Selasa, 9 Ogos 2016

Third Baby: Pengalaman bersalin


Ehem-ehem..
Testing 1 2 3
Haha!

Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah, i telah selamat bersalin pada 31 Julai 2016, pukul 4.10 petang di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Pengalaman bersalin paling best setakat ini rasanya.
Lagi cepat dari kakak dan abangnya.
Walaupun senang bersalin, Tuhan jadikan sesuatu kan sentiasa seimbang, dipermudahkan bersalin, didatangkan pula ujian lain.
Apapun tetap i tetap bersyukur atas semuanya sebab semua yang dijadikanNya kan bersebab!
 :)

So, jom kita coretkan memori indah itu di sini.

29 Julai 2016
Last day kerja sebab I tukar cuti ambil dua minggu awal.
Balik dari kerja, malamnya, i dah start panas badan.
Mungkin badan dah penat jaga dua-dua anak yang demam, terus terjangkit sama.
Dah demam, tapi tak makan apa-apa ubat sebab pregnant kan, i takut nak makan ubat.


30 Julai 2016
Balik Melaka sebab saudara kahwin.
Malas nak balik pada mulanya, tapi badan dah tak larat, gagahkan juga sebab nak ibu ada time tak sihat.
Lepas Asar, tengok saudara akad nikah, I balik rumah rasa penat lain macam.
Malam tu lepas tanya cousin-cousin yang nurse, I telan juga panadol dua biji sebab dah tak tahan sangat.
Kawan-kawan pun pesan pergi hospital je sebab takut jangkitan kuman, tapi sebab dah malam i hold je la dulu.
Malam tu tidur badan dah menggigil-gigil. Azreen dah risau ajak pergi hospital, tapi i suruh tunggu pagi je.


31 Julai 2016

8.30 pagi
Sampai Hospital Tuanku Jaafar, gerak dari Melaka.
Bahagian kecemasan suruh refer Bahagian Bersalin je sebab i dah cukup bulan, 37minggu 4 hari.
Di Bahagian bersalin, lepas register, buat UPT, check suhu, i ditahan sekejap sebab nak masuk air dua botol, suhu tinggi 38 lebih darjah celcius, nadi baby laju dari biasa dan tekanan darah pun tinggi. Darah juga diambil untuk tengok kalau terkena jangkitan kuman.
Sambil tunggu masuk air, i menyaksikan je la drama orang check in nak bersalin.
Haha.
Stress jadinya bila dengar orang mengerang menahan contraction.
Lagi satu, bunyi mesin CTG pun buat  i stress gak. Cuba lelapkan mata sambil tunggu masuk air selesai tapi tak boleh.
Time menunggu tu juga ada 3 kes, datang check in, bukaan dah 10cm. Kelam kabut Doktor dan Nurse mengurus. I siap terdetik dalam hati, senangnya lahai korang ni bersalin!


12pm
Berbalik pada kes i, even dah masuk air tapi suhu tak turun, Doktor suruh admitted je. Senang nak pantau.
Nurse announce panggil suami. Orang lain nurse announce suami masuk labor room, suami I nurse suruh pi register wad  je. Haha.

2pm
Selamat dapat katil dan berehat kat wad.
Sambil Azreen tunggu dan borak, kami kata kan elok kalau bersalin hari ni dah alang-alang masuk wad. Tak payah dua tiga kali nak datang hospital.
Waktu melawat pun habis, Azreen kata dia nak pi surau. Nak rehat kejap sebab dari pagi dok menunggu. 4.30 nanti dia datang balik bawa food.
Makcik i pun ada call kata nak datang bawa lauk kenduri.
Sebelum Azreen keluar, i pi toilet dulu sebab rasa nak buang air besar.
Teran-teran takde apa keluar sekali I bangun tengok eh, ada darah dalam toilet bowl.
Terus cakap kat Azreen, you tunggu la, malam ni kot I bersalin sebab tanda dah ada tapi sakit belum rasa lagi. Berseri muka mamat tu bila i bagi tahu.
I inform doktor juga yang dah turun tanda, tapi Doktor kata dah sakit tak tahan nanti baru dia buat VE.

3pm
Contraction mula datang bertandang.
Kahkahkah.
Best woi!

3.03 i start kira.
3.07 rasa lagi.
3.12 eh eh eh!

I inform nurse, nurse kata selagi boleh tahan sakit belum lagi la tu.
I text Azreen, cakap sakit la oiii!
Haha!
Azreen suruh sabar je.
Sambil tarik nafas, hembus perlahan, selang dengan doa Nabi Yunus.
Sempat juga pi toilet buang air kecil dan buka panties sesiap.

Dalam 3.50, i dah rasa nak buang air besar dan badan pun dah gigil-gigil tahan sakit.
I jalan pi kat nurse dah suruh dia buat VE sekarang juga sebab i rasa dah nak berak sangat dah ni.
Nurse dengan seorang Doktor perempuan buat VE lepas tu muka diorang cemas.
Risau pula i takut kalau ada-ada apa masalah melihatkan kecemasan muka diorang.
Dia panggil lak seorang lagi Doktor lelaki untuk buat VE kali ketiga.
Muka Dr tu lagi cemas siap kalut suruh ready semua sebab bukaan mmg confirm dah 10cm!
I ni dengar dah 10cm terus call Azreen cakap nak bersalin dah suruh dia tunggu kat wad bersalin.
Ya Allah!  I pun sama terkejut. Ingatkan bukaan baru 4-5 cm je.

Diorang tolak i ke dewan bersalin dengan katil sambil suruh i kepit dan minta sangat jangan push. Kang terberanak dalam lif lak nanti.
Sampai labor room, doktor dan nurse semua dah ready, tak sempat nak buat CTG apa pun,  nak panggil Azreen pun i dah x ingat dah. Yang i tahu i cakap i memang dah tak tahan dan nak terus push, sekali push terus keluar baby. Baby keluar siap meraung dengan air ketuban merecik sama. Haha.

Alhamdulillah, 4.10 petang i selamat bersalin.
Memang mudah sangat kali ini tapi selepas bersalin lain pula yang jadi.
Pukul 8 lebih baru i keluar dari labor room sebab demam i datang balik lepas bersalin.

So, cerita demam lepas bersalin, nanti kita sambung lain ye.

Alhamdulillah, terima kasih Allah.
Selamat datang anak ketiga Mami, Iman Rayeesa binti Mohammed Azreen.
=)





5 ulasan:

  1. Wah, memang senang sangat bersalin. Hehe

    BalasPadam
  2. tahniah kak ain. Alhamdulillah mudah bersalin

    BalasPadam
  3. adoyaii..tang suh kepit and jgn teran dlu tu yg x sanggup tu..kalo da sakit datang x terkawal da nk kepit ni..haha

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. syukurrrr

    BalasPadam
  5. biar betik kak, 10cm boleh lagi jalan g kat nurse? sy 10cm ritu mmg menggigil2 xboleh buat apa..hahaha

    BalasPadam