24 Mac 2016

Tak suka SAWI.

Baru I tahu bila dah kahwin ni, macam mana perasaan ibu I, bila dia masak, kena ikut selera 4 orang anaknya yang  berbeza. Eh, 5 orang termasuk abah juga!

Yang sorang tak makan ini.
Yang sorang tak makan itu.
Yang Abah pun tak nak ngalah, ada juga yang dia tak suka.

Sekarang, walaupun anak I baru pandai milih-milih sayur macam bapaknya, I is tetap stress juga kalau nak masak.

Dulu, masa mula-mula kahwin, boleh lagi bertahan bila husband kata,
I tak suka sawi tau. Masak apa-apa jangan letak sawi. No sawi at all please!
Memang bertabah je lah tak  beli sawi.
Tapi sekarang, anak-anak pun dah mengikut perangai bapaknya. Tak makan sawi.

Boleh tak bayangkan goreng mee, togel tanpa sawi dan tauge? 
Hoiii, tak cantik ok food presentation hakak!!

Tapi kadang-kadang,  time hangin syaitonnirajim I datang, I racik je halus-halus sawi letak juga dalam masakan.
Haha!
Padan muka!
Kalau husband tanya, you letak kailan ke ni?
I iyeee kan aja. 
Elok je pula i tengok dia menelan.
So, I  buat conclusion dia ni memang tak kenal sawi.

Kebetulan nak dijadi cerita, weekend lepas, I teringin sangat nak makan maggi, tabur sawi bunga banyak-banyak. Sedapnya kalau dapat. Lagi sedap kalau orang buatkan, kita tunggu makan je.

Nak keluar malas nak bersiap.
Since petang tu ada pasar malam, I minta tolong husband pergi beli sawi.
Belum habis cakap lagi dia dah runsing dah sebab takut salah beli.
Haha.

Toksah nak runsing sangat lah I cakap kat dia. Pergi je kat bahagian sayur hijau,  tengok sayur yang ada bunga kuning, itulah dia sawi bunga. Kalau tak jumpa juga, tanyalah penjual. Jangan malu bertanya  nanti kempunan wife you ni.

SAWI HIJAU atau di panggil juga sebagai SAWI BUNGA

Dalam debar menunggu, Alhamdulillah, dia pulang membawa sawi yang betul. Siap dimasakkan lagi maggi tanpa telur penuh sawi. Sedap betul dapat makan bila orang masakkan ni. =)  Thank you B!


Meh kenal-kenal juga sawi lain yang I jumpa siap dengan nama kat Google.


SAWI JEPUN  juga dikenali sebagai Siow Pak Choi yang mempunyai saiz agak kecil sekitar 12 - 15 cm sahaja. Batang dan daunnya berwarna hijau muda

SAWI PAHIT -  Biasa kedai-kedai suka beli ni dan letak dalam mee goreng sebab ianya murah. So, husband, please be alert, sawi ini je yang pahit ya. Yang lain-lain ok je kalau makan. Alah, pahit-pahit tu kan ubat! =p

SAWI KAILAN. Kailan juga merupakan adik beradik sawi. Dan selama ini, ini sahajalah yang dimakan oleh husband I. 

 SAWI PUTIH  atau dalam panggilan biasa sebagai PAK CHOY. Sawi ini mempunyai daun hijau gelap dan urat daun serta batang berwarna putih krim.



SUMBER GAMBAR: MR GOOGLE.

9 ulasan:

  1. alamak aiii... sawi la sdp, lain plk citer dlm family kecik i, sayur yg blh di mkn adalah sawi sj... syr lain xblh walaupn tukang msk ni suka sayur mcm2.... xsdp katanya syr lain..huhuhuhu... dlm pantang nanti, mkn sawi byk2 ain... bykkan susu bdn... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insha Allah ma, mmg time berpantang nnt, menu sawi sokmo :D

      Padam
  2. saya pun tak makan sayur..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh geng la dgn org2 di atas :p

      Padam
  3. kelakar part yg laki ko elok je telan sawi tu...ekekek...

    aku suka sawi, buat sup sayur letak sawi banyak2 then letak fishball...oiii makan hujan2 hirup sup sayur mcm tu lupa jiran sebelah...hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap sawi tu nok oi. Rebus ratah macam bayam tu pun best.

      Padam
  4. weh aku br tau sawi x pahit yg bunga kuning.. slama ni aku dok beli hat pahit tu. hahahahahah


    okeh lps ni dah tau pilih sawi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ler demo ni sama spesis dengan Azreen juga :p

      Padam
  5. hahhah I pun tak kenal sawi -_- laki I pun tak kenal siap bertekak kat tesco. last last my mom cakap dua dua salah T_T

    BalasPadam