08 Mac 2011

Bila-bila masa sahaja boleh meletup.


Dalam keadaan ai yang,

1. Tak selesa menompang di rumah FIL sebab rumah kene renovate (even FIL ai baik & supporting, tapi hujan emas di rumah orang, hujan batu di rumah sendiri, lebih baik di rumah sendiri lagi kan?)
2. Tak selesa dengan keadaan fizikal dan mental yang menguji daya ketahanan diri dan emosi,
3. Tak selesa tengok keadaan rumah yang penuh debu merata, *nangeh
4. Tak selesa dengan keadaan yang dah macam pelarian indonesia tak semenggahnya jadinya,
5. Tak selesa nak mula semester baru, tapi nak kena cari buku dan peralatan di celah-celah debu,
6. Tak selesa dengan macam-macam lagi perkaralah!

Boleh tak jangan menambah2 'takkeselesaan' di dalam dada ai wahai Tukang Rumah?

Kita melayu kan pegang pada janji, so ikutlah pada prinsip tu. Ai jenis, apa yang kau cakap pada mula, itulah yang ai terima. Malah, ai akan ingat satu persatu. Malah, kalau kau dah janji, semestinya, itu yang ai akan tuntut. So, bila ada yang berubah, maunya ai tak melenting? Sebab, bila dah berubah, duit pun mesti kena tambah.

Lagi satu, pleaselah, sediakanlah senarai hitam putih, agar darah ai tak naik lebih tinggi lagi.

*Urut-urut dada tahan segalanya.
Cuba tahan marah sambil siapkan filing dan senarai tugas. Buat awal- awal. Senang!

Mane tau, tak amarah ai yang meletup, kot perut pulak yang termeletup awal kan? Siapa tahu?
Apepun, sediakanlah payung sebelum hujan, ye?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan