13 Julai 2016

Cerita Raya 2016: #teamrayarumahmertua

Alhamdulillah, dalam tak larat-tak larat, dah selamat dah beraya dan melantak dengan jayanya.
Haha.
Naik berat akak 3 kilo oi!
;)

Meh la kita cerita pasal raya sebelum mood nak bercerita tu hilang.

Tahun ni beraya di belah Azreen. So, Isnin petang lepas settle kemas rumah sendiri, kami gerak ke rumah MIL yang tak berapa nak jauh tu. Jalan elok je smooth takde jem pun. Haha.

Sampai rumah MIL, MIL sedang sibuk pasang langsir, so nolong lah apa-apa yang patut. Takkan nak datang duduk saje je lak kan?

Sebelum sampai rumah MIL sempat gak pi klinik sebab mamat ni, orang nak raya, mulut dia pula berkudis. Tah kenapa tah. So, pi klinik ambil ubat demam sesiap. Nasib ambil ubat sesiap sebab malam tu dia demam panas lak. Macam-macam hal lah orang nak jadi abang ni!

Malam raya, dapatlah budak-budak ni merasa main bunga api. Punyalah lama minta dengan bapaknya, malam raya baru mendapat. Itupun, gigih bapaknya pi cari pelita nak bagi feeling main bunga api kat kampung dengan pelita. Yang si Reezqy, orang sibuk pasang pelita, dia sibuk nak tiup pelita bagi padam. Dah asyik nak kena nyalakan pelita balik je. Ingat ni kek besday ke ape abang oi!


Raya Pertama.

MIL I bukan jenis yang masak beriya untuk raya. Malam raya tu, setakat goreng ayam, masak rendang, rebus ketupat dan sediakan bahan untuk masak kuah lodeh. Pagi raya tu baru buat masak lodeh dan ayam masak merah. Family Azreen pun tak ramai, so, masak pun memang tak banyak mana.

Tahun ni I dah cerdik sikit. Kahkahkah. Bongok punya statement.
I iron baju raya sehari awal. So, pagi raya tu tak kalut dah nak iron baju. Smooth je siapkan 'budak tiga ketul' ni. I pun dapat bersiap dengan aman dan tenteram.



Lepas je dah sarapan dan yang lelaki pergi solat raya, MIL ajak I bergambar. Jarang MIL nak bergambau, so, kita layankan je lah. Elok nak bergambar kat luar, kak ipar sampai, dan yang lelaki pun dah balik dari solat raya. So, meh la kita ambil group photo sambil menunggu Pak Mentua balik dari mesjid.

My lil' family =) 
Gambar memang jangan harap nak dapat yang senonoh. Ni pun siap dengan mangkuk dan bekas kuih pun ado!

Kak Iman, boleh senyum-senyum lagi sebelum sesi salam.

Elok je orang sibuk bersalaman, tengok kak Iman, dia buat drama air mata dia sendiri. Sedih tetiba. Haha. Suruh salam tak nak tapi sibuk menangis di sudut kerusi. Dia sedih bila tengok orang lain sedih.

Abah dan emak. Tempat menumpang kasih sayang sebab ibu abah jauh. Syahdu lak tetiba. Terima kasih mak abah, tak anggap I macam menantu, tapi anggap macam anak sendiri. Semoga Allah s.w.t sentiasa melindung mereka berdua dan mengurniakan kebahagiaan dan kegembiraan sentiasa kepada mereka berdua.

Food hunting for raya #1. Settled! Makan siap ulang  7 8 kali. Kuah lodeh, ketupat dan ayam masak merah MIL.

Cubaan mengambil gambar bajet-bajet sweet macam pasangan baru kahwin dengan suami, tapi tengok si kakak, dikepit bapaknya takmo lepas. Ginilah nasib berkongsi kasih oi. Si Reezqy dah bertukar uniform sebab dia rimas dengan leher cekak musang tu.

Tengahari, semua terbongkang kekenyangan dan ada yang buat hal sendiri. I busy mengemas kain baju sambil menunggu signal dari my parents kalau-kalau diorang dah sampai Mantin.

Lepas zuhur, kami gerak ke Mantin. Macam biasa, ziarah 'rumah kekal' makpak Abah dan terus berkumpul di rumah makcik I. Lepas solat terus sarung tudung biasa je. Maleh dah nak berbelit-belit pakai shawl.

Family potrait dengan waghih  Abah. Gambar atas abah dan adik-beradiknya. Gambar bawah, kaum keluarga sanak saudara.


Raya Kedua

Raya kedua I dah ada di Melaka. Tengahari gerak beraya ke rumah Pak Ngah di Pedas.

Menu rumah Pak Ngah ada macam-macam, tapi Nasi Ayam ni terbaik. Sodapnya lahaiii.

Selesai di rumah Pak Ngah, bergerak pula ke rumah Pak Itam di Sikamat, Seremban. Kau hado raya siap bergolek macam ni? Haha. Nasib lah kat rumah Bapa Saudara sendiri.

The Imans dengan anak-anak cousin I. 

Ni time kat Pedas, rumah Pak Ngah. Marah Pak Ngah ambil gambar tengah panas. Elok la tengah panas Pak Ngah oi, lighting baikkk punya.

 OOTD anak I di hari raya kedua. 

Raya ketiga

Masih di Melaka lagi, join adik I pi beraya ke rumah  Pak Long, dan rumah sepupu-sepupu Ibu (rumah berdekatan).


Port wajib bergambar ramai-ramai tiap kali raya. Tapi sebab tahun ni kau beraya di perantauan, so, bergambar jelah secara 4 ketul tambah satu ye.


Raya keempat

Balik ke Nilai semula. Sebelum balik, sempat melayan sepupu yang datang beraya. Ni, nama je rumah dekat-dekat, tapi time raya je baru berjumpa. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing bila dah kahwin ni.



Balik Nilai terus ke rumah kakak kedua Azreen sebab family belah MIL berkumpul kat sana. Dapatlah merasa laksa sedap kak ipar. Sedap sangat ni, I siap tapau bawa balik lagi.


Begitulah lebih kurang cerita raya tahun ni. Meriah je macam tahun-tahun lepas walaupun tengah sarat. Time pagi raya ketiga, siap seram sejuk bila tiba-tiba mild contraction datang tapi sebab belum cukup  bulan, kita rileks-rileks aje sudah. Haha.

Tahun ni tak sempat ambil gambar satu keluarga sebab raya kan busy, tak sempat untuk benda-benda remeh ni. Takpelah, nanti raya haji kita buat photoshoot ye. Haha.

Ibu abah dengan adik ketiga dan keempat dengan tema warna coklat. Tapi dalam gambar nampak macam purple lak.

Adik kedua dengan keluarganya. Tahun ni beraya di Terengganu, keluarga belah suami.

6 ulasan:

  1. sesekali pakai merah mmg cantik...nak pulak family ko putih2 belaka...
    nasi ayam tu mmg nampak sedap!

    BalasPadam
  2. Meriah bila beraya ramai-ramai ni.

    Cantik rumah melayu tu. Terjaga rapi aje.

    Selamat Hari Raya tuan blog dan famili. =)

    BalasPadam
  3. wahhh giigh puasa & meriah nyer rayaaa ;)

    BalasPadam
  4. cantik baju raya purple tu.. :) selamat hari raya yer sis...

    BalasPadam