03 Disember 2015

Teratak Riverview, Ulu Bernam, Tanjung Malim, Perak

Program dua tiga bulan lepas kot ni. Mak mentua I bising bila diberitahu kami nak ke Teratak Riverview, Ulu Bernam, Tanjung Malim, Perak. Lagi bisingnya dia bila dia tahu ada sungai di sana sebabnya kan time tu kecoh tentang isu kencing tikus.

Walaupun rasa risau juga tentang isu itu, Alhamdulillah, Pensyarah berjaya yakinkan I bahawa keadaan di sana bersih dan selamat. =)


Selamat datang ke Teratak Riverview, Ulu Bernam, Perak. Jalan masuk ke sini, elok-elok je bertentang dengan UPSI.  So, memang senang sangat nak cari.





Kawaasan ini terletak agak jauh ke dalam. So, untuk para pelajar, akan ada lori tunggu di luar untuk membawa mereka masuk ke dalam. Kalau nak bawa kereta sendiri pun boleh, tapi jalannya agak mencabar kerana tidak diturap.

As usual, kalau jadi Urusetia program pelajar ni, silalah bersedia untuk jadi  multitasking. Haha. Kau lah urusetia, kau lah Emcee. Nak lagi best, kau juga join aktiviti sekali. Haha. Dah bayar semua kan, rugi kalau tak join.


Flying Fox!
Ha, best kan jadi Uursetia merangkap peserta? =p Tengok cengkaman hakak pada tali tu. Sekuat hati sebab takut tali putus dan jatuh. Office mate I, Faruq siap bagi que suruh buat tabik hormat signature post yang selalu I buat tu time dia snap gambar ni, tapi tak terbuat dik oi! Ketaq badan naik bendalah ni. Faruq siap cakap, First time saya tengok akak takut buat aktiviti.  Haha. Faktor umur kot, makin dah tua, makin I sedar, I height phobia gitu.



Water Tubing
Untuk program di sini, macam-macam aktiviti yang diadakan untuk pelajar. Yang I join, Flying Fox, Water Tubing dan Paintball.


Dan as usual, sepanjang program berlansung selama 3 hari 2 malam, Dedi terpaksa rela menjadi babysitter tak berbayar. Haha. Thank you Dedi!


Happy kakak dapat berendam sampai lebam!

Adik kalau happy bila Mami join sekali. Kalau Mami takda, sibuk meraung semua benda tak kena.

Foto: Kredit to Faruq.

Untuk mereka yang gemarkan aktiviti back to nature, masuk hutan dan sebagainya, silalah singgah-singgah ke sini. Kalau berpeluang ke sini lagi, I nak try aktiviti Survivor lak nanti iaitu aktiviti diletakkan dalam hutan selama sehari dan belajar cara ikhitiar hidup di dalam hutan. 

Insha Allah.

3 ulasan:

  1. rasa nyer tak pernah bw anak2 mandi sungai..
    bila rasa nk bw je..ade je dengar meninggal kena penyakit kencing tikus lepas mandi kat air terjun..
    terus terbantut..huhuh

    BalasPadam
  2. wahhh best nyer tempat ni confirm sejuk ni!

    BalasPadam
  3. kemahen ahkak emcee tu bergmbr ngn student siap buat duck face trusss, baru sebaya kannnnn...
    kehkeh

    BalasPadam