13 Jun 2016

Minggu pertama Ramadhan: Menu berbuka

Alhamdulillah, genap seminggu umat Islam menyambut Ramadhan.
Alhamdulillah juga, masih berpuasa penuh setakat hari ini, dan akan terus cuba bertabah dan bertahan mengekalkan kecemerlangan berpuasa untuk tahun ini, Insha Allah.
Kita nak puasa penuh tau!
=)

Tahun ini walaupun sangat  bercinta nak memasak juadah berbuka, tapi tetap juga berusaha demi memenuhi permintaan tekak tercinta.
Haha.

Dah bersusah-payah, merangkak-rangkak, berpeluh-peluh memasak, takkan nak biarkan begitu saja kan?
Maka, meh kita upload kat sini meh.


29 Syaaban 1437H

Ibu memang suka buat surprise. Tengahari Ahad, dia Whats App bagi tahu,

Ibu buat baca doa sikit lepas Asar ni. Kalau takda apa, baliklah. Tak jemput ramai pun. Lauk pun satu dua je ibu buat. Imam dak kata ok, boleh datang, so Ibu proceed je lah.

T___T

Dah lah kita dah beli tiket wayang nak belanja kakak tengok cerita Angry Bird tengahari tu, terus pujuk Azreen ajak balik juga lepas wayang habis.

Inilah hidangan kenduri express ibu. Tak banyak sangat lauk lah konon, Sup tulang, sambal udang petai, daging masak lemak cili api dengan rebung, ikan keli masak lemak dengan pisang, ikan goreng.

Alhamdulillah, niat ibu bersedekah sambil mengingati yang telah tiada, dapat ditunaikan.
Kita pun berjaya juga balik siap dapat bekal untuk bersahur lagi. =)


1 Ramadhan 1437H

So, bermulalah perjalanan Mak Buyung memasak juadah  berbuka sambil mengandung.



Untuk hari pertama, suami request bihun sup. So, kita masak bihun sup jelah. Anak-anak pula suka mee, so mee kena ada juga.

Tekak I request serawa durian cicah roti. Haishhhh, teringat-ingat kuah ni. Tapi sebab I je yang  makan sorang, malas nak repeat lagi buat bendalah ni.


2 Ramadhan 1437H

Hari kedua masih tiada nasi.
Tomyam putih untuk dimakan dengan kuewteow untuk tekak suami dan anak-anak.
Untuk Mak Buyung, roti john version sandwich je sebab cari roti untuk roti john tu tak jumpa.


Malamnya pula, lepas tidurkan budak-budak dan suami pun dah pi terawikh, I goreng sukun pula mengadap sensorang. Sedapnya sukun goreng!


3 Ramadhan 1437H
Hari ketiga, dah plan nak masak sotong dengan petai dan suami request mee goreng.
Sekali, balik dari kerja, jalan jem tak gerak-gerak sebab ada accident.
Kita patah lah balik ikut highway LEKAS.
Dalam perjalanan, sebab waktu berbuka dah dekat, beli aja apa yang ada dijual di tepi jalan.
Rezeki orang meniaga lah untuk hari tu.
Beli ayam golek seekor untuk orang tak makan nasi.
I dan anak-anak makan nasi campur, lauk sambal sotong dan sayur campur.

Tapi sebab tekak tak berapa lalu makan lauk beli, I hadap durian batu kurau yang kawan bagi je sampai 10 ulas sorang. Haha.

I is cannot go dengan lauk beli. Iyalah, kita pun faham orang puasa kan. Mungkin dia tak dapat nak rasa. So sambal sotong I adjust letak ikan  bilis dan petai untuk lauk sahur I.

Rebus sikit sawi, lawan makan dengan sambal, Alhamdulillah, dapat betahan kenyang sampai ke petang.


4 Ramadhan 1437H

Hari keempat menunaikan permintaan tekak suami lagi. Mee goreng pelbagai haiwan dan tumbuhan.

Goreng telur mata untuk dimakan dengan mee goreng.

Ada masa sikit, gorengkan cekodok pisang untuk anak-anak dan jadi kudapan suami lepas terawikh.

Untuk tekak sendiri I beli roti john. Cuba cari roti john yang biasa  beli, tapi tak jumpa. Roti john yang ini tak berapa kena dengan tekak. Memang tak habis makan.

Blender mangga buat jus. Untuk tahun ni, memang tekak I asyik nak berbuka dengan Air sejuk yang manis je.

Inilah dia Mee goreng pelbagai haiwan dan tumbuhan.

Malam, I adjust serawa durian letak kacang hijau. Tak sempat sagu mata ikan nak kembang, I dah ngap dah.


5 Ramadhan 1437H

Hari kelima, memenuhi permintaan tekak Iman Raneeya. Haha. Kesian kakak, sampai keluar statement, Rumah kita takde nasi ke Mummy??

Maka, I paksa juga suami makan nasi.
Menunya, Ayam sambal bali, asam rebus bendi dan sawi rebus dengan fucuk tahu dan telur.
Beli kuih 2 ringgit dan air tembikai.


6 Ramadhan 1437H

I tak berapa gemar dim sum. Tapi tekak kali ini, nak pula menelannya. Maka hari keenam puasa kita makan dim sum frozen. Kan main elok je I makan. Sedap lak tu.

Buah-buahan dan kurma adalah benda wajib ada dalam semua menu berbuka sebab I tak suka nak  hadap sembelit. =)

Hari keenam juga ada lauk sambal keli goreng garing untuk di makan dengan nasi.


7 Ramadhan 1437H


Genap seminggu berpuasa, hari ketujuh masak daging masak kicap, telur dadar.
Oren  diblend buat jus.
Masak lemak pucuk paku dengan udang I pula tak berapa nak menjadi, tapi sebab tak pedas, elok je anak-anak bedal.

Sambil masak, sambil menyelam minum air. Siap aiskrim viral kat FB tu untuk kudapan malam!
 =)

Sekian, laporan berita menu berbuka untuk minggu pertama Ramadhan bersiaran dari Dapur Cik Ain Cantik.
Haha.

Selamat berperang di dapur untuk menyediakan menu berbuka kawan-kawan semua!

3 ulasan:

  1. hoiii pagi2 buat aku lapa...
    cisssssss....

    nak serawa durian wehhhh..
    aku ngidammm

    BalasPadam
  2. Haha. Pregnant dulu, baru aku buat :p :p

    BalasPadam
  3. oi rajinnya mak buyung di sana masak macam macam. ni yang buat mak buyung di sini telan air liur. :D dapnya roti john tu lahai.

    BalasPadam