Jumaat, 18 September 2015

Kursus ala-ala Perang di Pusat Latihan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak

Seperti biasa, I terpilih lagi menggantikan orang untuk pergi berkursus. Dan sekali lagi Azreen kena beralah dengan I sebab untuk kursus yang ini, I juga kena pergi, dia tak boleh. Haha. Ampun lah ya suami. Ni lah kalau dah dedua minat aktiviti outdoor, bila ada nama dedua, salah seorang kena beralah. 

Kursus kali ini bertajuk Kursus Pemerkasaan Citra  Pentadbir Muda anjuran kampeni I dengan kerjasama Pusat Latihan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak. Dan sekali lagi I suka kursus ini sebab dia bukanlah kursus yang kau kena dengar ceramah semata tetapi ianya penuh dengan pelbagai aktiviti yang dapat menghilangkan tekanan dalam masa yang sama dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan kerja. Kursus kali ini juga melibatkan peserta dari universiti lain iaitu, UNISZA, UMS dan UTHM.

Hari Pertama.

Perjalanan mengambil masa tiga jam dan kami sampai di PGA ini pada pukul 12.30 tengahari.

Sampai sahaja, di sapa salam perkenalan oleh pegawai di sana, kemudian kami telah dibekalkan dengan 2 pasang uniform, sehelai T'shirt akiviti, sepasang boot dan set cadar dan sarung bantal. Untuk malam pertama, kami bermalam di berek polis yang lengkap dengan bilik mandi dan katil untuk tidur. Maka selepas itu bermulalah jadual yang padat mengikut aturcara yang telah disediakan.

Aktiviti pertama selepas check in bilik adalah Taklimat Ringkas oleh PGA. Kemudian diikuti oleh Sesi Taklimat Kompas  Prismatik oleh staf PGA iaitu Tuan Shamsudin. Selesai taklimat, petang itu terus diuji dengan Latihan Amali kompas dalam hutan.

Lawak time ni sebab team I salam baca kompas, siap sesat masuk kawasan team lain, terus kena denda buat semula dari awal. Haha. Padan muka semua!

Sempat bergambor sebelum Tuan polis sampai.
Berkursus dengan anggota badan berunifrom, kalau takde kawad memang tak sah. So, sebelum mana-mana sesi bermula, kami perlu berkawad dahulu untuk mengira semua ahli kursus cukup atau tidak. Bangunan belakang itu adalah bilik tempat kami  bermalam.

Selesai latihan kompas, malamnya pula adalah aktiviti night trail di dalam hutan. Agak berdebar juga nak mengadap night trail ni tapi I cuba juga lah atasi perasaan takut yang ada. Lagi  best, time sesi night trail, urusetia siap datang borak dengan I, terus takde rasa takut dah. Haha. Dalam hutan, sebenarnya event kita bayangkan gelap, tapi bila lama-lama dalam tu, bila dah mesra dengan sekeliling hutan, keadaan gelap bertukar terang. Eh, paham ke apa yang I cuba terang ni. Haha.


Hari Kedua.

Helo Perak di Hari Kedua. 

Haha. Kemain berhelo-helo kau ye. 
Lepas hadap aktiviti kedua, terus rasa, cepat lah hoi, nak balik nak beli air sirap.  Sepanjang kat sini, time breakfast, time lunch, time hi tea, time dinner, semua air yang disediakan adalah air panas. Hazab hakak tak dapat air  ais selamat tiga hari. 
Aktiviti hari kedua di mulakan dengan sesi Kecergasan Fizikal (mengujji tahap ketahanan PIES) di tengah padang kawad yang penuh dengan lecak. Memang menguji sangat lah kan kena bergolek dalam lecak, meniarap ala cicak, merangkak ala bayi di tengah lecak dan macam-macam lagi. Kalau pelatih dah jerit down tu, toksah lah ko nak lenggang mak limah terkedek-kedek nak lemab-lembap, memang mendapat lah semua kena buat semula nanti. 

Gambar latihan memang tak dapat nak diletakkan kat sini sebab kamera adalah kemara Urusetia, tunggu punya tunggu, sampai sekarang tak dapat softcopy. Kita letak gambar mana yang ada je lah.

Selesai aktviti pagi dan bersarapan, kami di beri masa untuk mengemas semua kelengkapan peribadi untuk di bawa bersama untuk aktviti seterusnya dan  kami akan bermalam di dalam hutan pada malam kedua.

Bersedia dengan kelengkapan peribadi masing-masing.

Aktiviti seterusnya adalah Inokulasi Seksyen dan Individu bagi menguji dan membina kerjasama dalam pasukan. Ada dua sesi time ni. Untuk sesi pertama, tiada gambar. Kami kena meredah parit dan halangan.

Gambar yang bawah ni semua sesi kedua di mana kami secara berpasukan kena meredah kawat untuk menyelamatkan diri dari musuh.

Down! Haha.

Selasa, 15 September 2015

Suami yang cepat kurus.

Teknik bergambar dengan efek kurus: Berdiri ke hadapan sedikit dari suami, silangkan kaki, tabik spring untuk menegangkan lemak perut  naik ke atas, maka akan nampak lah kau kecil sikit dari suami walaupun realitinya, hanya orang kesayangan yang tahu keadaan sebenar. Haha!

Husband: 2 minggu tak makan malam, sukan sikit-sikit, mulalah orang tegur, eh Emsem, ko dah susut lah, eh Azreen kurus dah ko!

Wife: 2minggu taknak makan nasi sampai gastrik, sukan bagai nak rak bak kata abah buang bogheh jo hanta poie bertanding, orang tegur, Eh Ain kan main berisi, eh Kak Hainnn, badan gemuk macam ni main sukan apa?

Haha!

Terus jealous dengan suami sendiri.

‪#‎nianeerza‬

Khamis, 10 September 2015

Rindu blog!


Assalamualaikum kawan-kawan maya!

Rindunya lahai.
Rindu nak membebel di blog.
Rindu nak  melawat blog kawan-kawan.
Rindu nak post aktiviti mingguan.
Rindu nak mencoret kisah anak-anak dan keluarga.
Rindu sangat-sangat!

Tapi apakan daya,
Tuntutan kerja dan tenaga sekarang sangat membataskan.
Pelbagai program juga turut sama berbaris menunggu untuk dilaksanakan.
Alhamdulillah atas semua tugasan dan kepercayaan yang diberikan.


Cuba juga untuk menulis di malam hari,
Tapi bila fikir masa yang terhad dengan anak dan suami,
Taknak rasa bersalah, kenalah luangkan masa untuk mereka,
Mengganti masa bersama mereka yang dicuri untuk mencari sesuap nasi.

Bila ada masa terluang,
Cuba juga mencari ruang,
Demi blog tersayang,
Tapi lebih suka layan mata bagi rehat badan dari melayan rindu kepada blog.
Haha.

Apapun, I doakan semua rakan-rakan blog sentiasa dirahmatiNya dan happy selalu.
Semoga semuanya terus giat menulis di alam maya.
Panjang umur, murah rezeki, semoga kita berjumpa lagi.

Salam rindu kasih sayang,
Dakpink a.k.a Ain
=)

Selasa, 8 September 2015

Program Motivasi untuk anak-anak di Hari Terbuka USIM


Moh suntik semangat anak-anak masuk uniBESTi! Nak bagi fefeeling masuk uniBESTi, mai la join program kami.

Ada pertandingan mewarna, dan juga program motivasi,
Bukan senang sesekali USIM nak bagi join program for free,
So, apa tuan/puan tunggu lagi,
Bawalah anak-anak join program kami.

;)
#iloveusim #supportUSIM #supporttempatmencarirezeki

Jumaat, 21 Ogos 2015

Reminder untuk diri sendiri: The power of Sedekah


Kakfel nak share ilmu pagi ini agar boleh menyedut banyak kebaikan dan aura positive.

Awak ada masalah kewangan? 
Keluarga? Kawan2? 
Hidup tak tenteram, tak tenang. 
Nak cari jalan keluar?

Ok kakfel nak buat pertandingan mudah. Siapa buat tips ni dan selepas 3 hari dah dapat kesan inbox kakfel utk tuntut hadiah. Ada satu grand prize bagi siapa yg paling best story dia!
Share dengan kawan2 tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)

Lakukan ini TODAY!

1) Bangun pagi ni, usap muka cakap thanks Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang.

2) Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)

3) Harini ni tanam dalam diri takmau sembang ngan kawan opis pasal org lain, takmau baca atau tulis yg bukan2. Nak zikir dan sebut nama Allah ja. Sebut ulang2( boleh jadi sebak tau)

3) Pergi lunch japgi ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan.

4) Solat zuhur,asar,maghrib,isya di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh2. Lepastu cakap thanks berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.

5) Harini tekad , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen

6) Telepon mak and abah, bersembang dan tanya khabar walau 5minit.

7) Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri , kenapa ujian datang kat aku, mungki aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.

Ulang selama 3 hari berturut turut.
InshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya!
Siapa berani sahut cabaran ni? 
#tipsfelinnanadea


p/s: Bukanlah nak kaya raya pun sebab share benda ni, cuma hidup dengan tenang dan aman damai je. =)