Jumaat, 27 Mac 2015

KUL - KBV - HDY - KUL

Alhamdulillah, I dah selamat balik daripada kerja luar yang letih dan memenatkan tapi seronok. Dapat timba pengalaman dan bonusnya dapat melawat tempat orang dan merasa makanan mereka dan juga melihat dengan mata sendiri keadaan di sana. =)

Alhamdulillah juga, I berjaya naik kapal teghobang. Kahkahkah.

Maka, meh kita imbas semula kerja luar yang I hadiri.

Bak kata omputeh,
The secret to memorable vacations: Keep it short, end it sweet.
Gitu!

16 Mac 2015

4.30 pagi Azreen dah hantar I ke KLIA2 diiringi budak dua ketual dengan MIL. Memang drama air mata lah kan bila diorang ikut.  Kita hadapkan je lah. Mak ko ni dahlah dengan fobia nak naik kapal terbang, nak hadap drama kau adik beradik lagi. Hadoii. Masalah diselesaikan bila kita umpan je diorang dengan roti krim sorang satu.

Kemudian tunggu Travel Agent sampai, dia yang uruskan urusan check in semua. Berjalan dengan big bos kan, maka, kita pun tertempias samalah aura bos tu. Rasa tak  biasa lak orang buatkan semua. Hahaha. Puiii!

Berlepas 7.05 pagi, sampai di Krabi pun 7.05 juga. Masa di Krabi lewat sejam je dengan waktu Malaysia. Touch down je di airport, ambil bag, tourist guide kami, Ustaz Kassim telah sedia menunggu dengan van dia yang luar  bentuk van, tapi ID dalam van macam hotel kan main!

Walaupun dalam flight tadi, kami telah dihidangkan dengan Nasi Lemak Pak Nassir, sampai di Krabi, kami tetap di bawa pergi bersarapan oleh Ustaz Kassim di sebuah kedai makanan halal di Krabi. Merasalah makan kuih seri muka bungkus daun pisang di sana. Disebabkan kepala I toing toing lagi pagi tu, tak sempat nak snap gambar kuih diorang yang unik. Memalu lagi pun iye gak. Be sarapan satu meja dengan bos kot, kang dia pelik lak tetiba Setiausaha dia beriya snap gambar makanan. Haha.



Selesai sarapan, terus tak buang masa kita kembali mengikut Aturcara Program. Pada korang yang mengata I, seronoknyaaa dapat pi Krabi, meh sini meh I nak story meh.

Tempat pertama yang dituju adalah ke Saqofah, sebuah koperasi Islam di Krabi. Di sini kami mengadakan berbincangan dengan beberapa lagi koperasi Islam yang ada di sekitar Thailand. Pada yang mengikuti perkembangan masyarakat Islam di Thailand, mesti dah sedia maklum kan keadaan mereka di sana. Bila mendengar taklimat dari mereka, dengan bantuan translator, I rasa kagum sangat dengan semangat diorang sebab mampu bangun dan berdiri sama level dengan bank-bank Thailand yang lain, dan, yang paling  penting, urus niaga yang mereka buat memang mengikuti  amalan dan tuntutan Islam.

Khamis, 26 Mac 2015

Hujan sepi

Dah sebulan lebih mak pergi mak. Tuhan je yang tahu, macam mananya rindu dalam hati ni kat mak. Harapnya, mak tenang di sana dan di tempatkan di kalangan para muslimin dan muslimat. Al- Fatihah.

Hujan terus turun
Mendengar sayu sepinya hati
Menanti kembalinya irama hati
Pengubat mimpi jiwa terisi

Sudah puas sudah
Diri dinanti oh tidak kembali
Terus mendoakannya agar dia tetap ingati
Di sini aku kau menjelmalah

Aku tak biasa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah di sini teruskan menanti


Lagu: Hujan Sepi (OST Teman Lelaki Upahan)

Selasa, 24 Mac 2015

Selamat bergraduasi adik bongsu.

Tahniah adik bongsu kerana telah selamat bergraduasi Ahad lepas. Alhamdulillah juga sebab pintu hati dia Tuhan dah bukakan untuk hadir ke majlis konvokesyen. Haha.

Don't worry lah Dik Wan. Poli ke, universiti ke, rezeki manusia tu bukan letak pada sijil, diploma atau adik-beradik sijil yang lainnya. Yang penting rajin usaha, murahlah rezeki nanti, Insha Allah.

Dan, jangan lupa, dah berjaya, sentiasa ingat pada ibu bapa. Kot ada Ph.D, kerja bagus, tapi dengan mak bapak, kedekut  taik idung masin nak mampus, takda gunanya juga. Kan?

Legacy Ponam dengan anak dan isteri. Eh, cucu ada terselit seorang dalam gambar =) Alhamduliillah, selesai dah abah tanggung anak-anak untuk belajar. Kalau nak sambung lebih tinggi, sila cari duit sendiri ye macam yang  I buat dulu. ;)

Mengabadikan gambar keluarga di Politeknik Port Dickson. Lepas ni tah bila nak jejak sini lagi. Time ni Ikin tak sampai lagi. As usual, dia memang sokmo lambat :p Iman Raneeya pula demam, so kita suruh dia dok diam dalam stroller je lah.

Photographer untuk hari bersejarah Dik Wan. Kahkahkah. Kembang kuncup kain skirt dibuatnya sebab nak ambil mood dan angle untuk dapatkan gambar cantik. Kan mainn! Dah tahu nak jadi photographer tak mau lak tu pakai seluo!

Since Dik Wan dah takde idea nak bergambo, meh la kita bagi idea meh. Apa lagi semua!! Jom lompat! Haha. Nasib korang lah kan, dapat OP tak sah kalo takde scene melompat. Haha.


Ok, dah.
Cukuplah I kongsi 4 keping gambar.
Kang letak banyak-banyak, muntah lah korang tengok gambar cantik terlampau dari OP Ain Ya Nun.
=p

Rabu, 18 Mac 2015

Harga baru HKCC

Sumber: Google

Harap maklong, makngah, maklang ye. =)

Isnin, 9 Mac 2015

2nd Giveaway Cheq Puan Jelita

Entri-entri copy and paste ni tak ambil banyak masa pun nak taip. Lagi-lagi untuk orang yang 'heibat' menaip macam I ni kan? :p

Copy,
Paste,
Baca rules,
Siap.

Thank you Rina sebab menjebakkan I ke dalam benda ni. Haha.

http://cikjelita899.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-cik-puan-jelita.html



SYARAT-SYARAT

1. FOLLOW Blog Cik Puan Jelita aka cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899
(keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)
**wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. ~ DONE

2. Copy PICTURE di atas ni dan link kan ke (Link kan ke entri "2nd Giveaway Cik Puan Jelita" ) ~ DONE

3. Sila letak TITLE entri dengan "2nd Giveaway Cik Puan Jelita" ye. ~ DONE

4. Sila TAG kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!)
 a. Nadia
 b. Rina
c. Wahida

5. Sila TINGGALKAN LINK penyertaan di ruangan komen entri "2nd Giveaway Cik Puan Jelita"
(Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) ~ DONE


Giveaway ni bermula pada hari ini!
(01 -20 Mac 2015)

Hadiah-hadiahnya :

1. BBCREAM SEQYBEAUTY x 1
2. CLEANSER SEQYBEAUTY x 1

Jumaat, 6 Mac 2015

How your 2015 would be?


Mine: POPULAR, BEAUTY & HAPPINESS

=)

YOU?

Lagi-lagi Bukit Broga.

Orang suka tanya kenapa I suka naik Bukit Broga?
Haha.

Kalau bagi jawapan untuk fitness aci dak?
=p

Kalau nak ikutkan, memang banyak kali dah naik.
Bukit Broga dengan cousins.
Bukit Broga dengan team FST.
Bukit Broga dengan team BP.

