05 April 2013

Perihal bersalin.

1. This week  or next week akan hantar Iman Raneeya balik Melaka. Ikut hati tamau hantar dia pulang. Nak bagi biar dia ada time I bersalin. Haha. Tapi atenye kerja gila nak dia ada. Kang kalut bapaknye dengan I nak beranak semua, tah apa jadi dengan anak dara I tu nanti plak. So, kita hantarkan ajalah dia balik Melaka awal dari I. Harap-harap I tak mengigau bangun malam  or nangis-nangis lah nanti time dia di Melaka. Almaklomlah, selalu malam kan tidur peluk dia.  =)

Preps untuk bersalin dah ready!

2. Next Sunday, pregnancy masuk 36 weeks sudah. Haha. Get ready je lah Makcik Ain oi untuk bersalin. Bersalin kali kedua kan, so memang dah tahu lah  sakit dia macam mana, or yang kali ni akan lebih MAHA sakit ke hapa, Wallahua'alam. Tapi mostly cerita-cerita ngeri yang I dengar, bersalin anak lelaki ni, kesakitan dan dugaan dia, dua kali ganda dari kesakitan dan dugaan melahirkan anak perempuan. *tarik nafas hembus dengan perlahan dan lemah lembut sambil senyum-senyum seram. Ok fine lah atas cerita-cerita tu. I redha dan pasrah je lah.  Moga terhapuslah dosa-dosa atas kesakitan yang I bakal hadap dan tanggung nanti. Motivasi untuk diri sendiri, BANYAK PAHALA AWAK AKAN DAPAT YE MUMMY AIN WAKTU BERSALIN NANTI, SILALAH BERTABAH. =)

3. Di waktu-waktu  I menghitung hari nanti, Azreen juga akan busy dengan kerja outstation dia. Dia dah mula risau dah. Macam mana kalau I bersalin dia takde semua. Haha. DON'T WORRY LAH BABY! I ni kan supermom + independent orangnya! Small matter je benda tu. Toksah risau-risau sakit kepala nak fikirkan semua tu. Kalaulah  diketika I nak bersalin, you jauh disamping I, nak susah apa, FIL ada, Adik I ada, SIL ada, kawan-kawan ada, I minta je lah bantuan diorang. Kot, tengah nak bersalin, I ada kat office, member-member office yang baik hati pun ada. Boleh aja kot I minta bantuan diorang. Takpun, guna je ambulan tempat kerja, habis cerita. ;p So, no need to worry ok! Sila senyummmmmmm! I ni tabah orangnya taw. *dan dan tabah!

4. Preparation untuk bersalin, mental & fizikal? So far, masih lagi dalam 81 %. Haha. Tatau bila nak naik ke 90 ke atas. ;p

5. Di hujung-hujung pregnancy ni, makin macam-macam masalah berkaitan kesihatan lak yang datang. Hmmmm, dugaan dugaan. Dugaan datang tandanya?? Tanda Allah sayang ye kawan-kawan ;) Ni sekarang ni, selain masalah kesihatan berkaitan mengandung, I juga sedang batuk & selsema. Harap-harap batuk tak berpanjangan sampai I bersalin nanti lah. Kalau tidak, mahu ada yang tetas jahit kang sebab batuk punya pasal. Haha.

Ok dah. Nak tulis tu je. Panjang umur, berjumpa lagi kita di posting yang akan datang. Tata & lebbiu ols.

5 ulasan:

  1. Tak lama je lagi kan... Semoga semuanya dipermudahkan.

    BalasPadam
  2. Moga dipermudahkan inshaAllah.....

    BalasPadam
  3. semoga segalanya dipermudahkan...

    aku pulak yg berdebar neh...heheh...

    BalasPadam