06 Disember 2016

Konsert akhir tahun Kak Iman.

Ni cerita end of November haritu ni. Walaupun mood menulis blog tah ke mana perginya, tapi kita gagahkan diri jugalah buat post kat sini. Blog kan diari hari ini untuk rekod masa depan. Haha!

Venue guna dewan kat tempat kerja I je. Kami gerak dari Melaka pagi tu sebab Sabtu tu kena tolong ibu cater makanan. then singgah rumah MIL, ajak pi MIL tengok sama.

Nasib baik jugalah bawa MIL sebab, dah anak tiga ni, maka, seorang kena handle satu anak. Kalau tak bawa MIL memang takde chance lansung nak snap gambar kakak. Reezqy dengan nak beraknya lah, nak balik lah, nak itu lah nak inilah, so kita pass kat Azreen je yang jaga. MIL handle Rayeesa.

Kakak Iman dengan baju dan crown princess yang disediakan oleh cikgu . Memang dalam sebulan lepas dengar dia dok hafal nyanyi, hafal step semua. Kejap dalam bahasa arab, kejap bahasa inggeris, kejap bahasa melayu.



Geng umur 5 tahun kakak. Dalam bahasa Arab dia sebut kelas dia, khamsah sanawat. Semua persembahan secara berkumpulan, sama ada ikut kelas atau ramai-ramai melibatkan semua pelajar.

Time balik, I tanya dia. Kenapa kakak menari pegang-pegang budak lelaki tu. Marah dia i cakap camtu. Haha.
Kakak kata, kakak tak nak pegang pun, tapi cikgu yang suruh.

Next performance. Wind the Bobbin Up. Comel je semua dengan spec mata besar tu. Pandai cikgu-cikgu menambahkan lagi kecomelan semua anak-anak.




Happy faces lepas buat persembahan,

Kak iman dan classmate.

 Yang berjubah kat belakang tu, kelas 6 tahun. Tahun akhir untuk 2016, so diorang graduate lah.

Cenderamata tahunan daripada Pengetua tadika. Pengetua tu juga staf kat tempat kerja I.

Cinta hati pertama. Sebab dia kakak, dia jugalah yang selalu kena beralah, kena marah, =( Kesian kakak, tapi gitulah nasib anak sulung kak Iman. Mami dulu pun rasa yang sama juga sampai tulis surat kat Nek Ani kenapa tak sayang mami. Haha!

Selesai majlis, sebelum balik, jumpa cikgu pertama kak Iman time kat taska lama dulu, Cikgu Aja atau Azreen panggil Cikgu Dira Abu Zahar.


Time nak balik cikgu serah folder ni. Senyum je tengok kak Iman pakai uniform doktor. Alhamdulillah, setahun hantar  tadika terus dapat jadi doktor dah.


Selesai konsert, maka tamatlah sesi tadika untuk kelas 2016. Tahun depan kak Iman akan sambung bertadika di sana juga. So, Insha Allah, tahun depan, turn kak  Iman lak pakai juba tu ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan