Selasa, 11 Ogos 2009

Apa yg ada dlm 'item disimpan' saya?

muahaha.
item disimpan? klakar je munyiknye bila dibuat direct translation utk words tu. papepun, jom kita tgok apa yg ada dlm item disimpan dlm kotak mesej hp ai.

hurmm, ada 3 perkara yg ai simpan iaitu:
i. mesej yg disimpan (12 mesej) * jp lg ai story
ii. templat (11 mesej) - *ni ai tanak simpan, tp nk dlete tak bole lak. isi kandungannya, g belek hp sendiri la tok tau ape menatang tu.
iii. pink.elle (173 mesej) * ni hagak p&c, so ai takan cerita la isi kandungannya.

tok mesej yg disimpan tu ade beberapa msg yg ai hamat2 la suka. dihantar oleh rakan2 & ai simpan & bace bila ai suka. antaranya:

1. dari sapit: *glemer ko dik dlm blog hakak. =p
"serahkan dirimu sepenuhnya kpd Allah, maka Allah akan beri kekuatan sbg ganti dari kelemahan, keamanan sbg ganti dari ketakutan, dan kecukupan sbg ganti dari kemiskinan." ~ .AlQardhawi.

2. dari pink.elle:
"Alihkan matamu ke laut (tetiba teringat hattan lak bila sebut ke laut tu), airnya cantik membiru & penuh ketenangan, tp hanya Allah saje yg tau rasie di dalamnya. Begitulah dgn kehidupan manusia, di luar nmpk riang ketawa, tp hanya Allah yg tau isi hatinya. Jika kau rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kerana masih ada bintang yang menyinar.."

3. dari sapit lagi:
"berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan sbb demikianlah hidup itu diciptakan." ~ Imam Syafie. Gud luck tok Final Exam, maaf atas segala kesilapan & kesalahan. *ayat last tu ai tpakse juga bace slalu walopun bukan time exam. haha.

4. dari minami letchumy:
"Apabila kau ingin berteman, jgn pandang pada kelebihannya kerana mungkin dengan 1 kekurangan, kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman, jgn pula dinilai kebaikannya, keranan dengan 1 kelemahan, kau akan membencinya. Andai kau inginkan teman, jgn diuji akan ilmunya kerana apabila ia buntu, kau akan menyisihnya dan andai kau ingin berteman, terimalah dia seadanya kerana dia hanya SEORANG MANUSIA BIASA SEPERTIMU JUGA."

5. dari puan botak
"nakkan seseorang tak semestinya kita dapat, da dapat tak semestinya kita punya, bila kita punya tak semestinya akan bersama, dan bila bersama tak semestinya akan kekal selamanya"

hokey, tu la antara2 msg yg ai suka & ai akan baca selalu. ade ke org yg mcm ai ni ea? suka simpan msg dan bace slalu. haha.

♥,

4 ulasan:

  1. sy de gak suke msg2x yg diberi sum1...kalo bosan2x bace..hehe ;)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. hai cik ping..
    dulo2 mse gune hnset 'sabun' bnyk bleh smpan msg best2...suke bce blik msg2 yg best2 tuh..tp skrg nih tukar gune sony ericson dh tak bleh smpan bnyk2 kan...:)

    BalasPadam
  4. cik epal: same la kita. simpan msg org yg kita suke je la.

    kocha: hehe.

    cik asleenda: ai xpakai hp sony, hp ai nokia & bole je simpan msg byk2 =)

    BalasPadam