Takde apa pun kat Bukit Broga ni, tapi I tetap sokmo ke situ. Sebabnya,
1. Dah tentu dekat dengan rumah
2. Serius, memang untuk fitness. Lagi fit kalau sambil naik sambil kendung anak. Haha.
3. Again, memang untuk fitness.


Cuti Raya Cina haritu, yang petangnya Nenek I meninggal, pagi tu sempat naik Broga Hill lagi. Dah ada perubahan dah kat Broga Hill. Ada welcoming sign board sponsored by RHB. Berseri sikit dah Bukit Broga.

Track Broga ni tak susah mana pun. Easy breezy je. Tapi  sebesen juga lah peluh keluar. Eh, excuse my naked face yang suci murni tu. Haha.

Khamis, 5 Mac 2015

Mata kiri bergerak, tanda...?

Sesetengah orang anggap benda ni mengarut, khurafat, etc. Kalau tazah I baca ni pun, memang kena sedas la dengan dia. Haha.

Tapi, pada I ia memang jadi. Mungkin ianya kebetulan, tapi kebanyakkannya betul jadi.

Tapak tangan kanan gatal, DUIT NAK MASUK
Tapak tangan kiri keluar, DUIT NAK KELUAR

Mata kanan gerak-gerak, NAK JUMPA/NAMPAK ORANG JAUH
Mata kiri gerak-gerak, ADA KELUARGA TERDEKAT YANG NAK MENINGGAL DUNIA

=(


Dua minggu sebelum nenek I meninggal, mata kiri memang asyik bergerak-bergerak dalam dua minggu tu.
Seminggu sebelum Along Aishah meninggal, pun, mata kiri tetap bergerak-gerak.
Sekarang, untuk minggu ni, mata kiri memang asyik bergerak-gerak je.
Apa lagilah nak jadi agaknya.

Astaghfirullah..
Tak baik percaya semua benda ni.
Hmmmm...

Rabu, 4 Mac 2015

Nak dekat birthday je masuk hospital.


Rabu malam Khamis, Reezqy merengek-rengek time Azreen nak tidurkan. Dalam pukul 11 baru dia boleh tidur. Pukul 1, time I baru nak lelap mata, tiba-tiba dia melalak. Bila tengok, Dia dah mandi muntah. Patutlaha beriya melalak.

Ingat sekali je dia muntah, pukul 3 pagi, muntah lagi. Pukul 5 pun, lepas bagi susu, keluar balik. Terus buat decision, tak hantar taska. Tumpangkan Reezqy kat rumah MIL. Kat rumah MIL, pagi dia muntah sekali, lepas tu dia bantai tidur dari pukul 9 sampai pukul 1. Bangun, bagi susu dia muntah, lepas tu pakej dengan cirit sekali. I bawa dia pergi klinik tengahari tu, tapi Doktor takda, so lepas office hour baru pergi klinik semula. Doktor bagi ubat dan advice, kalau dalam 3 hari still sama kena bawa ke hospital lah untuk dapatkan rawatan lanjut.

Jumaat keadaan masih sama. Menangis Mummy dalam hati, sebab,

1. Kesian tengok keadaan dia yang semua benda tak boleh masuk. Semua keluar balik, tak muntah, cirit-birit.
2. Kesian kat diri sendiri dan suami sebab penat kena mandi muntah dan pejam-pejam mata jugalah nak membasuh segala baju cadar semua.

Sabtu, tetap sama juga keadaannya. Cuba positifkan diri, Reezqy nak beralih bulan kot. Tu yang jadi gitu tapi Azreen dah hilang sabar petang tu. Dia suruh siap juga nak  bawa Reezqy pi hospital.

=(

Berdasarkan pengalaman lalu, masa nak masuk setahun dia masuk hospital,
I kalau boleh memang tak nak serah anak kat hospital.


Lepas je register, jumpa Dr dan bersoal jawab, I memang dah agak dah tindakan seterusnya.

Kami kena ambil darah ye Puan.
=(

Dan, drama ambil darah dan masukkan air pun bermula. Keluar  air mata Azreen tengok anak dia  melalak macam kena rasuk tu. Ha, nak sangat kan bawa hospital!