menang je dalam perbincangan. Dia yang terhebat. Thailand terhebat. Malaysia ada halal industri, Thailand pun ada, malah lebih baik lagi. Eh, rasa nak pang je. Haha. Nasiblah bos I cool dan adat orang mendatang kan, kita iyakan ajalah. Menjawab kang tak dapatlak nak bekerjasama. Dekan yang baju pink tu pula contra sangat dengan Mantan Dekan. Very humble, sopan, bahasa Inggeris pun tersusun je :p


PSU taja lunch kami. Beriya I perhati bilik mesyuarat diorang nak tahu apa yang diorang hidangkan since diorang kan bukan muslim, tapi tak juga jumpa.

Ghopenya, depa nak belanja kami makan kat sini. Kedai yang cantik, makanan? Ada yang biasa, ada yang tak kena dengan tekak, tapi kami semua telan aja sebab rezeki orang belanja kita.

Selesai di PSU, perjalanan diteruskan ke Yala. Mengambil masa dalam 2-3 jam dari Songkla nak ke Yala. Bertapa lah lagi dalam van.


Dalam perjalanan disajikan dengan pemandangan kampung-kampung di sana. Dan, dua tiga kali juga kami melalui laluan pemeriksaan tentera depa. Appointment dengan Fatoni University pukul 3.00 petang. Walaupun PR Officer dia dah banyak kali ingatkan supaya sampai on time, kami tetap sampai lewat setengah jam. Jadual padat kan, dicampur dengan jarak perjalanan lagi, memang tak dapatlah nak sampai tepat pada waktunya.


Fatoni Universiti produce air ni. Mata air yang diperoleh daripada air terjun di belakang kampus mereka. Eh, nama kita ada kat situ =)


Walaupun sampai lambat, kami tetap disambut dengan mesra dan diberi layananan yang baik. Perbincangan pun berjalan lancar dan Alhamdulillah, banyak yang Fatoni nak bantu untuk menjayakan seminar ini.

Tamat perbincangan di Fatoni, kami patah balik ke Hatnya dalam dua setengah jam perjalanan. Laju sangat Ustaz Kassim pandu van time ni sebab dia dah pesan berkali-kali kepada kami, kena tinggalkan Yala sebelum gelap.


Antara laluan pemeriksaan tentera yang dilalui. Nak ambil gambar jarak dekat, takut kena tangkap. Haha. So, kita shoot jejauh je lah.

Kami bermalam di Hatyai  Paradise Hotel malam tu dan  besoknya, sebelum pulang sempat singgah di depan Grand Plaza Hotel untuk membeli sedikit cenderamata untuk di bawa pulang. Dan, sempat grab pulut durian depan Grand Plaza yang sedap amat amat lahai. Terkenang-kenang lagi pulut durian kat situ.


Alhamdulillah, semua urusan kami di sana dipermudahkan, segala perjalanan  dan perbincangan pun berjalan lancar je. Insha Allah, bulan September nanti, kami akan berkampung di Krabi lagi.

p/s:

 Pada yang tak dapat FM Krabi, Insha Allah, panjang umur, nanti kita beli lah ye bulan 9 nanti. Kat Krabi haritu memang tak sempat nak nyinggah tempat souvinier sebab jadual yang pack.

3 ulasan:

  1. salam ukhwh dari kaknoor singgah follow sini
    http://nooriahnaim.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. mintak saiz M, sekali yg sampai saiz XL...hahaha...

    BalasPadam
  3. Salam Blogger Ain.. ai budak baru blaja.. nak blaja ngann otai ...jemput jengah blog kiter yer..
    tulisbicara.blogspot

    BalasPadam