Jumaat, 30 Disember 2016

Happy birthday Koyam & Konee

Birthday orang yang hujung-hujung tahun ni, kalau nak sambut memang payah sikit sebab hujung tahun banyak nau cuti umum bersambung dengan cuti hujung minggu dan selalunya orang akan sambung dengan cuti rehat supaya dapat berehat panjang dan menyiapkan persiapan anak nak sekolah.

Phewww, sila baca senapas ye ayat di atas! Haha.

Maka, untuk sambut birthday BFF berdua ni, kenalah disambut awal dan kami plan last minit, dan seperti biasa, last minute plans memang tak mengecewakan!

Hambik kau plan last minit, dan terhasilah kad buatan tangan hasil menggoogle. Sambil entertain orang kat office, kejap-kejap tutup dengan fail, dengan orang nak pinjam PC lagi. Hmmm, nasib baik sempat siap.

Celebration ni juga untuk meraikan Konee yang akan bertukar jabatan, so, kita pilih Pizza Hut sebab Konee suka makan pasta dan reroti. Mahap ye Koyam, no nasi! Tak cukup korum ni sebab Korose MC tak sihat. Hadiah pun tak bawa sebab ada orang baru pandai bawa kereta tu tak berapa berani lagi nak pi singgah beli.

Birthday girls (30 December), kita sambut awal ya. Happy birthday Koyam dan Konee. Mahaplah bagi kek hitam kecik tu je. Yang penting ingatan tulus ikhlas dari kami team GCB.

Birthday girls dah kenyang, maka diorang cuit-cuit je. Yang tak birthday ni pula sibuk makan sampai licin. Sedap weh, molten lava kek with ice cream ni. Ada lak badam tu, lagi jadi penyedap lah. Haha.

Kepada Koyam dan Konee, selamat panjang umur, murah rezeki. Semoga happy sentiasa dan dilindungi dalam rahmatNya selalu.

Selamat bertukar jabatan juga untuk Konee. Yey, akhirnya I dah ada geng yang dekat. Kepada GCB lain, toksah sesedih ye. Tak searas dengan Konee, kan kita boleh sewhatsapp dalam whats App =p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan