07 Jun 2016

Ramadhan dan mengandung.

Alhamdulillah, tahun ni diberi peluang berpuasa ketika mengandung. Anak-anak yang sebelum ni, selalu melepek di bulan Ramadhan, raya je dapat berita gumbira pregnant. Tapi kali ini, diberi pula merasa sedang memboyot di bulan puasa.

Minggu pertama puasa ni juga, kandungan I genap 30 minggu. 10 minggu lagi perlu diharungi sebelum dapat menatap cinta kami yang ketiga, Insha Allah.

Kalau sebelum ni, time pregnant, ada juga buat puasa ganti, cuba-cuba puasa, tapi buat selang hari je. Dapat la juga langsaikan 4 hari. Masih berbaki 2 hari, I cuba buat, tapi godaan syaitonnirajim tu, hai lah, memang tak dapat dielak. Haha.

Pssst suami, jangan lupa tolong bayar fidyah nanti ye! Maceh.. :p

Semalam, bangun sahur macam biasa. Nasib ada lauk bekal dari ibu, so lauk tu jelah buat bersahur dengan nasi. Puasa time mengandung ok je bagi I, tapi yang tak menahan tu haus lah. Tersangat haus. Masuk je petang, I dah rasa penat dah. Time masak, kalau boleh nak letak dapur gas tu kat bawah. Masak sambil duduk je.

Masaknya satu menu je, sup untuk dimakan dengan mee dan bihun, tapi penatnya ngalahkan masak 7 8 jenis lauk.



Alhamdulillah, berjaya juga masak semalam. Menunaikan permintaan suami yang tak makan nasi. Dengan isteri-isteri juga  terheret tak makan nasi sama. Singgah pasar ramadhan cari kuih favourite, tepung pelita then tambah buah-buahan sikit. Jadilah. Kenyang dan tiada pembaziran.


Nyenyambil tunggu azan semalam, sempatlah juga menunaikan permintaan tekak sendiri. Nak makan serawa durian cicah roti. Beli durian, keras lak, so kita masakkan lah dia. Tengah menggelegak, azan pun berkumandang, terus rasa sesiap. Haha. Sodapnya lahai. Balance ada lagi, so harini plan nak rebus kacang hijau, masukkan dalam kuah ni pula.

Selamat berpuasa semua dan selamat bersilat di dapur menyediakan juadah berbuka untuk keluarga!
=)


5 ulasan:

  1. Alhamdulillah..selamat berpuasa juga ya.. :)

    BalasPadam
  2. Tahniah...x lama lg dpt baby baru..
    teringat time pregnant dulu2...nasib baik x mengidam yg bukan2

    BalasPadam
  3. InsyaAllah mesti ko boleh punya...caiyok caiyok...
    serawa durian ko mmg tempting abes...tergugat iman aku...

    BalasPadam
  4. eh eh kita lebih kurang lah. I 29 week today ( check online due date calculator) hahaha selalu lupa week tau. yang tau due date 25/8 je :D

    BalasPadam