Jumaat, 13 Mei 2016

Kumpul-kumpul keluarga.

Sejak adik-beradik dah kahwin ni, memang susah nak dapat kumpul semua.
I balik rumah ibu, adik kedua tak balik, ada hal.
I tak balik, adik ketiga tak balik, adik kedua pula balik rumah ibu.
Gitulah selalu.

So, bila ada kesempatan cuti umum ni, terus I menggunakan kuasa veto sebagai Kak Long, maklum awal, bagi tarikh, minta semua balik.

Kek disponsor oleh orang yang telah sambut harijadi bulan Feb lalu, Mak Lang Cantik. Terima kasih Mak Lang. =)
So, perancangannya, kita keluar makan untuk  sambut ulangtahun perkahwinan Ibu Abah yang ke 34 tahun (24 April), then sambut hari ibu, terus sekali sambut birthday dari bulan Mac hingga Mei. Hambik kau, sekali harung semua. Dasar penjimatan gitu!~

Happy birthday Mac, April dan May Babies:

1/3 - Dik Wan
7/3 - Ikin
31/3 - Abah
2/4 - Azreen
27/4 - Iman Raneeya
29/4 - Iman Reezqy
5/5 - Arif Daniyal
12/5 - Ain Syazrin
30/5 - Faizal

Tempat pilihan untak makan ialah di Restoran Terapung, Kuala Sungai Baru. Abah yang pilih tempat. Ikut I nak pi Secret Recipe je, tapi abah kata mahal. Ibu pula nak makan KFC je, I bantah sebab dah rasa macam kekanak-kekanak pula makan KFC memalam. Haha. Maka, Restoran Terapung jugalah yang menjadi pilihan hati untuk kumpul-kumpul keluarga.

Cucu-cucu Tok Abu dan Nek Ani. Setakat ini, baru 4 orang. Isha Allah, bulan lapan nanti akan bertambah lagi.
Budak-budak sekarang, sua kan aja smartphone, diam la diorang.

 Alhamdulillah, berjaya juga makan di luar, bagi ibu rehat dan  berkumpul beramai-ramai. Even seronok dapat berkumpul ramai-ramai, tapi servis dan tempat makan tu mendukacita kan I. Kalau tengok harga yang dibayar, bagi I better lagi pi makan secret recipe. Tapi itulah, dah abah nak makan di situ, kita ikutkan ajalah.

Ingat nak bagi ibu rehat, tak payah masak, tak payah buat apa-apa. Tapi idoklah namanya ibu teman nak suruh dia berehat, ada juga kek harijadi untuk kak Iman dibuatnya dah siap simpan dalam freezer. Hehe. Terima kasih ibu.

Next weeknya pula, kami yang gigirls ni keluar dating bertiga dengan the 'handbags'. I paksa diorang keluar sebab I stress tiga hari dok rumah jadi suri rumah menjaga the Imans. Haha.


Semoga kasih sayang kami sekeluarga akan kekal selamanya Insha Allah. Semoga Allah s.w.t sentiasa memberi kebahagian, kegembiraan dan kesihatan yang baik kepada kami semua. Amin.


5 ulasan:

  1. Wahhh.. syok kan bila dapat kumpul ramai2

    BalasPadam
  2. best kan adik bradik pompuan ramai.. hahaha

    BalasPadam
  3. meriah sangat...bukan senang nak kumpul ramai2 mcm ni kan nok..bila dah dpt kumpul mmg best sgt la...

    BalasPadam
  4. meriahnya kumpul ramai ramai. hehehe

    BalasPadam