24 Oktober 2011

Hari minggu hari keluarga.


Hello semua. Saya lagi, Iman Raneeya.

Hari Ahad semalam, Mummy dah janji nak bawa saya jalan-jalan kat taman. Pukul 5 Mummy dah mandikan dan siapkan saya. Pakai rompers pink dan headband. Saya tak suka pakai headband. Saya dah pandai tolak-tolak headband tu. Tapi tak berani nak cabut sebab nanti Mummy ketuk tangan saya.


Bila saya sampai kat taman, saya nampak ramai sangat orang. Ada abang, ada kakak, ada kites, ada birds, ada fish, ada makcik, ada pakcik, ada abang besar dan kakak besar berdating dan ada macam-macam lagi lah.

Mummy letak saya dalam stroller sebab senang Mummy nak bawa saya berjalan satu taman. Saya rimas duduk dalam stroller tu sebab Mummy baringkan saya. Rimas tau baring-baring ni.


Sambil Mummy tolak stroller, saya cuba bangun tegakkan badan saya. Bergoyang-goyang stroller tu jadinya.


Bila stroller goyang-goyang, Mummy stop tolak. Mummy sandarkan saya sambil Mummy besar-besarkan mata dia sebab Mummy marah. Mummy potpetpotpet suruh saya duduk diam-diam.


Saya gelak je bila Mummy besar-besarkan mata dia cuba marah saya. Saya tak takut pun la Mummy!


Daddy pantang kalau Mummy marah saya. Terus dia angkat dan dokong saya. Lagilah saya suka kena dokong. Tak payah dah nak kena baring-baring dalam stroller tu.


Saya dah besarlah Mummy. Tak sesuai dah nak baring dalam stroller tu. Mummy tunggulah saya dah boleh berjalan. Saya tak mau dah naik stroller tu.


Ni Daddy saya. Love you Daddy. Dia suka dokong saya. Best tau kena dokong dengan Daddy.


Lepas Mummy penat berjalan, dia ajak saya duduk. Ni lah Mummy saya. Walaupun dia garang dan mulut dia suka potpetpotpet, tapi saya sayang dia. I love you Mummy.


Waktu tengah jalan-jalan, ada seorang boyfriend cina panggil saya, "Bibi, Bibi (Baby)!." Saya sempat bergambar dengan boyfriend cina tu. Saya geram kincir angin warna-warni yang boyfriend tu pegang. Saya nak satu, tapi Mummy tak bagi.


Ada juga seorang Nenek minta izin dengan Mummy nak pegang saya. Saya dengar Nenek tu cakap kat Mummy dia takda cucu lagi. Nenek tu cakap saya comel.


Lepas dah penat jalan-jalan, Mummy pun ajak Daddy pulang. Saya sangat seronok pergi taman. Eh, Mummy saya macam dah kurus sikit kan?

=)

Tata.
Saya yang comel,
Iman Raneeya.

7 ulasan:

  1. waahh seronok sungguh hari kamu si comel....so sweet :)

    kamu n mummy mmg comel .
    nnti next week ajak lagi mummy kamu jln2 yer syg.

    BalasPadam
  2. sgt comel la si tecit nia ni... addoi, kobar2 nk gegurl lak... geram3.... =)

    BalasPadam
  3. comel IR!!!!

    beby

    BalasPadam
  4. Haha comelnya buat dialog macam ni. Macam ngam dengan photo pulak.

    Iman Raneeya memang comel!

    BalasPadam
  5. eleleleleeee tomeynye dia.... ucuk ucuk acam ni...... ehh yelaaa mami neeya dah kurus laaa...*tgn ke dada, mata ke ats...hhihihihih

    BalasPadam