01 Disember 2011

Oh Ustaz Don!



Ada satu malam haritu sambil jaga Daddy & Baby yang demam, boleh pulak tertekan chanel tv Al-Hijrah dan layan Ustaza Don ni. Time tu Ustaz Don sedang ngajo pasal tajwid. Seronok tengok sebab Ustaz tu kelakar. Time rancangan tu juga ada seorang caller ni kanak-kanak.Through phone dia mengaji dan Ustaz Don dengar. Baca surah muqaddam je pun tapi tajwid budak tu perfect sangat. Siap Ustaz tanya soalan pasal tajwid, confident je dia jawab. Terus I kagumm!

Bercakap pasal mengaji ni, semua orang boleh mengaji tapi tak semua yang boleh mengaji ni bacaan dan tajwidnya betul.

Huruf Ikhfaq ada berapa? Tahu apa hukum Izhar Halqi? Iqlab? Idgham billal ghunnah? Ha, tahu ke?

=p

Bercakap pasal mengaji ni juga, ada kawan cakap, surah Yasin kalau tak dibaca dengan betul, salah baca tak betul tajwid dan sebutan boleh jadi macam kita menyeru si halus-halus tu pulak. Entah betul atau tidak, tidak lah I pasti. Tapi setahu I, ayat Al-Quran ni kalau kita salah pronounce, maksudnya jadi lain.

Eh, korang selalu mengaji?
Berapa kali dah khatam?

I kagum dengan orang yang boleh khatam Quran selalu ni.

Dulu, masa I baru masuk kerja kat tempat kerja sekarang ni, pejabat sebelah dengan bilik bos besar kat sini. Tiap-tiap hari waktu tengahari, I selalu dengar dia mengaji. Mesti bos besar tu selalu khatam Quran kan?

Nak tips khatam Quran cepat?

Ok, caranya macam ni,

Quran ada 30 juzuk kan?
1 juzuk 20 muka surat.
So, setiap hari cuba baca 5 muka surat selepas solat 5 waktu.
5 muka surat darab 5 kali solat lima waktu dah dapat 25 muka surat. Dah lebih dari 1 juzuk pun.
So, satu hari dah dapat satu juzuk.
25 muka surat darab 30 hari, sama dengan750 muka surat tapi Al-Quran ada 604 muka surat sahaja.

Terus dah boleh khatam dengan jayanya.

Tips ni i prektikkan masa nak kahwin dulu. Nak khatam tok Majlis Khatam Quran. Tapi tak diprektikkan dengan cara yang betul pun sebabnya, pertama, perempuan ni kan ada masa tak boleh ngaji. Bila datang redflagnya, terus seminggu tinggal.

Kedua, sebab kadang-kadang tertinggal solat dan masa tak sesuai. Tertinggal solat tu, tau-tau jelah kan. Ada masa solat I memang tonggang terbalik. Serius tak tipu. Tang masa yang tak sesuai tu pulak, sebagai contoh, masa bekerja, dengan masa sembahyang yang tak seberapa tu, takkan tetiba rajin nak mengaji pulak kan? Saja cari pasal lah tu!

Tapi kalau uols ni jenis mengaji perfect, tak semput macam I dan tak hilang-hilang suara waktu mengaji, tak payah bace lepas sembahyang 5 waktu pun takpe, tapi cuba lepas sembahyang Isyak tu terus je marathon baca 20 mukasurat sekali gus. Ha, ada berani?

Haishh, dah melalut panjang pulak padahal nak bercerita pasal Ustaz Don je. Apapun, seriuos macam dah jatuh cinta pula dengan Ustaz Don yang kelakar tu. Tapi tulah, timing rancangan ni, startnya 10.30 malam. Cemane nak tengok selalu sebab I ni, dalam pukul 10.00 je dah kiok. Haha.

Ehem-ehem, haruslah kiok awal ok, sebab nak get ready bersengkang mata melayan si Iman Raneeya yang akan bangun di pagi-pagi buta. =p

Sumber 1.
Sumber 2: Al-Quran dan terjemahannya.

6 ulasan:

  1. suke tgok ustaz don mase ngandung ni.hasben siap ckp nak letak nama don daniyal klu boy..hehe,,padahal don tu nama keturunan..daniyal bolehlah kan..hehe

    BalasPadam
  2. betul tu,
    na so far alhmdulillah mak mmg mengajar tajwid,
    xsemua org ajar mengaji ni ajar tajwid kan,
    tp mak na baik budak smpai org2 tua,
    semua dia tekankan hukum tajwid,
    lepas ngaji plak, kne ulang dr ayat 1st smpai abis, stiap ayat tu brape byk hukum, hafal stiap hukum tu, sbb ape, siap ade lagu2 lg bg senang ingat, hehe

    BalasPadam
  3. huhu kalau ada anak kecik mmg semua benda yg kita biasa no hal nak buat tiba2 mcm payah gile nak buat kan... takpa. sabar2 je. nnt anak dah besa sme ok balik. kekekeke

    btw, akak mmg tangkap senyum2 kambing bila tgk muka ustad don... adoihhh tp kalo hubby ada kene la kaver2 senyum.. tp mmg takleh la tgk muka dia... rasa mcm nk pengsan. aura dia tu. :P

    overrr je mak budak sorang ni kan. jangan layan.

    BalasPadam
  4. khatam mmg bole khatam, tapi belum tentu bacaannya betul <-- mengata diri sendiri

    tapi ustaz don mmg best! akak sll gak layan

    BalasPadam
  5. sy khatam dekat 7 kali sudah tapi stil malu dgn tajwid..sedih je rasa=(..tap suke tips khatam cepat tu!=D

    BalasPadam
  6. Puan Sue,
    Hehe. Nanti baby ngikut ngope Ustaz Don tatau eh.
    Nama baby kalau letak Daniyal tu pun sedap.


    Na,
    Best lah ada mak yg ngajar ngaji. Dapat pakej blaja tajwid terus.


    Kak Leen,
    Haip haip, Ustaz Don ustaz don juga, suami tu jgn lupa =p


    Kak Juju,
    Kan, kan, Ustaz Don best!


    Noora,
    Tq Noora. Xpe, tang tajwid tu masih boleh belajar. Through internet pun skrg ni ada byk info.

    BalasPadam