11 April 2016

Masakan ibu.

Kak Long kalau balik, mesti ibu masak sedap-sedap.

Tu ayat adik-adik kalau time I balik rumah ibu.
Jelous letteww.
 Correction ayat tu.
Bukan time I balik ibu masak sedap-sedap.
Tapi time balik la ibu dapat partner nak masak lauk kegemaran dia sebab ada tukang makan.
Haha.

Weekend lepas balik rumah ibu, memang terasalah badan berat semacam.
Bila I cakap hongeh nak berjalan, nak bangun,
Abah kata, mulut tak berhenti mengunyah, mana tak gomok.
=p


Sampai-sampai je tengahari Sabtu tu, Ibu tengah meroti. Alahaiii, sedap nya. Tapi tak jamah dulu sebab nak pi majlis orang kahwin.

Kat majlis orang kahwin pun, sedapnya lauk nenas masak ikan masin. Licin pinggan I makan. Ikut nafsu, memang nak bangun lagi pi tambah tapi beringat jugalah kesihatan diri sendiri. Haha.

Roti kosong cicah milo. Makan panas-panas, dengan milo panas, celup celup masuk mulut, mak oiii sedapnya. Kenyang perut suka hati kalau ibu tengah rajin meroti.

Malam tu ibu tanya, kalau masak puyuh untuk dinner malam ni ok tak kak long? Tanya I memang sokmo ok je. Haha. Mengadap lah kami sefamili signature dish ibu, Cik Puyuh masak lomak cili api.

Menu simple je ha. Sayur sawi rebus dengna tauhu untuk kekanak tapi mak  budak yang bedal. Pun, rasa sedap je, makan bertambah. Air tangan ibu kan, yang ringkas pun sedap, yang rumit lagi lah tambah menambah nasi dibuatnya.

Mangga asyik kena makan tupai je. So, bila I balik, mendapat lah kau tugas buat mangga asam boi. Kita layan kan ajelah.

Besok nya pula, ibu tanya lagi. Azreen makan ikan pari tak? I jawab makan. Ibu kata, ibu nak masak ikan pari kuah lada ok tak? Ok aja ibu =)

Masak asam pedas kuah lada, makan dengan nasi, letak pula kicap, teramatlah sedap lahai. Lagi best kalau goreng telur mata, lagi tambah-tambah best nya.

Untuk abah yang tak makan ikan pari, kita bagi asam rebus kembung dengan bendi je sudah. Itupun, nama je lauk untuk abah, eh, kita yang tak abah ni pun sama juga memakannya.


3 ulasan:

  1. aaa kejam nyer entry nie! hahaha..paling best makan roti kosong cicah kopi o panas atau nescafe! aa sedap!

    BalasPadam
  2. sampai lak ati kau dan ibu kau tuuuu..
    sobssss

    BalasPadam
  3. amboii besar seleghaanye yerr...that roti look extra nice lorhhh...

    BalasPadam