19 Oktober 2011

Apa program?


Gambar ihsan: Ajidrihan

Oleh kerana tiada lagi kelas di hujung minggu, beberapa aktiviti sudah difikirkan secara sengaja, tak sengaja dan paksa rela untuk mengisi weekend yang akan datang sehingga hujung Disember nanti. Haha, kan main lagi, siap ada paksa rela tu!

Antaranya,

1. Joging. *yang ni lah paksa relanya. =p
Mummy berjoging sambil Daddy verangan tolak Iman Raneya dalam stroller di taman bunga setiap pagi minggu. Ewah, kan main!


2. Cuti-cuti luar negara bersama ex-classmate.
Eh, eh, siap tulis ex tu. Haha. Akan difikirkan sama ada nak bawa Iman Raneeya join sekali atau tidak percutian ni sebab kami pergi secara berjalan malam naik train (misi mencabar sambil menahan mata rabak) + Raneeya takde passport lagi. *yang ni paling dinantikan sampai takde selera nak makan. If plan bersama ex-classmate tak jadi, akan ku heret Azreen pergi juga berdua-duaan sahaja!


3. Kenduri doa selamat. Ni memang dah lama nak buat, tapi asyik tiada masa je. So, akan diusahakan untuk berkumpul bersama ahli keluarga, masak-masak dan baca doa sambil mensyukuri segala nikmat yang Allah s.w.t telah kurniakan. Terima kasih Tuhan untuk setiap kurniaanmu. Suami, anak, keluarga, kebahagiaan, kesihatan, Alhamdulillah untuk segalanya.


4. Pavlova!
Nak buat pavlova sampai jadi. Usaha pasti jaya. Dah jadi nanti, boleh lah jemput kawan-kawan datang untuk high tea. Ark ark ark.


5. Makan-makan untuk kawan-kawan.
Ni pun nak buat time weekend. Yelar, selama belajar, takde masa betul nak habiskan masa dengan dorang ni. So, akan usahakan untuk masak-masak untuk dorang dan jemput mereka datang rumah. Berdinner @ minum petang bersama sambil gosip-gosip, pasti seronok nanti!


6. Pergi berdeting di shopping mall.
Yang ni dah lama rasanya tak buat! Macam tak percaya je. Dah lama tak pergi menjual mata tengok-tengok baju kasut, perhati sambil mengosipkan orang lalu lalang kat mall, merasa aircond shopping mall yang sejuk tu, haaaishh, serious, memang dah lama tak buat macam tu! Even haritu ada pergi KLCC, tapi itu tak kira ye sebab tu menghadiri lawatan ke Microsoft.

dan,

Dah lama juga tidak pergi menontong wayang! Ark ark ark. Sangat kesian kan? Nak tau movie terakhir yang I tonton?

Hikayat Merong Mahawangsa, boleh?


7. Hadiri perkahwinan atau perjumpaan bloggers.
=)
Senyum dulu sebelum taip.

Paling tak menahan, yang perjumpaan bersama bloggers. Kan main ada hati lagi nak pergi, tapi tak pernahnya masuk mana-mana group bloggers pun. Haha.

Ala,
Tu plan je. Kalau ada yang sudi jemput, plus, tempat program dekat-dekat je, seriuos tak tipu, I memang nak sangat join tau! Menambah-nambah kawan, dapat menambah-nambahkan pengalaman kan kan?

Yang hadiri perkahwinan tu, of course lah di hujung bulan November nanti. Majlis Perkahwinan yang paling ai tunggu-tunggu. Siap, kalau Azreen taknak hantar, I akan drive sendiri ok untuk pergi sana. =)

Wahai bakal perantin cantik, tunggu kehadiran saya..... =)


8. Habiskan masa bersama keluarga.
Ini adalah perancangan tetap selepas tamat belajar. Akan cuba membahagikan masa berada di Nilai & Melaka secara sama rata sambil melakukan aktiviti kekeluargaan. Ibu & MIL, tunggu...., pavlova jadi nanti, I buatkan dan hantar ke rumah uols ok.

=)

Semoga semua perancangan menjadi kenyataan sebelum perancangan 2012 menjelang tiba pulak nanti.

4 ulasan:

  1. banyk nyer planing...
    mana 1 nak buat nih..

    klu bab nonton wayang sama lah..dah nak setahun kot..
    sejak ad nyer amani mmg jejak kali dh..
    beli dvd jer ler..;0

    BalasPadam
  2. ..:) semoga semua terlaksana sempurna..:D

    BalasPadam
  3. Elin,

    Akan cuba buat satu-satu. Insya-Allah, boleh kot.

    Sejak ada anak kecil ni memang lah susah nak pergi tengok wayang.

    BalasPadam