04 Januari 2011

abah, i miss u!

Sedang bersiap-siap nak ke tempat keje,

Me: awak marah tak ain selalu tertido awal? *mode: landing mane nak je mesti terlelap sebab letih dgn setiap minggu yang tiada rehat.
Dea: eh, tak lah yang. Tak marah pun. B suka awak tdo awal. Len kali tdo awal pukul 8 pun xpe. *gelak jahat.
Me: ye la ko kan. Mungok! Memang la ko suka. Sebab bila aku tertido awal, ko tak kene paksa tdo. Ko boleh tengok bola dengan bebasnya kan?
Dea: ark ark ark. Nasib baik memahami.


Tengok berita di tv tentang seorang wanita yang menghantar anaknya memulakan sesi persekolah. Anaknya yang ke 9, 10 dan 11 (kembar 3) oke!

Dea: Yang, tengok akak tu. Sebelas anaknya. Oke je. Steady. Xde pun sibuk-sibuk takut-takut nak branak macam awak.
Me: Eleh, ko tak branak boleh la ko cakap macam tu. Cuba ko kat tempat aku, cuba ko branak. Tah-tah ko lagi lebih dramanya dari haku.
Dea: ark ark ark. Kalo aku yang branak kang orang pelik lak. Terus masuk majalah 3. =p
Me: Mungoks!

Dalam perjalanan ke pejabat,

Me: hmmmmmmm, b, tetiba terbau durian la. Mesti baby ngidam nak makan durian lak ni. Kan?
Dea: macam-macam la ko kan. Abes b bau ridsect ni, baby ngidam nak makan ridsect pulak ke?
Me: mungok!
Dea: ark ark ark.


notalipscumel:
1. Rindu abah. Rindu kene marah, rindu kene bebel, rindu nak bergaduh, dan rindu dengan lawak-lawak sengal abah. Yelar, sejak dah kawen, ditambah dengan kebizian wiken, mana lah ada masa nak ’bertenggek’ di rumah famili. Nasib baiklah perangai suami pun lebih kurang sengalnya macam abah, so, terubat sikit rindu itu. Terima kasih Tuhan.

2. Sudah di tahun akhir pengajian. Tinggal 2 semester lagi. Semoga diri akan terus tabah dan kuat untuk berjuang hingga ke akhir nanti. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan