26 Disember 2016

Johor: Majlis Perkahwinan Cik Beb.

Day 3

Time for check out dah last day  di Johor. Sebelum pulang, kami perlu ke Masjid Taman Perling untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan I time di Sekolah Teknik Port Dickson dulu.

Rimas Rayeesa kena gomol dengan abang dan kakak. Melalak terus muka bertukar jadi hitam merah. Haha.

Bye-bye Nex Hotel! Mahapkanlah kami ubah susun atur perabot dalam bilik ye. =p



The wedding of Ijazi dan Wanie. Goodies bag dapat bag IKEA ok! Tq Bie, I dapat mug pink.

Dapat juga makan kuih ni time kat kenduri tu. I suka sangat kuih ni. I panggil kuih telinga keling. Ada juga yang panggil kuih denderam atau choq meneram.

Time kami pi makan kenduri, pengantin tak siap lagi, so kami pi terjah pengantin yang tengah bersiap kat hotel.

Ex-TIPD batch 1999/2000 (yang perempuan je) yang dah  beranak pinak. Tak cukup korum ni. Kami pun tak dan nak tunggu yang lelain.

Pengantin tengah bersiap, kita kacau juga dia paksa bergambar. 

Ain & Bonen were here! Haha.  Bukti kami pi makan kenduri dulu sebelum mai bilik pengantin. Eh, awat pi Johor tapi cakap Kedah lak ni.


The perantins yang cantik berseri. Gambar cilok dari FB sapa tah ni. Tahniah Cik Beb dan suami. Selamat melayari bahtera yang dibina dan semoga berbahagia sampai ke syurga =)

Selesai ke majlis cik Beb, maka, kami pun pulanglah menuju ke haluan masing-masing. Bonen pi sambung mandi pantai kat PD. I balik rumah ibu di Melaka.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah..sekarang memang neriah dengan majlis-majlis... :)

    BalasPadam