Selasa, 28 Julai 2020

Multiple Myeloma


Salam semua,

Julai memang sangat dinanti sebab ianya bulan cinta kami. Elok Jun melabuh tirai, berita diterima dari Makcik, Ibu perlu dikejarkan ke hospital kerana hasil X-ray tidak memuaskan dan kandungan sel plasma darah  juga menurun.

Kalut sekejap kami adik beradik sebab hujung minggu baru aja pulang ke kampung. Nasib ada adik yang diberhentikan kerja due to PKP, dialah harapan uruskan semuanya di kala itu. Ada hikmah untuk setiap apa yang dijadikanNya.


Warded during PKP satu hal juga, tak boleh melawat dan tunggu Ibu di wad since Hospital Melaka adalah hospital rawatan pesakit covid. Berhubung through telefon ajalah. Kadang telefon terus ke wad untuk dapat maklumat.


Waktu Doktor panggil terang segala kondisi Ibu, memang doa banyak-banyak, harap bukan seperti jangkaan Doktor. Siapalah kita nak menidakkan rencana Dia, apa yang ditakuti, itulah yang Dia beri. Ibu nampak tenang saat sama-sama menerima berita tetapi tidak Abah. Dia paling beremosi, ditambah lagi cinta hati tidak ada di depan mata.

Doktor benarkan Ibu pulang dengan beberapa temujanji yang perlu dihadiri dan sesi kimoterapi. Senang hati kami ibu dah di depan mata. Walaupun keadaanya dah tak cergas seperti dulu, yang penting ratu hati kami dekat di sisi.

Begitulah serba sedikit yang dapat dicoretkan tentang keadaan Ibu. Multiple myleoma fighter 💪🏻 Semua penyakit ada ubatnya, dengan izinNya dan kuasaNya kami yakin Ibu akan sembuh 😊



Kadang apa yang kita kongsi, bukanlah untuk menagih simpati. Ia hanya sekadar coretan catatan peribadi untuk rujukan di masa mendatang. Meluah rasa juga membantu mengurangkan gundah gulana.

Dalam berkongsi dugaan, ada juga yang ‘sekapal’ bagi tips dan nasihat berdasarkan pengalaman. Berkongsi cara handle situasi dan rawatan alternatif yang boleh dicuba. Terima kasih! Suntikan motivasi dan semangat kalian buat kami rasa kami tak keseorangan. Tetap bersyukur dengan ujian ini. Kalau kita rasa ujian ini berat, ada lagi orang lain yang lagi hebat dugaanNya.

Ada juga ustaz ustazah berkongsi doa dan ayat sebagi amalan dan suntikan kekuatan dalaman. Syukran! Alhamdulillah, ini yang kami perlukan agar tidak putus harapan dan terus redha dengan hadiahNya.

Yang penting, setiap perkara jadikan iktibar dalam meniti kehidupan di dunia. Jangan berburuk sangka sebab tanpa sedar, hati kita juga sedang diujiNya.


Terus kuat Ibu. Kami yakin semangat Ibu kuat dan akan kembali sembuh dah sihat seperti Abah yang dalam setahun ini terlalu banyak perkembangan positifnya. Doa Abah dan Ibu juga amat kami perlukan supaya kami terus sihat dan kuat untuk sama-sama menempuh ujian ini.

Terima kasih juga pada semua, yang tak putus-putus memberi semangat dan bantuan, menziarah, bertanya khabar dan pelbagai lagi kebaikan kalian yang tak mampu kami balas. Insha Allah, dipermudahkan segala urusan kalian semua di dunia dan akhirat hendaknya. Amin.

Tak lupa juga untuk semua rakan yang sedang diuji; kehilangan suami, suami terlantar di ICU, adik diserang kanser tahap empat dan dibuang kerja, ibu bapa adik dan mertua terlantar sakit, diuji dengan masalah kesihatan dan lain-lain lagi, moga terus kuat dan sabar atas ujianNya. Allah sayang kita semua, Allah maha kuasa, Allah tahu apa yang terbaik buat ummatNya 💕

~Tarik nafas dalam-dalam, mata tengok siling~
#Allahua’lam #alliswell #positivevibe #ohjuly #almostamonth #tulisanpanjangorangtakbaca

Khamis, 23 Julai 2020

Insha Allah, semuanya akan baik-baik saja =)

Salam semua,

Tengelam timbul tenggelam timbul je dah blog. Banyak nak tulis tapi entahlah! Bukan sebab rasa tulis blog dah tak relevan lagi sekarang, tapi mood kot. Menulis kan perlukan mood, baru riang dan gumbira aja mencoret rasa tapi sekarang, Allah uji lagi kami sekeluarga, maka kita pasrah dan redha sambil mengharungi apa yang Dia beri.

Allah swt sebaik perancang, Dia saja yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya =)
Kita pegang itu ajalah. Insha Allah, semuanya akan baik-baik saja.

                                             Whatevever happens, stay calm & keep smiling =)

Janggal pula rasa since interface blogger sekarang dah berubah. Terkial-kial nak mencari button new post haha!

Esok wedding anniversary kami yang ke sepuluh tahun!
Alhamdulillah, melangkah ke tahun ke sepuluh. Moga kita berdua sentiasa diberi kesihatan yang  baik ye B untuk mengharungi segala ujian dan dugaan dunia ini dan terus kuat membesarkan amanah Allah dengan sempurna, Insha Allah.

Tahun ke sepuluh, kami plan untuk buat wedding photoshoot since dulu kahwin free hair, nak merasa lak pakai baju pengantin dengan bertudung. Siap husband kata, kalau awak tak kurus macam kahwin dulu, dia tak nak buat.

Hmmm, kita hanya mampu merancang.
Tak kurus pun =p  tapi  tetap buat juga  since dah booking dan buat bayaran.
Chaos here and there time shooting.
Esok nak shooting, malam tu baru sampai dari Melaka.
Malam tu lah, baru nak cari kasut apa nak pakai, tudung apa nak match.
Fitting tah ke mana. Sampai akak butik tu cakap, kita tak buat kerja sambil lewa dik, tolonglah datang fitting.
Takpelah kak, saya redha. Baju besar pun saya sarung je.
Tengah shooting rasa tak kena dengan tudung.
Kerengga pun gigit masuk dalam baju.
Dan macam-macam lagilah.
Sampai terdetik, Allah pun tak bagi kot buat photoshoot ni, tu yang ada saja yang tak kena =(

A day before pun rasa nak cancel semua, rasa serba salah nak teruskan tapi kawan kata, yang sakit tetap sakit, yang hidup kena teruskan kehidupan. Cheers and do what you love! Happykan diri juga dalam jaga orang sakit ni.

Doakan I rajin buat posting ya.
Menulis can heal the pain, Insha Allah.
Keep blogging Nurain!


Rabu, 10 Jun 2020

PKP, Covid 19 yang takkan dilupakan.


PKP akan menjadi sejarah negara yang terpahat dalam kenangan. Kenangan yg takkan dilupakan untuk dibaca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢

Takkan sesekali dilupakan:

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan Seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group What'sapp.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di Bukit Bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan tapi diganti dgn nikah online.
📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan.
📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 Mac 2020 😭😭😭😭
Nikmat mana lagi yang kita dustai? Lakukan kebaikan antara satu sama lain. Sayangi antara satu sama lain. Sentiasa menyokong antara satu sama lain.

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️
PKP, Covid 19 akan menjadi kenangan abadi selamanya.

Selasa, 21 April 2020

Sukarelawan menjahit PPE

Salam semua,

Insha Allah didoakan semua rakan-rakan sihat dah dijauhkan dari virus Covid19, amin. PKP dah masuk fasa ketiga dah. Insha Allah juga, kita akan berpuasa pada Jumaat ni.

Dalam seminggu lebih ni, Alhamdulillah, Allah bukakan hati untuk jadi sukarelawan untuk menjahit PPE bagi keperluan para frontliners. Bila tanya Azreen, dia kata ok, biar dia jaga The Imans, janji sebelum pergi I sesiap masak. Haha!

Setiap hari rutin menjahit PPE bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kenalah bangun awal untuk sediakan sarapan, masak nasi dan buat sejenis lauk untuk lunch.

I takda pengalaman pun menjahit. As a starter,  I potong kain dulu untuk persedian potong pola bagi head cover dan boots.

Dah settle kerja potong kain, naik pangkat lak untuk membantu menjahit. Haha. Takut-takut juga pada mulanya. Dah lah dulu Ibu memang tak bagi pegang mesih jahit dia. Kalau I pegang, manjang jarum patah, sekoci tersekat dan lain-lain lagi masalah jadi kat mesin jahit Ibu.

