20 Mei 2014

Sambutan Hari Setiausaha oleh Hotel Aston

As stated dekat poster tu, pada 24 April, Setiausaha di kampeni I telah dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Tengahari sempena Sambutan Hari Setiausaha oleh The Aston Hotel. Selain kampeni I, ada juga lah Setiausaha organisasi lain di sekitar Nilai dan yang berhampiran turut dijemput.





Wakanebeb! Hambik kau, terpilih sebagai penyanyi dalam majlis tu, berduet dengan Emcee. Padan muka korang sakit telinga keluar airmata dengar suara I. Haha. Padan muka Emcee juga sebab gatal-gatal pilih I. :p

Emcee of the day yang pakai baju pink tu. Jaime kot nama dia. I adore dia punya Emcee skill. Serba boleh, menghiburkan, suara sedap, semua lagu dia bantai nyanyi.  Pssst KSU, next year, jemput lah En. Jaime ni pulak. Barulah happening program kita nanti :)

Rakan sekampeni.

Rakan sekampeni lagi.

Dan mereka lagi. Haha.

Pada program tu juga, AYUNAR dijemput untuk menunjukkan cara-cara mudah untuk pakai shawl. Nampak tu siapa yang jadi model?  Haruslah ahkakkkk sebab ahkak nak tudung free. Haha.
Selain daripada dapat tudung free, pada haritu juga, I dapat hadiah untuk cabutan bertuah. Dapatlah voucher penginapan dua hari satu malam di hotel tu. Ada lagi simpan ni ha. Tatau bila nak guna sebab bila ajak Azreen, dia cakap, taknak lah,  tidur rumah mak lagi best.

Tetamu diberi pilihan untuk menu pada haritu. Boleh pilih antara ayam dan seafood. I pilih seafood, so dalam gambar tu menu yang dihidangkan untuk I. 

Last but not least, kepada Aston Hotel, tterima kasih daun keladi, next year jangan lupa jemput kami lagi. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan