![]() |
| Nah hambik kau size X large gambar haiwan dan tumbuhan untuk majelis haritu. Menetes air liur tak tengok? Kambing tu sedap mak oi. |
Khamis, 5 Jun 2014
Steamboat dan BBQ di rumah Kimie.
Cuti Israk Mikraj haritu, I dan BFF sekolah Teknik Port Dickson plan buat BBQ dan Stemboat. Rumah pilihan adalah rumah orang yang banyak gajet masak dan lokasi dia adalah tengah-tengah so, orang Sungai Buloh dan Seremban pun boleh datang. Sedap-sedap I je pilih tarikh, padahal yang cuti pada tarikh tu hanya Negeri Sembilan je. Selangor dan Putrajaya kerja. Dan tak pasal-pasal tuan rumah pun terjebak cuti sama. Haha.
Rabu, 4 Jun 2014
Good bye & good luck!
Bila tengok gambar Big Bos Kampeni Kubah Biru (KKB) yang dah tamat perkhidmatan ni, sedih je. Ya, even dia tak kenal pun I, tapi I kenal dia. Even ada yang suka ada yang tak kat dia, pada I dia adalah wanita yang boleh dijadikan idola dan inspirasi kalau nak berjaya. Ya, cara dia mengemudi kapal KKB mungkin agak 'keras', tapi masing-masing dengan cara masing-masing. Dengan kekerasan itu juga lah KKB banyak menempah kejayan.
To Dato' terima kasih kerana banyak menyedarkan kami yang banyak nau terleka. Selamat maju jaya di tempat baru dan semoga sentiasa menjadi insipirasi kepada semua wanita untuk menggapai jaya.
To Dato' terima kasih kerana banyak menyedarkan kami yang banyak nau terleka. Selamat maju jaya di tempat baru dan semoga sentiasa menjadi insipirasi kepada semua wanita untuk menggapai jaya.
Selasa, 3 Jun 2014
Al-Fatihah: Muhammad Izz Rizzqi Mohd Nizam
Isnin, 2 Jun 2014
Panggil mommy dan daddy is village people uols!
Since I dan husband decide nak suruh anak panggil kami Mummy dan Daddy, I memang dah biasa dengan isu ni. Lagi-lagi I yang orang kampung ni bila balik kampung memang pakcik makcik dan orang kampung yang dok terdengar dok membahan je lah.
Tapi, dah itu pilihan kami, maka menghadap je lah apa orang kata dengan takde rasa apapun. Mummy Daddy pun sama je macam panggilan Mama Papa yang digunapakai oleh semua tu. Cumanya orang kita jarang guna, maka bila ada yang pelik-pelik mulalah berkata. Kami ambil pendekatan, lama-lama nanti pokcik mokcik tu biasalah mendengarkannya. Dan, dunia tu kan berputar, once you mengata orang, tengok-tengok eh eh anak dia pula milih cucu dia panggil Mummy dan Daddy juga. Kahkahkah. What you give you get back lah. Kan dah termalu muka dah.
I tak marah pun perempuan kat atas ni nak gelak ke apa ke sakit hati ke kalau meluat dengar budak panggil mak bapa si budak dengan panggilan Mommy dan Daddy tapi yang I marah dia mengata orang kampung or dia sebut as village people tu. Siap cakap muka mak budak tu kampung sangat kemain. Bagusnya lah kan menilai orang?
Apapun, tak kiralah sebandar mana pun kau, seurban dan setinggi mana pun kau belajar, satu kau kena ingat, kalau takde VILLAGE PEOPLE ni, takkan ada kita semua.
Langgan:
Catatan (Atom)






