27 Ogos 2014

Masak sendiri jamu tetamu.

I  ada buat makan-makan sikit haritu. Ingat nak buat sidang by sidang since rumah comel plus, bila jemput sidang by sidang, kita takdelah sibuk sangat dan dapatlah melayan tetamu sebaik mungkin (yang benarnye nak berborak sakan hahaha). Tapi bila fikir balik, Syawal pun tinggal berapa hari je dan mood pun kejap rasa nak buat kejap rasa malas, maka kita buat je lah sekali harung, jemput semua datang. Tetamu adalah dalam 50-60 orang termasuk budak-budak.

Since I buat malam, menu untuk malam tu memang yang simple (nampak macam simple, tapi penyediaannya renyah juga) je lah.

1. Nasi impit
2. Kuah kacang - minta tolong MIL buat sebab masih tak yakin nak buat kuah kacang
3. Rendang ayam tapi last minit tukar ke ayam masak merah sebab bahan tak cukup dan Azreen malas nak  pergi kedai.
4. Sup untuk dimakan sama ada dengan nasi impit, mee atau bihun
5. Begedil
6. Cucur udang daun kucai


Semua orang macam tak percaya I masak semua sebab mana yang rapat tu diorang tahu, adik-adik I dan Ibu memang sentiasa ada membantu kalau nak masak-masak orang buat majlis tapi pada hari yang I nak buat makan-makan tu, masing-masing ada hal pula so memang tak boleh nak tolong lah. Memang kena masak sendiri lah pada hari kejadian.

Komen abah bila tahu I masak sendiri untuk jamu tetamu:
Berani Kaklong masak untuk hidang pada orang dah!

Haha.

Proses beli barang dan masak memang mula dari awal pagi lagi sampai lah ke Maghrib. Siap time tetamu pertama yang datang, I baru nak lari mandi.  Semua I buat seorang je sebab Azreen memang dah ditugaskan jaga anak. Awal-awal pagi dah bangun heret anak dan suami pergi beli barang basah. Senang beli barang awal sebab boleh pilih-pilih  tanpa bersesak-sesak dengan orang.

Antara tetamu yang hadir. Dah hujung-hujung baru nyempat nak nyelit dalam gambar dan snap gambar tetamu.

Sambil tu juga sempat celebrate birthday Ibu.

Tukang masak, makan time tetamu dah balik. Alhamdulillah, dapat jamu tetamu dengan masakan yang dimasak dengan penuh kasih sayang. =)

Ayam masak merah yang lupa nak letak hirisan bawang. Ramai yang tanya order mana. Ahkak masak sendiri lah kawan-kawan oi, so sila percaya!

Cucur udang daun kucai. Memula I goreng elok je bentuk dia comel-comel. Dah hujung-hujung suruh adik sambung, terus cucur jadi besar gedabak!

Bahan-bahan untuk makan dengan sup. Siap ada begedil handmade resipi ambil dari Nuqmans.

Adik-beradik, anak, anak buah dan sepupu.

The kezens yang kalau dah berjumpa memang ginilah sokmo. Mengadap upin dan Ipin.

Abah, Tukang nanyi lagu harijadi. Haha. Siap nyanyi tiga version untuk Ibu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeri dan lagu Allah selamatkan kamu.

Kepada yang masih bertanya I order mana, silalah percaya yang I masak sendiri sebab kalau order:

1. Takdenye set untuk menghidang tu datang dalam pelbagai bentuk dan warna. Takdo oi, caterer nak keluar mangkuk warna pink deh untuk hidang makanan. :p
2. Ada ke caterer letak pelbagai bahan sampai penuh mangkuk bila kau ceduk sup? Melimpah ruah isi sup tak kedekut bahan dan isi kandungan pun tau. Rugi caterer kalau depa buat gitu.
3. Ayam masak merah tu agak-agak lah order caterer sebab size ayam dia kan comel-comel tu I potong kecik-kecik so korang boleh makan banyak-banyak nak ulang 80 kali pun takpe. Haha.

Ok dah.
Itu saja cerita untuk hari ini.
=)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan