Jumaat, 6 Mei 2016

Moh kita ke Parit Nipah, Muo!

Last Saturday, kami memenuhi jemputan perkahwinan cousin Azreen di Parit Nipah, Parit Jawa, Muo! Pagi-pagi dah sesiap, breakfast kenyang-kenyang, then gerak ke Muar. Ingatkan boleh sampai awal, sekali kena tempuh jem kat Merlimau, then jem sejam setengah dari Ayer Keroh sampai ke Muar.

Bertabah dan bersabar sungguh menempuh jem sambil mengadap Iman Reezqy yang dah tak keruan. Selamat masuk Muar, sesat pula. Haha. Dah rombongan pengantin kena menunggu kami untuk berarak.

Hampunn lah ye pengantin. I first time sampai Muar. Marah Azreen. Kat kampung sendiri pun boleh sesat!

Kak Iman, dah tarik muka dah sebab lapar. Ingatkan kejap je sampai Muar, so memang I tak  beli apa-apa kudapan lah. Last breakfast pukul 8.30 pagi, dah pukul 1.30 tengahari pun tak makan lagi, memang mendapat monyoklah muka dia.

Dah sampai pun kena menunggu juga. Sebab pengantin berarak lepas Zohor. Dah lepas Zohor, nak ready kompang semua bagai, I dah mak mentua dok tepi je lah. Tak larat paneh oiii.

Lepas dah berarak, tunggu kompang buat persembahan lak. Tu Pak Mentua I tengah ambil nafas tu, dah ready sebagai Jurucakap nak hadap 'tol' orang Johor.

Kami?
Rombongan lelaki sibuk mengadap jem sebab nak bayar tol, I bertiga, mengadap nasi di bawah khemah. Memang minta mahap la ye. Makan dulu. Even, mak mentua suruh tunggu makan kat khemah belah lelaki, anak-anak I dah tak boleh tunggu dah. Nampak sangat kelaparannya, sebab siap bertambah makan nasi minyak.



The rombongan pihak lelaki (Side Azreen)

Kami, dengan pengantin. Lawa pengantin perempuannya. To Along Obi, selamat melayari manis masam masin pahit alam berumahtangga ya. Welcome to the club long!


Dalam pukul 5 lebih, majlis selesai, lepas FIL check out dari homestay, on the way balik kami singgah ke Tanjung Emas. Pi try mee bandung. Tapi tulah, perut dah kenyang tambah penat hadir kenduri kan, feeling nak makan beriya tu dah takda. Share-share je lah janji rasa.

Behind the scene untuk makpak yang beranak kecil ni. Haha. Dalam gambar nampak ok, belakang gambar, hiruk pikuk menenangkan anak. Haha!


Gambar caca merba sebab malas nak susun beriya. Pak Mentua tak habis tugas lagi. Banyak nau tolnya nak kena hadap. Sampai basah lencun mengadap panas dan tol orang Muo!

Last but not least, gambar raja sehari. Meriah majlis perkahwinan cousin Azreen ni. Siap  ada malam berinai, malam Bollywood dan siangnya ada show tarian dan kuda kepang. Tapi tulah, kami join yang siangnya ja.

Balik dari Muar, si Reezqy bantai muntah dalam kereta then esoknya dia demam.
Fikiran khurafat I ni menyatakan, Reezqy seram tengok tarian kuda kepang kot, tu yang terdemam. Haha.
Iyalah, semacam je I tengok tarian kuda kepang tu. Ada unsur-unsur mistik di situ.
Reezqy yang tak reti dok diam pun tetiba diam lepas tu nangis sebab takut hantu kata dia.
Mungkin sebab itulah agaknya dia demam kot.
=D

2 ulasan: