Jumaat, 29 April 2016

Kerastangan #2: Kek coklat

Sindrom mak-mak sangat ni bila nak cuba buat kek birthday untuk anak sendiri.
Haha.
Walauuuuuuupun hanya kek coklat ja.


So, untuk yang pertama, kita test buat bawa pi rumah mertua sebab ada makan-makan. Ganache dia ada sikit cair, tapi bolehlah. Habis licin je orang makan. Konon nak hias coklat sagat jadi bergulung2 gitu, tapi penat sagat tak menjadi pun, maka kita cincang-cincang je sudah!


Next, kita buat kek untuk kak Iman.  Yang bunga tu beli je kat kedai kek, kita print gambo frozen, tepek je kat kek untuk hiasan. Kak Iman sambut birthday kat taska dengan kawan-kawannya makan kek coklat air tangan mak sendiri.

Iman Raneeya siap komplen,

Kawan-kawan kakak kek dia tak macam ni pun Mami.

Tu dia nak maksudkan tak lawa lettew.

Haha.
Sentap mak nak oi!
Dah krem-krem kaki mak ko buat, gitu mengkome komen ya.
Sabarlah ye kakak, Mami dah expert nanti, Mami hias bagi letop-letop la kek kakak ok!


Ni malam tadi punya projek. Kek Ultraman untuk Reezqy. Alhamdulillah, kek dan ganache bagi kerjasama elok menjadinya. Selamat dah Reezqy bawa pergi sekolah.

Reezqy, bila dia tengok kek dia, happy sangat-sangat.
Baru tiga tahun kan, bukan faham apa lagi, janji kek coklat kegemaran dia ada sprinkle2 tu, dah cukup happy dah.

Alhamdulillah, tercapai dah hajat nak buat kek untuk anak sendiri. Lepas ni kena improve skill hias pula dengan butter cream, so, boleh upgrade kek hari jadi diorang.  Takda la kena komen dengan anak sendiri nanti ;p


Adik I tanya kenapa semua kek coklat ja.
Eh, banyak tanya lak.
Dah itu je kek yang hakak tahu buat, maka itu jelah hasilnya.
Haha.

Yang penting, air tangan seorang emak untuk anaknya.
Dibuat dengan ikhlas penuh kasih sayang gitu.
=)

4 ulasan:

  1. hehehehe..jadilah kek dari tak jadi kan ;)

    BalasPadam
  2. Pandainya buat kek birthday, cantik dan kretif hiasannya, untung anak dapat bawa ke sekolah.

    BalasPadam
  3. haha...ko ni sama je la ngan aku...mmg keras kejung tangan nak mendeko kek...ekekeke...
    tapi yang penting kita buat sendiri kan nok...practice make perfect gitu...

    BalasPadam
  4. ehhehe kan bila dah jadi mak mak ni semua benda try nak buat sendiri. padahal beli lagi senang T_T tapi so far I tak penah try buat kek lagi ler, tau dah takkan jadi. hehehee

    BalasPadam