14 Jun 2016

Ragam anak dan tahap kesabaran makpak.



Pagi tadi bersahur berdua, sempat lah menyembang dengan suami, tanya kenapa dia tidur dengan budak-budak.
Almaklumlah, sejak bulan puasa dan membesar dengan jayanya ni, I memang tak sedar pun kalau suami masuk tidur ke, tidur di luar ke, balik terawikh ke.
Ahkak tidur mati!
Haha.

Suami jawab,

Saja. Kesian kat diorang sebab kena marah siang tadi.
Memang dah tak boleh nak bersabar dah, tu yang marah diorang.
Kalau tak marah, takkan senyap punya masing-masing.
Ni dah tidur, kesian pula bila kenangkan dah marah diorang tadi.
Tu yang peluk-peluk diorang sampai terlelap tu.

T___T

Gitulah mak pak kan, dah marah-marah, menyesal, tapi tetap sayang anak tu.
Suami I jarang marah.
Tapi kalau dia marah, bukan anak-anak je takut, mak nya pun sama kecut.
Haha.

Anak-anak memang lebih kat dia dari I sebab I garang macam singa.
Dah lah kuat bebel, tangan laju je selalu masing-masing kena cubit.
Yang kenit tu pun, ingat tak kena. Kena juga.

Eh, semua mak garang apa?
Kan?

Tapi selalu, lepas kena dengan I,
I biar dulu diorang menangis. Kemudian panggil balik peluk diorang.
Lepas tu tanya,

Kenapa Mami marah?

Yang kakak jawapan dia selalu macam-macam, yelah orang dah banyak akal, pandai bercakap pula tu kan,
Kakak tak dengar cakap Mami. 
Kakak tak nak buat Mami marah lagi.
Kakak nangis tak nak diam. 
Kakak minta maaf Mami, dan lain-lain lagi.

Yang adik jawab dia standard, sama,satu tu  je,
Adik minta mahafff, adik minta mahafff
Adik sayang Mami.

Minta lah mahafff banyak kali pun, drama yang sama tetap berulang juga dari mereka berdua.
Kahkahkah.
Sabar je lah.

Ibu dengan mak I selalu pesan,
Diorang buat perangai sebab nak perhatian kita.
Iya,
Memang I tahu tu.
Diorang dah penat behave kat sekolah, behave depan cikgu.
Tapi itulah, kita faham tapi kita pun penat juga.
Ada masa boleh handle,
Time tak  boleh handle tu yang terlepas marahnya.

Cuba juga apply segala tips handle anak meragam yang selalu dikongsi kat media sosial tu.
Ada yang berjaya, ada juga  yang ke laut.
Takpelah, janji kita dah cuba.

Ragam anak-anak ni ujian untuk kita sebenarnya.
Untuk jadi lebih sabar, sabar dan terus bersabar.
Tapi mak pak pun insan biasa.
Tahap kesabaran kadang terbabas juga.
=p

5 ulasan:

  1. Masa kecik nie la kte dapat bermanja dengan dorang.. bersabar jela dengan ragam dorang tu

    BalasPadam
  2. huwaa sama lah. selalu lepas marah pun I pulak jadi syahdu. lepas dia dah majuk/ nangis I suh dia peluk. rasa sebak pulak T_T tapi kita ni marah bersebab. bukan mendera pun. nak ajar dia and takmau dia ulang benda yang sama

    BalasPadam
  3. Yang penting anak2 tahu minta maaf itu dah sangat bagus walau esok diulang lagi...hehe

    BalasPadam
  4. memang betul tu diaorang ni selalu nak kita beri perhatian pada diaorang
    jadi kena banyak sabar lah mommy2 muda ni ya

    BalasPadam
  5. Dad's love was sometimes invisible, because he doesn't know how to show it. =D

    BalasPadam