05 Jun 2014

Steamboat dan BBQ di rumah Kimie.

Cuti Israk Mikraj haritu, I dan BFF sekolah Teknik Port Dickson plan buat BBQ dan Stemboat. Rumah pilihan adalah rumah orang yang banyak gajet masak dan lokasi dia adalah tengah-tengah so, orang Sungai Buloh dan Seremban pun boleh datang. Sedap-sedap I je pilih tarikh, padahal yang cuti pada tarikh tu hanya Negeri Sembilan je. Selangor dan Putrajaya kerja. Dan tak pasal-pasal tuan rumah pun terjebak cuti sama. Haha.

Nah hambik kau size X large gambar haiwan dan tumbuhan untuk majelis haritu. Menetes  air liur tak tengok? Kambing tu sedap mak oi.



Rangkuman gambar kami-kami di hari kejadian.
I adalah orang yang terawal sampai sebab nak siapkan oreo cheese cake. Terpaksa numpang buat kat rumah organizer sebab semalamnya tu I cari cream cheese, satu Mantin pusing, tidak dijumpai. Terus cari di Nilai je keesokan harinya, then laju-laju pergi buat kat ruman organizer.

Bergambar dengan mak buyung Bonen.

Sekarang BBQ tak payah kat luar rumah dah. Bakar dalam rumah pun boleh, janji ada gajetnya.

Tudung oren is Amariah Hanum si Pensyarah a.k.a orang datang paling lambat di hari kejadian.

Hero kedua tuan rumah.

Cik Iman Raneeya.

Tuan rumah bersama suami.

Since dah sampai awal, memang kena tolong lah tuan ruamah siapkan segala.

Mak buyung Affa dengan Jannah.

My Lil' Family.

Affa's family

Husband I dan husband Bonen.

the Mak Buyungs

Nilah tempat BBQnya. Yang bulat tu boleh buat tempat steamboat juga. Kalau nak order sila pergi tanya NUQMANS.

Makan duduk bersila memang tak bangun-bangun lah termasuk mak TAK buyung sekali. Haritu kami dilayan bagai permaisuri, sebab yang tukang masak semua suami. Order je sampai! Haha.

Cubaan bergambar tapi semua tak ready.

The wifey

The wifey again sambil anak bujang Bonen photobomb!

The husben. Tengok si Iman, pergilah mana pun, kalau dah time dia tidur sampai, memang menidur lah dia.

Since Anum orang yang paling lambat sampai, maka dia jugalah orang terakhir yang pulang. 

Iman: Apa kenalah Mummy dan memakcik ni???

Memang seronok sesekali dapat berkumpul macam ni dan yang penting dapat bersteamboat dan BBQ dengan selesa. Kepada Tuan Rumah, terima kasih banyak-banyak atas jemputan.

Terima kasih daun keladi,
TQ Tuan rumah kerana jemput kami.

Anak ikan anak tenggiri,
Wahai Tuan Rumah bila nak buat BBQ lagi?

Kahkahkah.

3 ulasan:

  1. bulehhhhh.. kali ni nak caj 1 kepala RM40 sebab 'sangat selesa' =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cas 40, aku makan sambil baring golek2 lah dgn Azreen. Haha.

      Padam
  2. Bestnyaaa gathering ramai ramai camni. :)

    BalasPadam