22 April 2016

Kerastangan #1: Sarung bantal

Ibu I, selain dari pandai masak, dia pandai menjahit baju.
Dulu dari kecik, memang sepesen baju kurung je baju kami adik beradik dijahitnya.
Tapi bila masing-masing dah besar ni, dah pandai nak berpesen-pesen, dah tak suruh ibu jahit dah. Hantar kedai je dan ada yang beli siap.

I pun takdenya lah nak pi belajar buat baju dengan ibu walaupun ibu selalu offer nak mengajar.
Sebab rasa bukan minat I kot. Time tu lah.
Rugi kan. Dah ada cikgu pun tetap jual mahal.

Last two years kot, I ada beli mesin jahit minit kat Lazada. Bukan lah beli sebab nak jahit  baju. Haha.
Time tu beli konon nak guna untuk jahit seluar atau baju yang terkoyak dan tertetas. Alah, beli suka-suka je.
Tapi, itulah, plan kan main, tapi pandai beli je,  gunanya tak. =p

Tah macam mana-mana, tiba-tiba teringat balik mesin jahit ni last week.
Kebetulah nak hantar Reezqy ke taska, terus semangat nak  buang sarung  bantal untuk Reezqy.
Meh kita jahit dengan penuh kasih sayang meh!

Tadaaaaaa.
Maka terhasilah hasil keras tangan hakak menjahit.
Jadi juga la sarung bantalnya.
Ni takde rujuk mana-mana.
Main ukur agak-agak ikut suka hati je sambil imagine mana nak gunting mana nak sambung.
Boleh lah kan, nampak juga lah rupa sarung bantal tu.
Tapi size sarung bantal tu macam terbesar sikit pula dari size bantal.


Bahagian belakang bantal ni pula macam jadi ternganga  sebab tak lebihkan bahagian nak menutup yang belah bawah.
Boleh lah tu, next time kita improve lagi.

Bila tunjuk kat Azreen sarung bantal yang I jahit,
Dia belek-belek,
Lepas tu dia cakap,

Dah boleh jahit baju dah lepas ni tapi takut I nak tempah dengan you yang. Cemane you ukur ni, terbesar size sarung bantal. Kalau I buat baju dengan you, terbesar pula baju I nanti tak ikut size. Kahkahkah.

Kan main kan!

Kalau nak membahan I kan main nombor satu!

Apapun, tahniah untuk diri sendiri je lah sebab tak sia-sia I beli mesin tu, siap pandai jahit sarung bantal lagi ;p

Haha!

5 ulasan:

  1. Salam jumaat..
    Singgah pagi...

    BalasPadam
  2. aku jahit seluar skolah adeeb smpai patah jarum.. dasar tangan tak bedung sampai ke sudah tak reti guna.
    hahahaa

    BalasPadam
  3. wahhh...kira hebat dah ni...aku respek abes orang yg boleh jahit mcm ni nok...
    syabassss!!

    BalasPadam
  4. lama dah xjln2 sini...wah syabas..percubaan yg berjaya....

    BalasPadam