I start dengan head cover dulu sebab yang ini nampak lebih mudah dari boots.  Target I sehari untuk jahit dalam 15-20 pcs. Bila ada gangguan seperti tailor luar datang ambil pola, itu lah ini lah, tak dapat juga capai target.

Time ni, I dengan sekoci memang in love hate relationship. Kejap sangkut, kejap benang tak keluar dari mesin, haishhh. Kejap- kejap minta orang tolong. Orang pun nyampah agaknya bila terganggu. Sorry la ye semua dan terima kasih sudi membantu.

Dah settle head cover, takda pilihan, jahit boots pula. Part yang ini, manjang jahit terbalik aja. Dah kena tetas balik. Kemurungan weh bila kena tetas tu!

Untuk makluman, material PPE ini adalah hasil daripada sumbangan para dermawan. Maka, kenalah kita jahit betul-betul amanah orang.

 This week, Alhamdulillah, material untuk gown PPE sampai. Warna putih. Ini aja warna yang nampak menarik nak match kan dengan warna hijau head cover dan boots tu. Untuk part kedua tu, I start dengan jahit tali yang kat bawah tu. Ada step dia. Slow-slow berjaya lah follow.

Dah siap tali, berkobar-kobar lak nak jahit gown. Berhati-hati juga jahit gown ni sebab satu, takut jahit terbalik, kedua material gown nipis sikit (45gm), so senang terkoyak. Kalau kena tetas balik jadi tak cantik.

Separuh daripada para Sukarelawan! Kena jaga social distance, sanitize tangan selalu dan pakai mask ya semua! Hari ketiga, ada la wartawan tv datang shooting. Most of them interview student yang stranded tak dapat balik ke kampung dan jadi sukarelawan jahit PPE.

 Acah-acah tailor. Haha. 

 Dah macam jahit gown pengantin pun ada sebab material warna off white.

 Full set of PPE from USIM. Ada head cover, gown dan boots.

My first PPE's gown yang siap dijahit. Tu yang siap ambil gambar tu. Part kelim leher tu tak kemas. Kalau Rizalman tengok ni memang kena jeritkan ajaaaaa! Takpelah, Insha Allah, practice makes perfect! Lama-lama nanti ok la tu. Masuk minggu kedua ni, I dah pandai dah handle sekoci tau *blushing

Doakan ye I dan team Sukarelawan berjaya menyiapkan 2000 set PPE sebelum Ramadan tiba dan dipermudahkan segala urusan kami semua.

Kepada semua juga, I ucapkan selamat berpuasa. Allahumma Ballighna Ramadhan =)

Wassalam.


Khamis, 2 April 2020

PKP Covid-19, Fasa 1

Salam semua,

Sihat ke semua?  Harap semuanya ok menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama keluarga.
PKP dilanjutkan lagi hingga 14 April 2020. Kes makin bertambah dan bilangan kematian pun makin meningkat =( Tak sanggup nak tengok video Covid yang dikongsi di WA. Sedih!


Bila PM announce PKP, esoknya Abah ada temujanji di Klinik. Rutin diabetisnya. Call KK, dia suruh datang macam biasa. Malam tu lak kecoh yang kena dapatkan surat kebenaran dari Balai if nak keluar daerah. Gelabah jadinya suruh Azreen print borang. Sekali malam tu juga arahan ditarik balik due to kesesakan orang ramai di Balai. Haha, macam-macam!

Temunjanji Abah went well, Alhamdulillah. Time tunggu turn, sejam sekali nurse announce untuk social distancing. KK pun tak ramai orang sebab dihadkan kemasukan.


I stay kat kampung dari Khamis hingga Sabtu.  Ahad tu PM announce askar akan mula bantu polis untuk kawal rakyat Malaysia yang tak dengar kata. Kenalah kami balik ke rumah sendiri ber PKP. Hari Selasa  pun nak Work From Home (WFH).


Alhamdulillah, during PKP ni banyak masa dan aktiviti dihabiskan dengan husband and The Imans. Merasalah jadi full time house wife =) 

Nanti nak tulis Diari memasak during PKP lak. Till then korang! Stay at home ya! Doakan kita dapat berpuasa dan beraya dengan keluarga ya, Insha Allah.