Khamis, 17 April 2025

Cerita bulan puasa yang lepas

Salam,

Bulan puasa haritu, boleh dikira rasanya berapa kali Iftar di luar. Mostly dengan family ja. Dengan kawan-kawan, ada sekali dengan ex-FEM. Yang ini memang kami akan jumpa time bulan puasa je.



Dekan nak raya haritu, filem pendek tempat kerja I keluar di youtube. Filem pendek rupanya, ingatkan IKLAN. Tapi tulah, orang suruh tengok Nadiya Nissa berlakon, yang depat capture Akak Nurtizen tu, haha.

Link filem pendek USIM: USTAZ PESAN

Bulan puasa juga, seperti selalu, kejiranan I akan buat bubur lambuk untuk diedarkan pada surau dan Iftar lorong.

Menu Iftar this year, ayam goreng seekor, sumbangan setiap rumah, lauk ikan yang dipancing sumbangan dari jiran, sambal belacan dan suhun masak air dengan telur.

Masak simple je for iftar sebab dah busy dengan bubur lambuk.

Alhamdulillah, sumabangan sorang sikit bahan bubur, dapatlah hantar sedekah ke surau dah jiran lorong lain.
Hello sexy! Ayam dibedakkan sebelum deep fry.

I join masak bubur lambuk je sebab Iftar dah janji dengan family arwah Abah. Lorong lambat decide tarikh, so tak dapatlah iftar sesama. Tapi mereka bekalkan je lauk dan bubur untuk di bawah ke rumah Makcik. 

Sebelum gerak pi Iftar rumah makcik, Anum singgah hantar barang. Dia bagi coklat untuk Reezqy as reward for UPKK's result.




Iftar dengan family arwah Abah, I sampai lambat. Haha. Jarang berlaku ya I lambat. Dah lambat tu, tak berapa ada la gambarnya sebab diorang cakap, yang rajin ambil gambar, Kaklong Ain je =p



Bulan puasa haritu juga, Iman Reezqy join program khatam dan program sempena bulan Ramadan anjuran pihak sekolah. 



Iftar dengan ex-FEM. This year, Kak Sila volunteer jadi host. Potluck lauk sorang sikit. I plan nak bawa tomyam, tapi hari bekerja kann, ada hal, terus tukar sup ayam je. Alhamdulillah, dapat berjumpa semua sebelum masing-masin pulang berhari raya di kampung.

Selasa, 15 April 2025

Malam raya dan 1 Syawal 1446H

Salam,

Baru ada mood nak update kisah raya. 

This year patutnya raya belah suami, tapi minta izin dengan dia nak raya di Melaka dulu sebab nak selaraskan raya dengan adik-adik sebab timing raya tak sama, susah nak berkumpul pada 1 Syawal sama-sama. So,  giliran raya lepas ni, akan ada tahun, adik-adik bujang I akan berdua je lah bila kami yang dah berkeluarga ni beraya di belah mertua.

Tak jadi hal besar pun sebab petang raya pertama, kami tetap juga akan jumpa dan berkumpul di kampung arwah Abah, Mantin Negeri Sembilan.

Petang Mantai tu, kami masih ikut apa yang arwah Ibu dan Abah selalu buat dulu, kena ada sup tulang untuk last Ramadan. Siap buat begedil lagi.

Pagi tu juga lepas menyapu laman rumah, I tengok bunga durian dah mula gugur. Terus kutip sebab nak masak untuk lauk berbuka petang tu. Dapat la buat masak lemak tempoyak ikan lawankan dengan bunga durian. Sedapnyaaaa. Lagilah terkenang arwah Ibu bila tengok lauk ni.
 




Sebelum berbuka puasa, kami buat bacaan yasin dah tahlil dan lepas pengumuman raya terus husband ajak buat takbir raya sepertimana arwah Abah selalu buat. 

Merembes juga air mata time takbir walopun penat tahan. Adik lelaki pandang I, dia pun turut sama sebak. Syahdunya dengar takbir raya. 


Malam tu I buat rendang ayam je, adik kedua buat sambal bali  daging dan adik ketiga rebus nasi impit. Bahan untuk lodeh potong siap-siap untuk masak esok paginya. Ayam pun goreng siap-siap untuk buat ayam masak merah esoknya. Kami tak masak banyak pun sebab hari raya pertama akan berjalan.

Siap semua, melayan adik-beradik dan anak-anak main bunga api. 


Esoknya raya!
Dan, tudung kita, sama dengan langsir rumah. Haha!
Punyalah banyak langsir arwah Ibu, warna tu juga yang adik nak pasang. Padahal dia dah tahu baju raya kita warna apa. Kita redho je lah.

Lepas sembahyang raya, rutin biasa kami, terus ziarah 'rumah' ibu dan abah.

This year, takda drama pagi raya sebab anak-anak dah besar, tapi si kakak asyiklah bergambar lepas tu air drop ke handphone dia. Handphone ommak ni memang penuh gambar dia je lah.

Bila bising kat dia, Pakcu nya back up, Alahhh Mami dulu pun gitu. Ikut perangai Mamilah tuuu.
Untunglah ada yang back up!

Eh, lepas balik solat raya, kami bermaaf-maafan dulu sebelum ziarah kubur.


Tengok ni, terkenang kita salam abah dulu-dulu. Haishhh, akak rindu bah!


The sisters!
Adik lelaki takdo pi cari lemang lepas solat. 


Lodeh dan ayam masak merah. Guna santan ori dari kelapa jadi tak cantik lak kuah tu sebab tak jaga betul time kuah mendidih. Takpalah, kita juga yang nak makan. Rasa sedap je ;)

Lepas balik dari kubur dalam pukul 10.00 pagi, I terus shoot balik Nilai. Memang tak ziarah rumah saudara-mara di Melaka, sebab nak bagi ruang kepada husband salam raya dengan adik-beradik dia. Kalau petang, semua dah tak pakai baju raya nanti.


My Family belah husband. Alhamdulillah, dapat jumpa semua. Anak buah yang dah kahwin je la takda di raya pertama sebab semua beraya di belah mertua.

Lepas zohor gerak ke Mantin, kampung Arwah Abah untuk berkumpul dengan pakcik dan makcik saudara pula.


Pling, berjuma kami kembali di rumah arwah Nenek belah arwah Abah.


Begitulah kisah raya 1446H tahun ini.
Meraikan Aidilfitri seadanya sambil balik kampung merentas desa.
Alhamdulillah =)

Khamis, 10 April 2025

Trend Gambar AI di ChatGPT

Salam,

Raya haritu, tengah trend gambar AI di ChatGPT. Semua pun post gambar gitu di medsos. Kita pun try juga la. 

Alhamdulillah, takda yang pelik-pelik keluar. Arahan untuk ChatGPT pun clear je semua.

Gambor raya dengan cousins dan makcik.


Gambo dengan Shuben, tema Ghibli


Gambar keluarga, tema ghibli lagi.



Try juga sekeping gambar ni dengan macam-macam tema.



Tema Barbie. Haha, semua dipink kan.


Tema Blythe Doll. Serammm menengokkannya.


Tema Korean Manwha. Memang style korea sangat yang sangat menjaga penampilan, lawa-lawa semua.


Tema Pixar. Haha. Merasa mata bulat.

Macam-macam tema ye, AI mengubah kita. Semua dia boleh buat. 

Apapun, bila tengok balik semua, kejadian yang Allah dah cipta tu juga yang indah  dipandang mata. Allah dah jadikan kita sesempurna kejadian.