10 Disember 2015

Surat cinta untuk dia.



Cikaincantik 125/0204/theimans
26 Safar 1437 / 8 Disember 2015



Encik Mohammad Azreen Jamian
BAHAGIAN PENERBITAN



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

MAKLUMAN KEHADIRAN IMAN 'R'  KETIGA

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.



2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mami saya telah membuat pregnancy test pada hari ini dan disertakan keputusan ujian seperti di lampiran untuk makluman dan perhatian Dedi. Sehubungan dengan keputusan tersebut, mohon kerjasama Dedi untuk membantu Mami menguruskan hal ehwal rumahtangga bersama-sama serta membantu menghandle The Imans dengan jayanya. Almaklumlah, berdasarkan pengalaman mengandung Mami sebelum ini, ragam pembawakan budaknya memang melampau teruk dan morning sicknessnya boleh tahan hebat juga. Mungkin dapur Cik Ain Cantik juga akan ditutup untuk trimester pertama ini. Bertabahlah Dedi ya!

3. Untuk makluman Dedi juga, di ketika ini, ada beberapa perkara yang menganggu fikiran Mami apabila mengetahui kehadiran saya:

  • Mami telah mendaki Bukit Broga dengan jayanya semalam. Walaupun Mami ada rasa lain macam ketika mendaki semalam iaitu dia merasa penat yang melampau, tetapi dia tetap meneruskan juga pendakian kerana pada anggapan dia, mungkin berat badan dia sudah berlebihan menyebabkan dia rasa hongeh sangat ketika mendaki. Mami juga risau aktiviti lasak tersebut akan mencederakan saya. Marilah kita sama-sama berdoa semoga saya akan baik-baik sahaja di dalam ini ya Dedi.
  • Kehadiran saya memang menterkejutkan Mami sangat dan menyebabkan harapan Mami untuk mewakili Universiti ke SUKUM 2016 berakhir. Mami dah mencodak-codak dah nak menjalani latihan intensif sukan dan mengadapi pertandingan di gelanggang sendiri. Tapi apakan daya, Mami hanya mampu berangan, tapi Tuhan yang menentukan. Mami sedih tapi dalam masa yang sama dia bersyukur dan merasakan perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik. Mami redha dan pasrah.
  • Mami dah mula fikirkan nama. Haha. Macam biasalah, Mami selalu teruja melebih-lebih walaupun dalam pada masa yang sama dia dah seriau nak menghadap waktu bersalin. Dah terbayang-bayang dalam kepala dia sakit contraction dan sakit menghadap bersalin. Mami, mami, suka nau drama terlebih tau!

Oklah Dedi, cukuplah setakat ini saya menulis. Enjoy the surprise ya Dedi. Semoga semuanya akan baik-baik sahaja dan semoga saya akan membesar dengan baik dan Mami juga akan baik-baik sahaja sepanjang tempoh saya tinggal di dalam perutnya. Sampaikan salam peluk cium untuk kakak dan abang saya juga ya Dedi. Segala perhatian amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Salam hormat penuh kasih sayang,

(IMAN ‘R’ THE THIRD)


3 ulasan: