29 Mac 2016

Tengok wayang: Boboboi & Batman vs Superman: Dawn of Justice

Awal Mac haritu, I outstation ke Terengganu, Azreen ada cakap nak bawa budak-budak pergi tengok Boboboi time I takde.
I iya kan aja lah walaupun dah tahu, ia takkan mungkin berlaku kot.
Haha.
Nak sangatlah Dedinya melayan kan, dah lah deduanya tak pernah dibawa tengok wayang =p

So, memang kena tunggu Supermom ni jugalah balik.
Ommak ni lah yang kena check showtime.
Ommak ni lah yang kena booking tiket.
Ommak ni lah yang kena siapkan anak-anak.

Kalau ommak ni takda macam mana lah agaknya awak dan anak-anak nanti B?
Eh, tetiba rasa sedih lak!


Boboboi

Since nak bawa budak-budak, I pilih tempat wayang yang tak ramai orang, dan tempat yang tak banyak kedai. So, moh kita ke Era Square Mall, Seremban (Mydin lama). Senang pergi situ sebab situ bukan kawasan tumpuan dan bukan shoping complex pilihan orang ramai.

Moh kita anak-anak! Untung anak-anak sekarang kan. Yang kenit tu, umur dua tahun setengah dah masuk panggung wayang dah. Haha.

Semangat semua. Perangai pun baik dan sopan je sebab nak tengok movie idaman hati. Asyik lah tanya, bila nak masuk ni, bila nak tengok Boboboi ni.


Siap ajak makan pun, masing-masing jawab taknak sebab punyalah tak sabar. Dah anak tak nak makan, Maminya tetap juga kena isi perut. Almaklumlah, berdua kan!

Untuk 1st time bawa diorang tengok wayang ni, semua under control je. Kakak fokus tengok, adik pun sama. Cuma dah hujung-hujung dah nak habis tu, adik dah mula minta alat sakti dia, Mami, adik nak botol.

Disebabkan botol tinggal dalam kereta, memang tak senang duduk tak tentu arah lah adik. Asyik la kata, jom balik Mami, adik nak balik.

Selesai je tengok Boboboi, dedua pengsan dalam kereta on the way balik rumah.


Batman vs Superman: Dawn of Justice

Bila anak-anak nampak macam under control je tengok wayang, Azreen request  nak tengok wayang lagi.
Iyalah, dulu kalau nak tengok wayang, asyik fikir, mana nak tinggal bebudak, kang kalau bawa diorang meragam lak, so bila dah dapat peluang ni, ewahhh, terus diguna sebaiknya.




Untuk tengok wayang kali kedua ni, Azreen pilih masa petang sikit. Tayangan pukul 4. Dahlah budak-budak tak tidur siang haritu, maka, memang mendapatlah disaster time tengok wayang.
Kahkahkah!

Excuse my muka boolat yang tak dah tak terbendung lagi. Haha. Sebelum pergi kan main senyum lebau!


Ok, tu semua gambar sebelum masuk wayang. Happy muka masing-masing. Elok je masuk dalam wayang, cari seat, I bangun sekejap pergi toilet, tengok seat dah bertukar, popcorn pula dah berterabur.

Wayang mula, mungkin jalan cerita yang bosan kat budak-budak, diorang dah tak duduk diam. Tumpahkan lagi popcorn. Adik dah buat konsert sendiri. Kakak dah berjalan-jalan dalam tu. Nasiblah orang tak ramai, so, ikut suke kome lah ye.

Tengah-tengah cerita, adik berak.  Memang terbaik lah dik! Mami memang pergi tengok wayang ni untuk bangun duduk, keluar masuk je. =p

So, bila orang tanya best ke tidak cerita Batman ni, yang I boleh jawab. Tak best. Sebab superhero mati. Haha.

Dedi pula pening dengan soalan Iman Raneeya, dan sampai sekarang tak dapat nak jawab,

Superman kan kuat Dedi, kenapa dia mati?
Stress bapak ko nakk, mikirkan jawapan yang sesuai.


Selesai tengok wayang, singgah Seremban Prima, terjumpa pula junior I masa kat Teknik PD, Rosmawati. Dah bertahun berpisah, dapat juga jumpa balik dengan adik angkat I ni. Tu pegang-pegang perut tu, kan berjangkit tak tahu ye.

Haha!

2 ulasan:

  1. ramai yang cakap superman tak best! huhuuu..frust kannn..tu yg budak naik boring tu lgpn cerita tu mcm tak sesuai je budak tgk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita slow nau Wa. Boring budak tengok. Bebudak ni yang suai bawa tengok katun je, tapi makpak pun ada cerita keinginan sendiri gak. Haha

      Padam