16 Februari 2016

Anak pergi sekolah happy, makpak pergi kerja pun senang hati.

Alhamdulillah, dah masuk bulan kedua kakak bertadika di tempat baru. Walaupun di hari pertama, macam nak tercabut kain ommaknya ditarik sebab tak nak pergi sekolah baru, tapi seminggu je lah yang dia menangis. 

Masuk minggu kedua, dah dapat rentak dan dan ada kawan yang serasi, dia mula ok. Minggu kedua juga dia asyik tanya, kenapa dia kena balik pukul 5? Kenapa tak balik pukul 1? So, memang hari-harilah kena explain, kalau balik pukul satu, macam mana nak cari duit bawa kakak pergi jalan, beli toys semua.

Disebabkan hari-hari dah dengar alasan yang sama agaknya, terus tak nak dah dia tanya kenapa balik pukul 5.

Kahkahkah.



Hamboii kakak, dengan messy hair nya. Setahu Mami, pepagi kan mainlah Mami gosok tudung sebab hari-hari dia pesan kena pakai tudung, tapi bila stalk gambar kat FB tadika, semua gambar kakak free hair ja. Takpelah kakak, slow-slow lah ya belajar pakai tudung.










Senyum lebau dapat makan aiskrim.


Sekejap sangatnya lahai masa berlalu. Kejap ja dah 5 tahun, lagi 2 tahun, masuk darjah satu pula. Terus rasa diri dah makin tua.


Alhamdulillah anak happy pergi sekolah. Makpak kat office nak buat kerja pun senang hati sebab tahu keadaan anak yang tiada masalah di sekolah. Semoga kakak terus happy dan seronok pergi sekolah ya.

Kakak Iman Raneeya,
Mami dan Dedi sentiasa doakan semoga kakak sentiasa happy dalam apa jua yang kakak lakukan.
Semoga kakak jadi contoh yang baik kepada adik-adik, jadi anak yang solehah dan sentiasa menyenangkan hati semua orang.

Eh, dah macam ucapan birthday pula!

Lebbbiu kakak!

3 ulasan:

  1. Insya'Allah...aunt nieyl doakan jugak...kakak iman berjaya dunia n akhirat..Amin...

    BalasPadam
  2. seharian dgn kawan..mesti rapat dgn kwn2 ni...

    BalasPadam
  3. hehe comelnya dia...
    ala biasa la tu mula2 je nangis, lama2 dah ada geng, mak pak pun dia lupa nnt...

    BalasPadam