Khamis, 15 Disember 2016

Johor: Legoland (Water Theme Park)

Day 1

Percutian ke Johor ni pada asalnya cakap-cakap mulut je dengan BFF I ajak dia pergi Legoland sebab anak I terpengaruh sangat dengan iklan Legoland kat TV tu, sekali, eh jadi betul lak. Haha.

Dan kebetulan pula rakan sekolah teknik akan melangsungkan perkahwinan di JB, maka, kita sekali harung je lah ye.

Tiket, hotel semua, Bonen settle kan, so, I tinggal bawa badan dan bayar je lah kat dia. Kami ambil tiket water theme park je sebab mikirkan kalau ambil all park macam tak cukup masa je.

Gerak pagi-pagi buta hari Khamis, 8 Disember 2016 dengan harapan akan sampai awal dapat masuk water theme park, tapi harapan punah berderai sebab salah exit tah mana hala tah tersesat barat.

Happy Rayeesa pagi-pagi buta dah kena mandi sebab nak berjalan punya pasal. Eh, tak berjalan pun, Rayeesa memang mandi pagi sebab Mami hantar pi taska dah siap mandi kan kan kan ;)

Lepas dah sesat masuk bandar JB, pusing-pusing tah ke mana, makan tengahari dulu, lepas Zuhur baru I dapat jumpa Bonen sekeluarga yang dah sampai dulu dan masuk dulu. Kahkahkah. Kalau tak sesat bukan Nurain lah namanya ye. =p

Hai orang JB. Akak sesat lah wehh. Best sangat dapat ronda-ronda kat bandar Jay Biee. Masuk sini keluar sana, sampai satu tahap I dah pasrah dan cakap kat Azreen, kalau tak jumpa juga, jom balik je lah.

Kahkahkah.

Tengok Reezqy punya terujanya sampai Legoland. Tak duduk diam muka tak tentu arah sebab merata ada lego.


Suruh tengok orang nak snap gambar pun bo layan. Nasib baiklah Apak kau penyabar orangnya anak-anak oi, ikut mami yang dah hilang sabar sebab sesat, memang balik tidur rumah kita semua dah.

The Imans happy faces. Mami Dedi cari duit kerja setahun memang nak bagi muka ni happy macam ni =)

Port Reezqy, Imiganation Station ni.  Dari datang sampai balik kat sini je lah dia duduk. Lagi satu, kat kat tempat Build A Boat, pun dia tak gerak-gerak dari situ. Mami bayar datang sini memang suruh abang dok situ je kann!


Macam-macam slides ada kat sini. Kalau anak jenis tak takut, nak main semua, memang tak rasa rugi bayar memahal. I dengan Raneeya ulang naik banyak kali Red Rush sampai pening. Haha.

Ikut I yang BF baby ni memang taknak mandi sebab rimas kang basah-basah anak nak menyusu lagi kan tak selesa tapi Bonen marah sebab  bayar mahal-mahal takkan nak duduk je oi. Dia siap pinjamkan seluar dia lagi sebab baju mandi I semua memang I tak bawa tinggal dalam kereta. So, I pi mandi, bonen dan suami dia gilir-gilir jaga Rayeesa. Thank you Bonen & Shah!

Life jacket yang anak-anak pakai tu merata ada. Boleh pakai for free. Nak hangkut ke mana-mana pun boleh aja.
Ni dah nak balik dah ni. I tak salin baju pun. Pakai gitu je nak pi check in hotel. Nampak Reezqy tu, kalau tak dukung tu, memang tak nak balik.

Kakak di Lego Wave Pool. Ada skrin besar kat situ tayang movie lego. Pun, Reezqy kalau boleh tak nak gerak nak tengok movie tu. Panas nak oi, moh la cari tempat yang teduh je ye.



Rayeesa tak mandi. Bagi dia rasa air je. Baru 4 bulan kan, takut lagi nak bagi dia mandi. Sabar ye dik. Lepas 6 bulan nanti baru dapat lesen nak berendam kat open pool gini.


Since kami sampai lambat kan, time snap gambar kat sini main ambil dapat je lah. Sekali, bila tengok balik, Azreen tak puas hati siap nak balik suruh singgah  sini semata nak ambil gambar elok. Harap mahap lah ye, tak kuasa akak nak layan! Cukup lah apa yang ada.

Legoland, checked! Untuk all park, tunggulah anak semua dah sekolah baru datang lagi. Bayar mahal masuk sini. So, dah tahu dan berani main semua game nanti baru boleh bayar mahal lagi. Haha.

Acik Bonen yang setia melayan anak-anak dia dan anak I sekali. Bonen ni nama betul dia Farah. Nickname Bonen sebab boyfriend dia nama Bonen, so kami panggil Bonen lah. Sekali jodoh diorang sampai kahwin. So, Bonen kahwin Bonen gitu. Bila berjumpa diorang, I serba salah nak panggil Bonen sebab kang suami dia sahut lak.

Water Theme Park ni tutup pukul 6.00, so memang pukul 6 la kami keluar. Bila keluar, konon nak ambil gambar kat landmark ni semula, tapi anak-anak dah penat kan, memang nan hadoo lah. Semua dah bertempiaran.


Moh la kita check in Mami. Adik dah penat melayan karenah abang dan kakak. Bye-bye Legoland. Panjang umur, murah rezeki, nanti kami datang lagi.


Infos:

1. Bawah 3 tahun tak kena bayaran untuk tiket  masuk water theme park, tapi kena bayar RM11 untuk diapers. Mandi ke tak, basah ke tak, memang kena beli juga. Paksa rela gitu.

2. Kalau tak tidur hotel di Legoland, parking ke main enterance adalah sangat jauh. Bertabahlah berjalan kaki ye. Alah, bukan selalu kena jalan jauh camtu. Haha.

3. I pergi time weekdays. Baca review orang sebelum ni kata tak boleh bawa masuk makan sebab ada check bag, tapi time I pergi haritu, takde pun check. Nyesal tak seludup food. =p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan