20 Jun 2011

Coret-moret lepas bersalin.


Berpantang.
Ia sangat menyiksakan tok orang yang dah biasa ke sana sini dan tak boleh dok diam macam ai ni. Tidur kena telentang, jalan kena sopan, makan berjaga. Haishh, sangat murung menghadapi sesi berpantang ini. Hari ke 5 pantang ai dah kena jerit dengan abah, bila ai amek penyapu nak sapu lantai. Ark ark ark. Rimas woo makan baring makan baring je.

Berurut.
Part berurut adalah part yang paling ai suka time berpantang. Patutlah ibu-ibu lepas bersalin kena berurut kan? Tok meregangkan urat-urat yang dah tersimpul time mengandung dan meneran time bersalin tu. Series, letih tau time meneran tu, sampai cramp2 lah kaki den ni dibuatnya. Bila lepas kena urut, rasa sedap & ringan je badan.

Mandian rebusan daun dan akar kayu.
Rasa segar lepas mandi tapi badan rasa tak best macam berlengas. Ai lebih rela mandi air panas campur dettol je dari mandi air rebusan tu.

Sengkak perut.
Ni adalah tok naikkan peranakan. Mak oi ai. Sakit yang hamat ok. Tapi ai tahan dan tak nanges pun lah. No wonderlah, kakak saudara ai tamo buat sengkak perut ni sebab tak tahan sakit katanya. Ai? Buat je, ikut aturan yang telah ditetapkan. Tanak lawan-lawan demi kebahagian di masa hadapan. Ewah!

Berbarut/ Berbenkung.
Barut iaitu kain yang sangat panjang diikat ketat-ketat kat perut menutupi dada sampai ke punggung. 3 hari je ai pakai barut yang dibuat oleh ibu tu. Sebab? Siksa bila time nak kencing dan berak. Lagipun, ai kan tak boleh nak baring je. Nak sangatlah kan dalam cuaca panas gedegang tu dok baring saja dalam bilik. Fyi, bilik kat rumah mak ai tu ada kipas je, tadak aircond. Mau tak berpeluh ketiak ko dibuatnya? Bila tanak pakai barut tu, ibu bagi girdle je kat ai suruh pakai. Hmm, tu pun dipakai bila mana ai rasa nak pakai je la. =p

Makanan pantang.
Faktor yang buat berat ai turun mendadak. Haha. Menu kat rumah mak ai senang je, air ibu kunyit, nasi panas, kunyit ditumbuk dengan lada hitam, ikan bilis kering goreng halia dan bawang putih. Ditambah dengan lauk tambahan lain seperti sup ikan haruan, sup ayam kampung atau ikan2 tertentu yang digoreng. Kadang-kadang ai makan lauk tambahan tu je. Lauk utama tu ai tak usik pun. Part ai paling suka adalah minum air kopi berempah. Ha, yang tu sodap. Tak makan nasi pun xpe janji dapat minum kopi.

Herba dan ubat rempah.
Pun dibuat sendiri oleh my mum. Air rempah iaitu halia, bawang putih, dan tah ape rempah lagi tah dimasukkan dalah rebusan tu dan di bagi ai minum. Bau mmg sedap, ala2 bau sup, tapi rasa? Huhu, kena amek mood tok minum ea. Dan my mum pun bagi ai makan pil manjakani yang dibuat sendiri tok kesihatan dalaman.

Kemurungan.
Ai mengaku terkena penyakit ini. Nasib baik tak meroyan je lah. Ai dilanda kemurungan disebabkan oleh beberapa faktor.

1. Baby ai ada masalah, sedih tak terkata. Risau memanjang. Umur setahun nanti baru kena further check-up tok tau statusnya.
2. Berpantang suami xde disisi. Series, ai tak boleh nak hadap benda tu. Yelar, dulu baru kawen kan asek dok berkepit, time jejauh gitu mau tak rendu2. =p Dah la sakit, baby pun ada masalah, suami lak jauh, termenung je lah keja ai.
3. Risau tentang study ai.
4. Ibu ai menjage nenek ai yang dah tak berapa nak ingat. Tau je la menjaga orang tua nikan, banyak cabarannya. Ai stress bila tengok ibu ai yang stress.
5. Baby tamo BF. Pastu bila pi blogwalking kat blog2 hotmami, bace lak kisah dorang BF anak dorang lak. Hmm, terus stress dan menung lagi.

Tulah antara faktor yang menyebabkan ai kemurungan.

6 ulasan:

  1. hmm time pantang mang stress ain..akk pun jenis yg x dok diam sek kene sekolah ngn mak...hahaha tp mang ikut gak la degil2 pun coz demi mase depan kn...
    bb ain naper...dulu ryan x cukup bln kene msk wad mase dia demam kng tuh...mang cam org sasau gak ler dengau dia nangis mlm2...huhuu tp kene kuat yer ain hadapi dugaan..ingat Allah sll..setan suke ganggu time kite x sht nih...kalo bb x mo BF ain just buat stok byk2 bg dia ek..janji dia minum susu ibu gak kn..k take care yer...

    BalasPadam
  2. hebatlah ko. masa pantang gigih pergi kelas.

    p/s : aku dah on blog

    BalasPadam
  3. Bab kemurungan sebab laki takde tue macam sy akan hadapi je kak.
    adehh, seminggu je dapat cuti Paternity pastu dah balik sarawak. aduh :( harap2 semuanya ok nanti.

    BalasPadam
  4. janganla termenung2 aje. borak2 ngan anak. die paham tu...
    tahniah bile lepas seksa pantang yek...
    respek la kt ko. sbb aku pantang 2 minggu aje. huhuhh

    BalasPadam
  5. kak mija:
    bby ado masalah sket. nnt lah dah setahun baru ai reveal ye

    beb:
    hebat tak hebat sangat lah pun. kang tak pi, mau setahun lak tangguh. xlarat nak tungguh.

    kiss:
    bertabahlah ye. hadapi dengan tenang jiwa okeh?

    umi:
    hehe. sekarang dah mmg kena borak dgn baby pun sebab kalo tak borak dia ngamok. dia nak org tgok muka dia je.

    BalasPadam
  6. Awak..jangan dok termenung sangat. pikir positif ye.

    kte senyum kat awak ni..awk kene senyumm balik kat kte.

    :))

    BalasPadam