19 Julai 2017

Anak: kekuatan sekarang dan di masa mendatang.

Semalam perut sakit luar biasa, memulas-mulas, bukan sebab nak berak tapi sakitlah. Payah nak describe. Macam rasa nak demam tu, rasa seram sejuk, tekak payau, perut memulas. Haishh. Dalam kepala dah fikir yang bukan-bukan.

Siap terfikir, if jadi apa-apa kat I, macam manalah nasib tiga ketul tu. Lagi-lagi kalau Dedi dia cari pengganti, confirm mak tiri dia dera sebab perangai tiga ketul tu boleh tahan macam-macam ragamnya.

Kahkahkah. Drama sangat ni!

Tapi, disebabkan banyak benda nak kena settle, dalam seram sejuk menahan sakit, layan ajelah sakit tu. Balik kerja pun, sakit-sakit, yang tiga ketul ni kena hadap juga.
Kena suap makan, kena mandikan, kena layan sampai masa tidurnya.

Omak-omak, gitu lah kan.
Macam mana tak larat, macam mana rasa tak kuat,
tapi untuk anak-anak,
tetap kena terus bangun, lawan segalanya, kena jadi kuat, mantap dan hebat di mata anak-anak.

Ok lah, nak sambung kerja.
Ada masa kena bebel juga kat sini untuk hilangkan kekusutan kerjaan.
Selamat berkerja semua!
Semoga kerja kita, amal kita, ikhlas kerana Allah s.w.t =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan