Khamis, 4 Januari 2018

Hello 2018, hello new routines =)

Thank you so much 2017 untuk semua yang masam, manis, pahit dan masin. Haha! Apapun yang jadi, hidup tetap kena terus ke depan, tetap kena teruskan.

Anak dah tiga kan. Tak sempat dah nak recall semua pencapaian, kenangan sepanjang 2017 tapi selagi ada dicatat dalam blog, Insha Allah, boleh aja nanti-nanti kita cari dan baca untuk tatapan anak cucu di masa  hadapan.

2018 dibuka dengan drama gerimis kakak dan raungan Reezqy bertukar taska ke tadika. Fuhhh, penat Mami dan Dedi buka bunga silat nak kawal keadaan. Thank you abang dan kakak bagi Mami dan Dedi peluang untuk merasa menghantar anak sambil bersilat kat sekolah.

Ada yang kata, tak payah lah berdedai-dedai tunggu anak kat sekolah, semak sekolah, menyusahkan cikgu semua. Tapi, anak sendiri, ikut sendirilah punya cara. I memilih untuk perhati semua. Anak kita, kita aja yang tahu dia macam mana. Mana yang tak patut ibu bapa buat tu, kita hindarkan lah untuk mengelak cikgu marah.

Sebagai anak yang dibesarkan oleh nenek, I tahu perasaan anak-anak yang di hari pertama, bila tak nampak muka ibu, takut dan nervousnya tu  macam mana. Tempat baru, suasana baru, orang baru, kita sendiri pun bila dah tua ni masih ada rasa gemuruhnya, inikan pula anak kita.

Dalam pada i sibuk menebeng kat sekolah anak, I juga siap tolong anak-anak lain yang mungkin ibu bapa tidak hadir, menunjuk apa yang patut, menghulur tenaga membantu cikgu yang tak dapat nak mengawal murid yang ramai tak terkira.


Hari ini dah hari ketiga, gemuruh kakak masih ada. Masih lagi gerimis halus menghias matanya bila mana melangkah kaki masuk ke sekolah. Walaupun muka mami ni tegas menyuruh kakak berjalan sendiri, tapi Mami tetap jadi spy kakak. Perhati setiap langkah kakak. Semoga kakak terus cekal ya. Mami doakan semoga kakak cepat biasa dengan suasana baru ni.

Anak kedua Reezqy. Hari pertama sebab terkejut dengan suasana baru, memang dia meraung. Siap peluk kaki Mami tak bagi balik. Hari kedua dah seterusnya, dah panas, dah dapat rentak, dia pula yang suruh hantar dia ke sekolah dulu. Tak sabar nak pergi sekolah katanya. Haha! Semoga mood Reezqy yang ok dan ceria ini akan terus kekal untuk dua tahun mendatang ni, Insha Allah.

Adik Rayeesa. Semakin bertambah akalnya dengan macam-macam perkara baru yang diteroka. Telatahnya sentiasa mencuit hati kami. Adik sabar dulu ya. Empat tahun nanti baru kami masukkan ke taska. Sekarang, teman Grandma dulu sementara Mami dan Dedi kerja.

2018,
Seorang lagi ahli keluarga terdekat meninggalkan kami.
Semoga arwah Pak Ngah Derus sentiasa dirahmatiNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin.

2018,
Rutin baru bermula,
Bertambah gelap pergi dan balik kerja,
Semoga terus diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran baru ini.

2018,
Semoga terus bersinar terang dan cemerlang,
Dimurahkan rezeki dan dapat mempertingkatkan amalan,
Insha Allah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan