24 Februari 2016

Setahun sudah berlalu, Februari muncul kembali..

Emak,
Setahun dah berlalu emak.
Semoga emak sentiasa tenang di sana.
Doa dari Ain tak pernah putus untuk mak supaya emak sentiasa dirahmatiNya, dijauhi azab siksa api neraka dan tempatkan di kalangan para solihin.


Emak,
Minggu lepas ibu buat kenduri arwah.
Memang dipilihnya tarikh 19 Februari 2015 untuk berkenduri, sempena tarikh emak pergi.
Tak difikirnya yang kami ni bekerja,
Maka, bercutilah kami demi nak bertahlil bersama.
Apalah sangat kan cuti satu hari demi untuk emak.
=)




Emak,
Kenduri kat rumah ibu masih macam dulu,
Masih datang lagi orang-orang kampung merewang,
Masak ramai-ramai sambil bersembang.
Lauk puyuh masak lemak cili padi kegemaran mak pun ada.
Dah jadi lauk kegemaraan kami semua termasuk Azreen.
Dulu emak selalu masak lauk tu kan mak kan?


Emak,
Cicit-cicit emak dah makin membesar.
Anak Ain yang sulung dan rajin tolong basuh pinggan kenduri.
Lebih nolong main air dari basuh pinggan sebenarnya.
Setiap kali melihat orang meninggal, Iman Raneeya mesti akan kata,
Diorang masuk dalam tanah macam Onyang ye Mami?
Dia masih ingat mak, saat emak dikebumikan.

Emak,
Ibu pun dah jadi macam emak,
Kalau buat kenduri, tak cukup satu dua jenis lauk,
Berjenis-jenis lauk dimasaknya sambil kata, alang-alang nak jamu makan, bagi orang kenyang betul-betul.
Sangat macam emak perangai ibu sekarang
=)



Emak,
Malam lepas kenduri,
Lepas kemas pinggan mangkuk periuk belanga,
Kami bakar-bakar.
Pakcik beli jagung seguni mak sebab nak jamu kami semua.
Menantu emak tu masih macam dulu tak berubah, kalau benda murah, semua nak diborong sebanyak mungkin.

Emak,
Sejak emak pergi,
Alhamdulillah, ukhwah kami masih utuh berdiri.
Masih kekalkan semangat keluarga,
Masih berkumpul bila ada masa.
Insha Allah mak,
Setiap masa dan ketika,
Kami akan cuba jaga hubungan ini,
Selagi diizinkanNya, Insha Allah.


Al Fatihah.
Hajjah Tijah Lasim / Md Ali
25 Ogos 1937 - 19 Februari 2015

2 ulasan:

  1. Al Fatihah. ooo...awak panggil nenek awak emak ek ...

    Salam kenal dari Akak Kembang

    BalasPadam