06 Disember 2013

Iman Raneeya naik Komuter.

Hari-hari kalau nak pergi kerja mesti akan lalu stesen komuter dan hari-hari jugalah ayat Iman Raneeya:

Mummy, Iman nak naik train boleh tak?
Tanya Daddy.
Boleh tak Daddy Iman nak naik train?
Boleh, nanti Daddy cuti Daddy bawa ok?
Ote..! *jawab sambil senyum happy.

Itu jelah dialog nye hari-hari kalau dia nampak stesen komuter. Kalau time ada train berhenti pula akan melompat-lompat lah dia sambil jerit train Mummy, train! Train Iman!

Gitulah dia punya excited bila nampak train dan stesen komuter. Haha.

So, Isnin lepas, kami bercuti dan on the way balik dari Melaka tu kami tunaikanlah permintaan Iman nak naik train. Memula plan nak naik sampai Midvalley, jalan-jalan, makan-makan then balik. Tapi sebab I masih tak yakin nak handle seorang toddler dan seorang baby bila naik public transport ni, makan kita tukar jelah naik sampai KL Sentral, makan-makan then balik je lah. 

Ampun lah ye Iman. Mummy kau ni ambil mudah je takut susah. :p

 Reezqy yang dah mula nak duduk tak berapa nak balace tapi tetap gagahkan diri perasan hebat nak duduk juga. Ikut suka mu lah Dik.

Us, naik train. Reezqy time ni dalam stroller. Alhamdulilah, naik train waktu bekerja, so tak sesak sangatlah tapi masih ada juga penumpang yang berdiri.

Iman Raneeya takut time ni sebab anak Cina sebelah asyik pandang-pandang dia je. Terus melekap kat Mummy.

Penumpang lain. Time pergi kami naik train yang baru. So nampak masih baru dan cantik serta selesa je lah.

Ketibaan di KL Sentral. Haha. Eh, Iman Raneeya dah macam entiti plak dah.
Lepas sampai KL Sentral, terus cari tempat makan. Pusing-pusing sekejap then balik sebab jam dah 4 lebih time tu. Takut bersesak dengan orang balik kerja lak nanti.

Time balik, kami terpaksa lepaskan train yang sampai sebaik saja kami turun sebab penuh sesak. Sebab ada sorang toddler dan baby kan, tak nak lah I berebut-rebut dan bersesak-sesak tu.

Next train sampai kami naik dan train ni pun tak ramai sangat dan ada tempat duduk so berbaloilah I lepaskan train yang pertama tadi. Since sekarang kan dan ada coach wanita, tentutlah perempuan-perempuan tertumpu kat coach wanita dan dalam coach yang I duduk ni dah rasa macam coach untuk lelaki lak sebab hanya I dan Iman je yang wanitanya. Haha.

Dalam perjalanan balik tu, I minta Azreen suruh orang sebelah dia capture kan gambar kami berempat, tapi Azreen taknak.

Suruh lah D.
Alah ngengada lah awak ni. Malu kat orang lah. Nak ambil gambar dalam train pulak.

Bukan selalu pun kita naik train. Lepas ni tah bila tah dapat naik gini lagi. Nanti anak dah tiga empat, sanggup lagi ke awak nak bawa semua naik train.
Awak jangan ngegada lah.

Pergilah D. Suruh dia ambil gambar je.
Awak ni..

D...
Orang tengok kita kang.

Alah, mesti orang ingat kita tourist nanti. Cepatlah D...
Ishhh, iyalah iyalah!


Haha. Lalu terpaksa lah Azreen menyuruh juga mamat Myanmar sebelah dia mengambil gambar kami. :p

Tangkapan pertama, Reezqy tak m asuk. So, suruh lagi kali kedua. Azreen dah berubah muka dah time ni.

Second shot! Gegar plus Iman lelap! Tapi I tak gamak nak suruh lagi sebab kang ada pulak laki bini yang bergaduh dalam train kang semata nak suruh orang ambil kan gambar. Haha.

Dalam perjalanan balik ni chaos jugalah sikit sebab Reezqy cranky nak tidur. Serba tak kena dibuatnya. Berdiri salah, duduk pun salah. Orang dah tengok-tengok I yang tak tentu arah nak tidurkan Reezqy dah.  Merenik juga lah peluh dibuatnya. 

Dalam pukul 6 lebih macam tu barulah kami sampai ke stesen yang tempat kami park kereta tadi dan tamatlah ekspidisi Iman Raneeya naik train. =)

Bukti, Iman Raneeya waz here. 

Mummy dan Iman Reezqy pun dah naik train juga!

Sampai je terus si Kakak ni kejut adik dia.  Hailahai.


Time naik train ni, apa yang I perasan, orang kita ni memang tak boleh nak gentlemen bertimbang rasa pun. Even dia nampak kita bawa baby yang berstroller, tetap jugalah tak nak bagi laluan tetap nak masuk dulu. Berbeza dengan warga asing even pak negro, dia pulak yang beri laluan suruh kita jalan dulu masuk ke dalam train.

2 ulasan:

  1. yup kak ain even i pegi klinik tak ade seat kan chinese yg bg seat sbb tgok i bawak anak ngan memboyot lg tp org2 sebangsa kite seme wat tak tau hi hi hi walopun tgok perut dah memboyot dgan pimpin anak..bangsa lain lg prihatin ki ki ki

    BalasPadam
  2. nnt aku ingat nak bawak anak2 merasa naik tren jugak la...mesti dorang hepi...

    gigih ko noks suh org myanmar tu amekkan gambar korang...nasib tak gaduh laki bini...hahaha...lawak la citer ko...

    BalasPadam