11 April 2013

Cara membuat air selusuh.

Bila husband tanya tentang air selusuh semalam, baru teringat memang takde lagi pun, dan I pun tak cakap dengan ibu lagi tolong suruh carikan sebab setakat ni, I hanya minum air zam zam je lah sambil doa minta dipermudahkan segalanya. Ni pun, air zam zam dah habis, so nanti nak pergi beli lagi kat Pejabat Pos.

Series I tak ingat langsung tentang air selusuh ni sebab time bersalinkan Iman Raneeya hampir dua tahun lepas, tak sempat guna pun minyak selusuh yang dah ibu sediakan. Dengan-dengan bunga kembang Fatimahnya pun tak sempat rendam dan boleh tinggal dalam kereta je sebab punya tak menyempat-nyempat Iman Raneeya nak melihat dunia di ketika itu.

So, kali ni bila suami dah tanya, I jawab, you buatkan je lah. Lagi afdol kot sebab dari hasil pembacaan I, air selusuh yang disediakan oleh suami ni lagi berkat dan bagus gitewww. =)

Kat sini I sertakan cara yang mudah untuk buat air selusuh:

Pada zaman dahulu, air selusuh digunakan sebagai ikhtiar yang berpandukan Al-Quran dan hadis. Dari segi hukum Islam, selusuh ialah harus. Maknanya tiada salah asalkan tiada bacaan yang bercanggah seperti jampi yang karut marut. Terdapat pelbagai bahan yang boleh digunakan untuk membuat selusuh iaitu air, minyak, kurma atau kismis.

Jika menggunakan air, sebaik-baiknya gunalah air zam-zam. Selain itu boleh juga digunakan air mineral atau air masak. Minyak yang boleh diguna ialah minyak kelapa muda yang dibuat sendiri, minyak zaitun atau minyak masak biasa. Kismis dan kurma pula pastikan bilangannya ganjil sama ada 7, 3 atau paling kurang 1.

Para ulama menghasilkan selusuh berpandukan pelbagai ayat Al-quran. Berikut ialah langkah membuat air selusuh.

Cara 1
  • Surah Al-Fatihah.
  • Surah al-Hasyr ayat 21.
  • Selawat syifa (Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya).
  • Bacakan doa "Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum 7hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
  • Sapukan air tau minyak diperut ibu dari atas ke bawah dengan selawat 7 kali.
  • Minyak selusuh perlu diminum sebanayak satu sudu apabila sakit hendak bersalin.


Cara 2

  • Beristighfar 3 kali
  • Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W,para sahabt dan para pengikutnya.
  • AL- Fatihah 1 kali.
  • Selawat 11 kali.
  • Alam Nasyrah 7 kali.
  • Al-Ikhlas 3 kali.
  • Al-Falaq 3 kali.
  • An Nas 3 kali.
  • Al-Fatihah 1 kali. Kemudian doa apa yang dihajati.


Cara 3

  • Al-Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalam hati memohon memudahkan bersalin sebanyak 3 kali.
  • Selawat Syifa 7 kali.
  • Surah al Hasyr ayat 21, 3 kali.
  • Surah **Al-A'raa ayat 54, 3 kali. - sumber sahih adalah Surah al-A'raf ayat 54
  • Hembus pada air, minyak atau kurma.

Sumber : Majalah Pa& Ma, Mac 2009.
Sumber. 

Cara lain 1.
Cara lain 2.




19 ulasan:

  1. MQ anak first pun tak minum pun selusuh, akar fatimah, air zam2 semua sebabnya beranak awal sesgt.. Insya allah no 2 ni dah standby siap2 air zam2 kirim org gi mekah n akar fatimah pun kirim dari sana jugak..
    semoga kita2 sama2 dipermudahkan ye ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah MQ. Moga segala urusan kita dipermudahkan oleh Dia. Amin. =)

      Padam
  2. hi ain. just nak share petua yang aku guna sejak anak pertama hgga yang kelahiran baru ni. sangat berkesan kott...kwn aku pn dh penah bt n terbukti berkesan. masa dah rasa sakit tu, bancuh teh O pekat, n campurkan dengan telur. kacau smpi jadi mcm teh tarik tu. klu rasa ssh nak telan gitu je, campurkan dengan gula skt. insyaallah, cepat bukaan nti.n sakit pn tak lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zana,

      Tq for sharing. Insya Allah, nanti aku cuba untuk yang kedua ni pula ye.

      Padam
  3. klu ada telo aym kg lg bgs. sharing is caring...moga slmt sumanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok & tq Zana. Balik kg nnt, aku hangkut telur ayam kg mak aku ;)

      Padam
  4. oh, bagus jugak buat sendiri kan nok...aku dulu semua amik kat bidan je tolong buatkan...

    BalasPadam
  5. Very good info! kak belle pun x sempat minum masa preggy kan Aidan.

    Selamat melahirkan permata hati, hope everything goes well. InsyaAllah :)

    BalasPadam
  6. ni amalan mak aku ajo... aku pn buat sbb rase simple n xkarut marut sgt.
    hehehe..

    tiap kali lps mandi... hisap air dr hujung rambut kite.. smbil selawat n berdoa.. minta Allah permudahkan bersalin n kurgkn sakit.
    In Shaa Allah... Allah maha mendengar... =)

    BalasPadam
  7. ada yang kata air selusuh tak boleh bawak pergi hospital.. tak sure lah kebenarannya.. nurse2 memang pantang dengar air selusuh..

    anyway semoga dipermudahkan bersalin..

    BalasPadam
  8. thanks for info.nak cari cara wat minyak tp bila nak tutup, terperasan baby sblh kiri tue...rase pernah tgk.anak arin rupanye...nanti kim salam arin ek...TQVM..betik_p

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  11. bagi anak sulung...cuba elakkan air selusuh....sakit kuat takut tak tahan.....

    BalasPadam
  12. dengar air selusuh untuk bukaan dah 8cm aja.

    BalasPadam
  13. sis,minta share surah2 tu ye.. :)

    BalasPadam