02 Oktober 2014

Bestnya sibuk!

1. Ahad ni Raya Haji. Dan terpaling best, baju Raya Aidilfitri I yang lalu masih tak siap lagi. Best kan. Best sangat rasanya, sampai I cakap, takpelah kak, pulangkan jelah kain gojes saya itu. Tak dapatlah I nak menunjuk design or color baju I, baik di Hari Raya Aidilfitri, mahupun di Hari Raya Aidiladha. Pengorbanan yang I buat sempena raya haji tahun ini adalah korban perasaan dan  terima seadanya baju yang tak siap tanpa rasa nak marah atau mengamuk kat akak tu. Hanya minta pulangkan kain je. Tu pun akak tu senyap je.


2. Hello Oktober! Minggu ni raya haji, BBQ dengan family, minggu kedua Oktober program Jom Broga, Oktober minggu ketiga Bola Tampar Piala Pendaftar, awal November konvokesyen kampeni kubah biru. Eh, bestnya kita busy!  Haha. Jarang kan jumpa orang yang suka bila dia busy?  :p


3. I cuba berahsia dengan suami sebab terbeli tiket ke tuuuuut. Tapi bila berahsia dengan suami ni buat kau sentiasa rasa gelisah, tak tentu arah, tak senang duduk, mandi tak basah, tidur tak lelap dibuatnya. Maka, pagi tadi terpacul juga rahsia yang cuba dirahsiakan. Terus rahsia tidak lagi menjadi rahsia. Alahaiii, susah lah nak rahsia-rahsia. Kita berterus terang ajalah lagi mudah. Kan? Tunggu tarikh dah masa, nanti kita terbanglah ye suami ye. =)


Ok dah. 
Selamat Hari Raya Aidiladha semua.
=)

6 ulasan:

  1. betul kak.. takleh rahsia2 dengan suami.. rasa tak senang hiduppp.. hahahah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila berahsia ni, benda yang dirahsia tu selalu dihujung bibir je Rina. :p

      Padam
  2. Selamat hai raya kakak ! Balik Korea ke ? Kahkahkahkah. :P

    Love,
    Adik Malaysia.

    BalasPadam
  3. citttt jangan bgtau kononnnn.... kalo tau awl2 aku boco rahsia. hahaha

    BalasPadam