11 Mei 2016

Budak pipi pau.


Husband post gambar ni kat FB dengan caption:

Budak 'pipi pau' kesayangan hamba.

Kahkahkah.
Hilang stress kerja I bila baca, lepas tu gelak sorang-sorang depan PC.
Celah mana budaknya yang baju pink tu.
Kot yang kiri kanan tu ialah budak. Yang tetengah tu dah jadi mak budak dah.

Kan main panggil pipi pau.
Kerja siapa jadi pipi  pau sampai camtu?
Kan main panggil kita pipi pau, kau punya kerjalah sampai I jadi macam ni tau.
Haha!

Kerja sekarang ni memang tak menentu tahap kestressannya.
Seminar makin mendekat kan. Semua main push ajalah sambil kita mengadapnya.
Student pun selagi tak exam dan  tak cuti semester, memang sokmo je la ada aja yang datang silih berganti.

Tapi itulah, tak stress tak kerja namanya.
Tak stress takde challenge pula dalam kerja.
Takkan nak pergi kerja hari-hari smooth je tanpa liku-liku.
Tang mana nak dapat pelajaran kalau tak mengadap cabaran.

Yang penting,
Pandai-pandai lah kau cari cara nak atasi atau kurangkan stress tu.
Agak-agak dah tak boleh tahan,
Pi la cari makan, makan sampai tegang perut macam selalu  I buat. Haha.
Dah kenyang balik semula ke work station, sambung kerja.
Kenyang perut suka hati,
Hilang stress hari ini, esok ada stress, kita makan lagi.
;)



1 ulasan:

  1. Hehe...makan macam terapi nak handle stress ya...betul tiada cabaran kita tak tahu kemampuan diri..

    BalasPadam