10 April 2011

Tanda-tanda Hampir Bersalin

** Entri melekat sehingga bersalin nanti. Sila skrol ke bawah untuk entri terkini. =)

psst Encik Suami:
pelis take note juga ye. =)

Apakah tanda-tanda hampir bersalin?

Selalunya, tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita. Antara tanda-tandanya ialah:

♥ Bayi turun ke bawah

♥ Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

♥ Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

♥ Sakit belakang
* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

♥ Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

♥ Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

♥ Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.

Bila perlu ke Hospital?
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta kan?)
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.

dipetik dari sumber ini.

kemasterkini:

11 April 2011 (sebulan sebelum 12 Mei 2011)
Dari pukul 1 hingga 2.30 pagi tadi, sakit perut memulas-mulas macam nak buang air besar. Baring ke kiri salah, baring ke kanan salah. Gerakkan AJ, tak sedar-sedar pulak. Cuba tahan sambil mulut kumat-kamit baca ayat-ayat yang tau & doa2 yang dihafal sampai tertido. Bangun pagi ni, sakit takde dah. Hmm, belum tiba masanya lagi lah. =)

4 ulasan:

  1. hehehe.. false alarm rupenye.. anyway! all the best :D

    BalasPadam
  2. salam ziarah

    selamat dtg ke blog buaya dan jadi follower sekali k

    BalasPadam
  3. moga baik baik aja

    baby :)

    BalasPadam