04 Februari 2013

Berubah dan berurut. Eh?

Weekeend yang berlalu semalam, tak buat apa-apa, tak pergi ke mana-mana. Niat kat hati konon nak basuh baju baby Iman Raneeya yang lama-lama sementara badan masih larat ni, tapi hmmm, ke laut terus. Lagi senang duduk bersenang-lenang bagi badan rehat dari membuat kerja rumah. Haha.

Ahadnya pula, boleh pula tiga beranak ni bantai tido dari pukul 12.00 tengahari sampai pukul 3.00 petang. Bangun-bangun je perut rasa lapar, terus laju-laju masak untuk isi perut. Dasar mak buyung pemalas!

Ok, berbalik kepada tajuk, motif utama tulis post ni adalah tertarik dengan post yang dishare tajuk berubah tu. Yeps, berubah itu payah sangat kalau takde disiplin. Nak buat benda baik kan, susah, banyak syaiton yang menghasut. Lagi-lagi kalau hati tu dah itam legam. ;p Tapi kalo tang benda jahat, laju je tak payah tunggu-tunggu.

Hari Sabtu pagi hari tu pun, bila pergi berurut, Kakak yang tukang urut tu beriya bercerita tentang program agama dia. Siap pelawa untuk turut sama. Tapi, kita yang JAGHANG pergi program-program gitewww kan, macam-macam alasan lah yang dibagi, untuk tolak pelawaan secara baik.

Insya Allah kak, moga dibukakan lah pintu hati ini ke arah itu. Apapun, saya tertarik dengan kata-kata kakak tu yang diucap secara lembut tapi menusuk:

Orang alim ulama yang beramal tiap haritu tu pun belum tentu  Allah s.wt. diterima solatnya, amalnya, inikan pula kita, yang hanya buat yang wajib, itupun ada kala tertinggal, terbabas,  tidak selengkap mana.

Haishh, terasa kerdil diri ini sungguh!

Berubah.

Berubah itu payah,
Bila niat bukan kerana Allah,
Bila hati masih gundah,
Bila syaitan membisik mudah,

Berubah itu payah,
Bila diri masih tak tabah,
Bila hati mudah berubah,
Bila manusia memandang rendah,

Berubah itu payah,
Bukan semudah berkata madah,
Tapi sejauhmana kaki melangkah,
Sekuat mana mengekalkan istiqamah,

Berubah itu payah,
Bila diri dikawal amarah,
Nafsu membara dengan mudah,
Kelak diri makin parah,

Berubah itu payah,
Bila manusia tak henti menyalah,
Bila teman sudah tak kisah,
Bila teman disisi tiada sudah,

Berubah itu payah,
Namun segalanya tak susah,
Mudah bila kerana Allah,
Mudah bila kena pada kaedah,

Berubahlah walaupun payah,
Walau manusia sudah tak endah,
Walau masa silam selalu menerjah,
Kerana ajal dijangka susah,
Takut bila tak sempat berubah,
Kelak akhirat merana tak sudah,

Berubahlah,
Segalanya pasti indah,
Jika ikhlas kerana Allah,
Segalanya punya hikmah,

Berubahlah,
Jika tidak dirimu parah,
Kelak menyesal tak sudah,
Jangan menyerah bila susah berubah,
Kepada-Nya kita berserah,
Di akhirat moga dikurnia Jannah.

InshaAllah ♥

Sumber.

3 ulasan:

  1. memang memerlukan hti yang betul2 kuat utk kita berubah.. semoga kita semua berubah ke arah yg lebih baik dari hari ke hari.. insyaAllah..

    BalasPadam